"KENAPA you dukung juga I tadi?". Rasanya ni dah kali ke seratus ribu Haura bertanyakan soalan yang sama kepada Ghibran mulai daripada dia diletakkan ke dalam kereta tadi, sampai di klinik dan sekarang di restoran sebuah hotel yang ternama di ibu negara; SN Forever Hotel, tak henti-henti bibir munggil itu bertanyakan soalan yang sama.
"Awak dah siap makan?". Mahu mengelak daripada menjawab soalan Haura itu, seratus ribu kali juga lah Ghibran mereka alasan yang berlainan. Mahu kering otaknya nanti.
Dan kali ke seratus ribu juga lah Haura mengeluh apabila soalannya kekal tak terjawab. Harini, dia malas nak bergaduh. Kakinya sakit, tangannya juga sakit. Tiada tenaga lah dia nak bergaduh mulut dengan Ghibran hanya kerana soalan yang tidak penting itu.
Eh, iya ke tidak penting?
"Dah".
"Good".
"Malam ni, I nak tidur hotel. Tolong sewakan bilik untuk I. Tak kisah katil apa pun. Bayar guna kad kredit I". Arah Haura secara bersahaja. Dia malas nak balik rumah harini. Kalau dia balik nanti, mesti Harris soal siasat dia macam-macam. Tanya itu, tanya ini. Lepastu bergaduh. Jadi, untuk mengelakkan daripada mereka bergaduh, baik Haura tidur luar je malam ni.
"Already did". Terkejut Haura apabila mendengar suara Ghibran yang tak pernah tak tenang itu. Seolah-olah Ghibran ni manusia yang tiada masalah hidup. Lagi-lagi Haura dibuat terkejut oleh jejaka itu apabila key card sebuah bilik di hotel itu ditolak di atas meja makan itu ke arah Haura.
"Bila masa...?".
"Saya memang selalu juga tinggal dekat sini and the owner is a friend of mine. Ini kunci bilik saya, ambil lah. Awak boleh guna dulu bilik tu selama mana yang awak nak". Usai berkata begitu, Ghibran bangun daripada duduknya dan berdiri betul-betul di sebelah Haura. Tangan kanannya dihulurkan kepada gadis itu.
"Huh...?".
"Jom, saya hantar awak ke bilik".
Oh Ghibran nak hantar Haura ke bilik...
Okay...
EH--
JAPJAP, apedie?
"Ha?! Kenapa pulak? You nak kita kena tangkap basah ke apa? I tak nak kahwin lagi and most importantly, I tak nak kahwin dengan you". Makin gelabah Haura dibuatnya. Apa yang pelik sangat Ghibran harini, ni? Jantan ni demam ke?
"Saya yakin dan pasti kaki awak tu masih belum boleh berfungsi sepenuhnya. Nak jalan ke kaunter receptionist tu pun tak lepas agaknya". Ghibran nenyindir Haura di hujung ayatnya.
"Don't you dare underestimate me!". Haura yang sudah semestinya degil itu mencuba untuk bangun daripada duduknya dan berdiri tegak namun belum lagi sampai 3 saat, sudah dia terjatuh duduk balik di atas kerusi meja makan itu. Kakinya sekarang terasa berdenyut-denyut.
" Oww!".
Ghibran ketawa kecil sebelum menghulurkan tangannya buat kali kedua.
"Jom? Don't worry, I won't do anything to you".
"Boleh percaya ke ni?". Haura memincingkan matanya. Susah betul dia nak percayakan manusia bernama Ghibran semenjak dia berkelakuan pelik ini. Tapi takpe... Kita tengok nanti macam mana.
Ghibran menganggukkan kepalanya beberapa kali. Beberapa saat kemudian, Haura yang tampaknya sudah yakin dengan Ghibran itu menyambut tangan jejaka itu dan berdiri semula dibantu oleh tenaga si jejaka.
"Nak kena papah je ke atau nak dukung?". Ghibran ni karang, ada juga kena hempuk ni. Makin lama, makin suspicious. Makin gatal!
Pap!
YOU ARE READING
ZAYD GHIBRAN ||©
RomanceHaura Dayana Zayd Ghibran One of the most lovely love story I've ever written. Haura Dayana. Dengar nama je dah tahu orangnya macam mana. Gedik! Diva! Semua gelaran yang sama maksud dengan dua perkataan itu adalah untuk dirinya. Oh dan, gadis ini j...