30- Iskandar & Cempaka

841 45 1
                                    

HARI ini Puan Zahara sudah membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Katanya, tak mahu tinggal rumah lama sangat. Maka dengan itu, Ghibran lah yang tolong hantar mommy nya itu ke lapangan terbang. Dia sendiri masih belum mahu pulang. Dia nak habiskan tempoh tiga hari yang diberikan oleh Haura di Kelantan ini. Baru romantik!
Haura dan Anika pun masih di sini. Haura ikut suami. Anika katanya nak habiskan masa di kampung sebelum dia sertai ops yang seterusnya. Kampung ini banyak memori buat Anika.

Maka, Anika la yang terpaksa jaga Haura sekarang ni. Perempuan tu malas nak ikut Ghibran sebab dia nak main dengan Pie. Ghibran dan Puan Zahara faham aje dengan permintaan Haura itu. Sudahnya, dibiarkan Haura, Anika dan Tok Zain sahaja di rumah kampung itu sekarang ini.

Tok Zain ada di dalam rumah sedang menjahit jala. Manakala Anika sedang duduk di pangkin di bawah pokok mempelam di halaman hadapan rumah Tok Zain. Daripada jauh Haura tengok Anika, lelaki itu seperti sedang termenung. Bukan termenung biasa, melainkan termenung yang mengingatkan sesuatu yang menyedihkan.

Lantas Haura datang menghampiri Anika dan duduk di pangkin yang sama. Cepat-cepat sahaja lelaki itu menukar riak wajahnya menjadi tegang tatkala melihat sosok tubuh Haura di situ.

"You tak suka I ke, Anika? Sejak daripada hari pertama kita jumpa lagi, you tengok I macam you benci sangat dekat I". Haura meluahkan perasaannya. Lama sudah dia perhati. Anika seakan-akan tidak gemar akan kehadirannya dalam hidup Ghibran semula.

Anika diam, tak menjawab. Pandangannya tadi yang difokuskan ke arah Haura dialihkan ke hadapan. Jari jemarinya mengusap lembut kedua cincin yang menjadi loket rantai yang dipakainya itu. Haura jongket kening. Istimewa sangat ke cincin-cincin itu untuk Anika?

"Tu cincin apa?". Tanya Haura. Sungguh dia berasa ingin tahu. Dia tak expect pun yang Anika akan menjawab pertanyaannya tetapi...

"Cincin tunang aku". Senada Anika membalas. Dia rindu akan pemilik salah sebentuk cincin itu. Dan mungkin baginya, jika diluahkan kepada seseorang maka rasa rindunya akan terubat. Kena pula orang itu ialah Haura.

"Kenapa pakai dekat leher? Kenapa you tak pakai dekat jari? Mana tunang you tu?". Haura yang sesungguhnya tidak mengerti dan tidak tahu apa-apa itu bertanya lagi. Dia perlukan cerita penuh!

"Tunang aku dah meninggal. Beberapa tahun lepas". Terdiam Haura dibuatnya apabila mendengarkan dua baris ayat itu. Jadi, ini lah puncanya lelaki dingin ini selalu kelihatan sedang bersedih jika tidak ada yang memerhati? Anika... Anika sedang teringatkan arwah tunangnya?

"I am so sorry--".

Belum sempat Haura mahu menghabiskan ayatnya, Anika terlebih dahulu menyambung cerita.

"Two or three years ago... Aku masih dalam latihan untuk masuk menjadi anggota Special Force seperti apa yang aku jadi sekarang. So, I left her quite long. I let her do everything alone. Persiapan kahwin, semua dia buat sendiri. Dia cakap dia okay tapi bila aku telefon umi nak tanya khabar, umi selalu cakap yang dia nampak penat sangat sebab semua benda dia kena urus sendiri tapi dia masih boleh tersenyum". Tanpa melihat wajah Haura, Anika bercerita sambil menahan sebaknya.

"Cempaka okay la! Iskandar jangan risau. Iskandar berlatih baik-baik tau. Balik nanti, Cempaka nak Iskandar pakai uniform Iskandar masa kita bersanding".

"Tak la, Cempaka tak penat pun. Cempaka seronok! Tak sabar nak tunggu Iskandar balik".

"Nanti Iskandar tamat latihan, Cempaka bawakan bouquet bunga besar untuk Iskandar okay?".

Itu antara kata-kata terakhir daripada arwah si tunang yang masih berlegar-legar di kepala Anika. Dia... Rindu...

"Dia meninggal sebab kena langgar lagi betul-betul depan kem aku masa dia baru aje nak sambut aku lepas aku tamat latihan. She died in front of me. On the verge of her death, dia buang cincin dia dan dia bagi dekat aku. Aku masatu dah macam orang gila, Haura. If only I could spend more time with her before her death. If only aku boleh teman dia masa dia bersusah payah buat semua persiapan kahwin kami... If only--". Kata-kata Anika terhenti sendiri apabila tangannya yang memegang cincin milik arwah si tunang itu jatuh ke peha. Kepalanya menunduk. Air matanya jatuh.

ZAYD GHIBRAN ||©Where stories live. Discover now