𝗕𝗟𝗨𝗥𝗕

516 61 10
                                    

𝟮𝟰 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟭𝟵𝟵𝟳

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝟮𝟰 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟭𝟵𝟵𝟳

Sai terbangun dari tidur saat terdengar bunyi hentakan yang sangat kuat. Anak kecil yang baru berusia 5 tahun itu menggosok kedua kelopak matanya dengan perlahan.

Sai turun dari katil lalu keluar dari bilik tidurnya, dengan langkah perlahan Sai berniat untuk pergi ke bilik orang tuanya. Dari jauh Sai dapat melihat pintu bilik itu tidak tertutup rapat.

"Argh!!"

Sai tersentak saat mendengar jeritan yang sangat kuat dari dalam bilik kedua orang tuanya. Tanpa berfikir panjang, Sai terus berlari masuk ke dalam bilik tersebut.

"Mama.." Panggil anak kecil itu. 

Mata Sai membulat saat melihat Tuan Richard mencekik leher Puan Katerine yang sedang terbaring di atas lantai. Kelihatan Puan Katerine meronta-ronta mencuba untuk melepaskan dirinya dari cengkaman Tuan Richard.

Puan Katerine melihat ke arah Sai, kelihatan cecair jernih mengalir keluar dari tubir matanya. Bibir Puan Katerine bergerak-gerak seperti ingin mengatakan sesuatu, namun suaranya langsung tidak kedengaran.

"Mama!" Sai berlari ke arah Puan Katerine saat melihat kelopak mata wanita itu tertutup rapat. Puan Katerine yang tadinya meronta kini hanya terbaring kaku seperti patung yang tidak bernyawa.

"Mama.. Mama.." Panggil Sai dengan nada lembut. Namun, tiada sahutan dari wanita itu. Tangan kecil Sai menggeletar saat menyentuh beberapa kesan lebam di wajah Puan Katerine. Kelihatan cecair jernih mengalir di pipi Sai.

"Mama!!" Air mata Sai semakin deras mengalir di pipi.

Tuan Richard mengangkat tubuh Puan Katerine seperti tidak melihat langsung kehadiran anak lelakinya itu. Tuan Richard membawa tubuh Puan Katerine keluar dari rumah lalu pergi ke hutan belakang rumah agam milik mereka.

Sai yang sedari tadi memanggil namanya tidak dia hiraukan. Sai tiada pilihan lain selain mengikuti saja kemana Tuan Richard membawa Puan Katerine. Suara tangisan Sai semakin kuat di belakang Tuan Richard.

Sampai sahaja di hadapan bangsal kayu yang berada tidak jauh dari rumah agam, Tuan Richard terus masuk tanpa menghidupkan lampu terlebih dahulu. Tuan Richard meletakkan tubuh Puan Katerine di atas simen lalu menuang minyak petrol ke tubuh wanita itu.

"Papa!" Sai memeluk kaki Tuan Richard.

"Sai.. Pergi sana sayang." Tuan Richard berkata dengan nada yang lembut sambil menunjuk ke arah pintu bangsal kayu. Sai tiada pilihan lain selain mengikuti arahan Tuan Richard.

Tuan Richard mengeluarkan mancis dari poket seluarnya lalu membakar tubuh Puan Katerine. Bangsal kayu yang tadinya gelap kini diterangi cahaya api dari tubuh Puan Katherine.

"Ma.. Ma.." Air mata Sai semakin deras mengalir di pipi. Dengan sekelip mata dia kehilangan wanita yang paling dia sayangi di muka bumi ini.

"Kenapa papa bakar mama?!" Jerit Sai membuatkan suaranya bergema di bangsal kayu itu. Dia berlari ke arah Tuan Richard sambil menangis teresak-esak. Tuan Richard melihat ke arah Sai tanpa menunjukkan apa-apa riaksi di wajahnya.

"Sampah harus dibakar." Hanya itu yang diucapkan oleh Tuan Richard kepada Sai sebelum mendukung tubuh kecil itu keluar dari bangsal kayu tersebut.

Malam itu Tuan Richard membunuh isterinya sambil disaksikan sendiri oleh anak lelakinya Sai.

𝟮𝟰 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟬

Aylin membuka matanya, dia mendapati bahawa dirinya sudah terikat di kerusi kayu. Badannya terasa sangat lemah sekali, dia yakin bahawa dia sedang berada di ruangan bawah tanah milik keluarga Sai.

Aylin cuba untuk melepaskan tali yang terikat di tangannya. Namun, tindakannya terhenti saat mendengar bunyi tapak kaki mendekatinya. Dari kegelapan, Aylin dapat melihat seorang lelaki mendekatinya dengan langkah perlahan.

Jantung Aylin berdegup kencang saat pandangannya bertemu dengan sepasang mata biru milik lelaki itu. Sai yang kini sudah berdiri di hadapannya tertunduk lalu mendekatkan wajahnya di wajah Aylin.

Aylin yang ketakutan terus memalingkan wajahnya ke arah lain, dia memejamkan matanya kerana tidak mahu untuk menatap mata lelaki itu.

"Mine.." Bisik Sai di telinga Aylin. Tanpa sedar air mata Aylin mengalir di pipi. Aylin dapat merasakan ibu jari Sai mengesat air matanya. Tangan Sai terasa hangat saat menyentuh pipinya.

"Aw.. Awak nak apa?" Akhirnya Aylin mendapat keberanian untuk bertanya walaupun dia sudah tahu jawapan dari soalan itu.

"Kenapa awak ikat saya dekat sini?" Suara Aylin masih terdengar tenang walaupun jantungnya terasa seperti ingin meletup. Aylin tersentak saat Sai menyentuh lehernya.

"I can feel it.." Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Sai bersuara.

"Your heartbeat.." Sambung Sai lagi. Aylin masih memejamkan matanya, dia tidak berani untuk menatap wajah Sai.

"How can you smell so good even though you haven't showered for 2 days?" Aylin dapat merasakan nafas hangat Sai di lehernya.

"S.. Sai.."

Sai memegang kedua pipi Aylin lalu memalingkan wajah Aylin menghadapnya.

"Open your eyes Aylin.." Suara Sai terdengar pelan seakan-akan berbisik. Aylin pun terus membuka matanya membuatkan pandangan mereka bertemu.

Kata-kata Sai selepas itu benar-benar membuatnya terkejut.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

𝟮𝟰/𝟳 𝗬𝗢𝗨Where stories live. Discover now