makan malam ; 1

745 59 9
                                    

Darya segera pulang ke rumah dengan menaiki bas, sepanjang perjalanan dia tidak berhenti memikirkan hal tadi.

Darya teringat pesanan ibunya

" jangan terlalu takut , lagi benda tu suka "

Mustahil untuk Darya terus melupakan perkara yang baru sahaja berlaku sebentar tadi tapi dia masih berusaha melupakannya.

"Tenang Darya tenang.. inhale.. exhale.." earphone dipasang, lagu Star-Colde dimainkan.

-

bas berhenti di bus stop berdekatan dengan rumah Darya, turun sahaja daripada bas ia mengambil masa selama 5 minit berjalan kaki untuk sampai ke rumah.

dari jauh kelihatan cahaya datang daripada depan rumahnya, Darya mendekati cahaya tersebut, rupa-rupanya ia lampu motorsikal milik Syazwan.

"Dar! Asal kau still pakai baju sekolah? Baru balik ke?" Tegur Syazwan.

"Wan! Aku balik lambat.. ada hal." Jawab Darya. Syazwan sekadar meng'ohh' kan aje.

"Jom ?" Syazwan menghulurkan helmet.

"Erm.. pergi mana?" Darya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"lahh kan tadi Rizky dah chat. Pergi makan, Harraz belanja."

Wajah Darya kembali pucat, seperti baru sahaja kehilangan darah apabila terdengar nama Rizky disebut.

"asal muka kau pucat? okay tak ni?" Syazwan menunjukkan wajah risau.

"ha nothing, tunggu aku sekejap, nak tukar baju."

Darya setuju untuk mengikut Syazwan, memandangkan ibunya belum pulang dan perutnya juga harus diisi. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari.

-

dari luar dapat dilihat ramai sudah berkumpul di meja makan yang dapat memuatkan 25 orang, memang makan besar malam ni. Harraz bukan sahaja bertujuh dengan rakannya, ada juga LeSseras iaitu sekumpulan gadis yang terkenal daripada sekolah Darya, meskipun terkenal mereka tidak sombong, salah satu ahlinya juga rakan kepada Darya iaitu Eryna. Di sebelah mereka ada &Team iaitu junior di sekolah Darya.

"Eh? Dar! kau dah sampai? ingatkan tak datang." Luqman sapa dari jauh sambil melambai-lambaikan tangannya. Semua berpusing ke arah Darya apabila nama gadis itu diseru.

"Wehh Dar!"
"Ryaa!! sini sini duduk sebelah aku"
"omg Dar ada sekali!"

ramai yang menyapa Darya. Darya mengambil tempat duduk di sebelah kanan Yadira, bertentangan dengan Iskandar dan Mukhriz, sebelah kirinya pula Rizky.

'Kenapa mesti sebelah Rizky?' fikir Darya.

"Okay now semua dah ada, aku akan minta dorang serve main dishes kita!" Kata Harraz.

Lalu datang beberapa waitress mengumpul piring manisan tadi dan menghidangkan makanan berat.

Ada Spaghetti Bolognese, Chicken Grill , Fish and Chip. Air pula lemon soda, sprite dan strawberry juice.

Semua yang ada disitu menjamu hidangan dengan penuh selera, pelbagai topik yang mereka bualkan, hanya Darya yang diam, makanan pun hanya terusik sedikit.

"Sekarang pukul 10 malam, aku rasa nak buka topik kegemaran Khairil iaitu..." Fikri sengaja tidak menghabiskan ayatnya.

mereka mengetuk meja kononnya drum roll sementara menanti Fikri menghabiskan ayatnya.

"Horror Story Times!!" semua kelihatan teruja, ada juga yang buat muka 'taknak' dan menggeleng-geleng.

"Mantap Fikri, kau tau je aku memang nanti-nantikan saat ni." Khairil menepuk tangan.

Darya menyedut sedikit air untuk membasahkan tekak.

"Eee aku tak suka la, dahlah malam, scary kau tau ?!" Ucap Naim. Naim memang tak suka benda-benda bertemakan mistik.

"Alahh santai je la, aku pun takut tapi fun juga kalau dengar masing-masing bercerita" ujar Muiz.

"Okay okay okay! siapa nak cerita dulu? tapi cerita ni aku nak berdasarkan pengalaman masing-masing, taknak cerita orang lain." Kata Harraz, lagipun lebih menarik kalau cerita tu bukan rekaan kan?

"Dun dun dun... DARYA!! sebab Darya datang paling lambat, dia kena cerita dulu" semua mengangguk setuju.

Darya berdehem. Semua dah nanti-nantikan cerita pertama daripada Darya.

"Jadi korang tahu kenapa aku lambat?" Tanya Darya dengan nada perlahan.

"semestinya.. tak." Balas Khayra.

"jadi ..." Darya menceritakan semua yang berlaku padanya petang tadi.

-

"wait- so kau tertidur dekat sekolah?!" Tanya Zafran. Jelas wajahnya terkejut.

"ya.. and.. kau tahu.. benda tu menyerupai siapa?"

Semua membulatkan mata.

"Rizky" terus Rizky menghamburkan tawanya.

Thaqif hampir menjerit tapi masih mengawal dirinya.

"HAHAHA mesti hantu tu handsome kan? Sebab rupa dia macam aku?" Rizky mengangkat keningnya.

"tak. muka dia pucat sangat, bibir pun biru-biru" jelas Darya.

"Uish pandai hantu ni pilih yang handsome untuk dijelmakan kan?" Kata Iskandar.

Semua angguk. Ada aje yang buat muka tak percaya dengan cerita Darya.

"Betul ke tak ni Dar? kau tak reka kan?" Ucap Aeman. Trust issue lah tu.

"Tak percaya tanya Syazwan." Darya muncungkan bibirnya pada Syazwan.

"Oh haah, tadi masa aku sampai rumah dia, dia baru balik pakai uniform sekolah lagi. Muka pucat pulak tu bila aku sebut nama Rizky" jelas Syazwan.

"aku suka, sebab berjaya buat aku yang tak penakut ni meremang bulu roma" Harraz senyum.

"Alah Dar, tapi aku rasa benda tu halusinasi kau je, aku tak percaya benda tu menjelma jadi Rizky." Harraz mengangkat bahunya.

"Kau jangan! Benda tu ikut kau baru kau tau!!" Kata Mukhriz.

"Betul tu, kau berani sangat Harraz, benda tu mesti suka!" Tambah Yusuf.

"Alah, takkan punya." Harraz buat muka kerek.

"Orang kata jangan terlampau takut, jangan terlampau berani, tak elok." Nasihat Safiyyah.

"Okay now enough. Next turn siapa pula??"

"Le Ssera!!" Mereka mengangkat tangan.

comment and vote!

this part basically tokey nak perkenalkan setiap character sebenarnya 🙏🏻
horror story next chapter <3

EN-HORRORWhere stories live. Discover now