makan malam ; 2

704 46 4
                                    

"Aku aku aku aku!!" Khayra angkat tangan.

"benda ni jadi dekat aku empat tahun lepas, masa aku baru masuk sekolah kita, masa kelas tambahan malam."

"Okay silakan."


Kawan Baru

Khayra POV [bahasa non-baku dan ala-ala bercerita]

"Cikgu malam ni kelas tambahan mula pukul berapa?" Aku tanya cikgu, memandangkan aku memang tak suka terlewat. Walaupun masa tu form 1, cikgu tetap buat kelas.

"Pukul 8 hingga 10" jawab Cikgu Lyn

Aku jenis tak suka terlambat, jadi biasanya memang akan 15 ke 10 minit awal dari masa yang ditetapkan.
Malam itu angin memang kencang, petang tadi nampak dah mendung. Jadi kalau mendung memang langit gelap lain daripada biasa pada waktu malam.

Aku datang pukul 7:46 malam, masa tu pakcik guard ada, so duduk la dengan dia kan.

"Pakcik guard tu Pakcik Ghani ke? Guard sekolah kita tu?" sampuk Aqil. Aku angguk dan sambung bercerita.

"masih ada ke cikgu yang buat kelas malam sekarang?" tiba-tiba pakcik Ghani tanya aku.

"haah pakcik, kenapa pakcik tanya macam tu?" aku peliklah bila pakcik tanya macam tu.

"setahu pakcik sejak kejadian 5 tahun lepas, kelas malam dah dibatalkan, paling lewat pun boleh sampai pukul 6 je."

"kejadian apa pakcik? saya budak form 1 tahun ni, tak tahu apa jadi.."

semua yang dengar cerita Khayra dah meremang bulu roma.

"takpelah, kawan kamu dah sampai tu." pakcik tu tunjuk arah tepi bangunan.

"Tepi sekolah kita kan ada pokok besar tu ingat tak?" semua mengangguk.

aku tak nampak siapapun masalahnya. Aku rasa pakcik tu salah pandang. Aku pun ignore jela apa pakcik tu cakap, maybe sebab dia taknak pelajar berlegar di kawasan sekolah pada waktu malam.

"Habistu pakcik tu nampak apa?" Sampuk Ciara, walaupun orangnya penakut tapi suka akan cerita seram macam ni.

"Manalah aku tahu apa."

Lepastu, cikgu Lyn pun sampai, lega hati aku rasa. Cikgu Lyn minta aku tolong dia angkat buku sikit, nak hantar ke kelas blok belakang, blok tu terletak di sebelah pokok besar tadi. Seram memang seram, tapi nak fikir pahala bantu cikgu tu, aku beranikan diri juga. Koridor dia terang, cuma dalam kelas tu gelap.

Aku jalan tanpa pandang kiri kanan, pandang depan je, tapi aku memang tak tipulah seram sejuk, aku boleh rasa macam setiap gerak geri aku diperhatikan. Rasa macam ada yang memandang dari dalam kelas yang gelap tu.

Sampai dekat kelas aku bukalah pintu, rasa macam ada angin sejuk menerpa muka aku. Aku cari suis lampu dulu dan on. Buku tadi aku susun tapi dari ekor mata aku boleh nampak macam ada yang lalu dekat belakang kelas. Aku pun apa lagi terus keluar daripada situ.

"Kalau aku, memang dari awal aku mengelak daripada tolong cikgu, seram gila." Giliran Rizky pula menyampuk.

Aku jalan keluar tu, berselisih dengan makcik cleaner.

"Adik kenapa ni? Macam baru nampak hantu je." Makcik tadi tegur aku. Aku sekadar menggeleng dan kembali kepada cikgu Lyn.

Cikgu Lyn akhirnya memulakan kelas, tenang seperti biasa, kami tumpang kelas blok belakang tadi, sebab kelas dekat blok tu sahaja yang tak dikunci.

Aku memilih tempat duduk berada di tengah dan menghadap ke hadapan. Lebih mudah untuk fokus, tapi aku pelik malam tu aku langsung tak boleh fokus, aku asik berdebar. 

Aku asik rasa ada yang lalu di tepi luar kelas. Macam ada seorang perempuan pakai baju kebaya merah asik ulang alik. Berpeluh-peluh aku masa tu.

"meremang la gile cerita kau ni.." Yusuf dah tunjuk bulu halus di tangannya dah tegak sebab meremang.

"aku yang hadap benda ni, lagi meremang, sabarla belum ending lagi."

Before balik aku singgah tandas, sumpah masa tu aku tak tahan. Aku jumpa lagi acik cleaner tadi yang tegur aku. Kalini dia pandang je aku. Aku macam 'asal makcik ni pandang semacam'

Aku rilek je la, lepas membuang lega la tengok makcik tu takde, aku terus balik. Esok tu aku pergi tanya pakcik guard semalam pasal kes yang dia cakap tu.

Katanya dulu ada senior form 5, dia stress sebab spm, malam tu dia pakai baju kebaya merah datang sekolah, kononnya dia budak kelab budaya, nak ambil barang tertinggal. Pakcik Ghani tak fikir apa, dia benarkan je la. Pelik sebab dah sejam akak tu tak keluar lagi. Bila pakcik Ghani pergi ronda, nampak dia terjun dari tingkat 3 blok belakang. Cikgu Lyn pun tak tahu tentang kejadian tu sebab cikgu Lyn cikgu baru.

Masa tu rehat dah nak habis, pakcik Ghani bagitahu aku benda lagi terkejut. 

'Kamu ada bertembung dengan makcik cleaner ke malam tadi?' pakcik Ghani tanya. Aku cakap lah ada, dua kali.

'Makcik tu cleaner sekolah kita 5 tahun dulu, akak form 5 tu anak dia, memang setiap hari lepas kejadian tu makcik tu tak dibenarkan balik lambat. Tapi satu hari tu, cikgu ada mesyuarat jadi memang makcik tu terpaksa balik lambat, end up... makcik tu pun terjun tempat yang sama.

END KHAYRA POV

"ending dia agak klishe tapi nice la, lagipun kisah benar kan?" Fikri mengangguk-angguk.

"so, korang rasa pakcik Ghani ingat lagi ke kisah tu? kisah tu dah kira 10 tahun lepas." Tanya Ashraf. Semua mengangkat bahu.

"Okay enough, so.. last DanTeam pula cerita" Kata Aeman.

"Aik habistu korang?" Bantah Mukhriz.

"Cerita Darya dah mewakili Enha, so takpela" Balas Luqman.

"Kalini, aku  nak cerita pengalaman rumah sewa aku dengan korang." Gilira Mukhriz pula bercerita.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 22, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EN-HORRORWhere stories live. Discover now