Lautan itu menjadi saksi antara kau dan aku.
Kayla Qarissa merupakan seorang gadis yang mempunyai segala-galanya. Harta, Rupa dan juga pendidikan. Segalanya adalah pakej yang cukup lengkap. Kayla dilahirkan dan dibesarkan dengan kemewahan dan kesenangan. Namun tidak dengan didikan rasa hormat dan adab. Setiap perkataan yang dia lontarkan tiada tapisan. Lidah seorang Kayla Qarissa tajam seakan pisau belati.
Seorang yang sombong dan angkuh. Terlalu hanyut dengan dunia yang sementara membuatkan hidup Kayla Qarissa berubah 360 darjah. Satu peristiwa yang berlaku membuatkan Datuk Zachary dan Datin Marina mengambil keputusan untuk mengajar Kayla erti sebenar-benar kehidupan. Dikala Kayla Qarissa hilang segala kemewahan yang dia agungkan selama ini, di saat itulah corakan takdir menemukan Kayla dan Kaiser. Lelaki yang merupakan seorang nelayan di sebuah kampung terpencil di pendalaman.
"You pergi dekat tengah laut, naik benda buruk ni ke?" - Kayla Qarissa
"Jangan pernah pertikaikan sesuatu perkara Kayla. Benda yang kau panggil buruk ni lah, lubuk rezeki aku." - Luth Kaiser
Tidak hanya Luth Kaiser, orang kampung juga turut dihina oleh Kayla. Kata orang, disebabkan lidah badan binasa. Kerana hinaan yang dilontarkan itulah, dendam seseorang kepada Kayla mulai terbentuk.
Hutang dendam dilunasi dengan memerangkap Kayla Qarissa dan Luth Kaiser. Mereka dituduh dengan melakukan kesalahan berkhalwat. Luth Kaiser mengambil tanggungjawab untuk membersihkan nama baik Seorang Kayla Qarissa. Namun keputusan itu membuatkan Kayla bertambah benci dengan Luth Kaiser.
Setiap hari, cacian dan hinaan Kayla saja yang terhidang buat Kaiser.Sehinggalah satu hari, di saat Kaiser pergi mencari rezeki di tengah laut bersama beberapa orang nelayan yang lain, ribut petir yang kuat melanda. Dua hari selepas badai melanda, pihak polis mengesahkan mereka yang hilang ketika badai tidak ditemui dengan sempurna dan dipercayai telah terkorban. Di saat Berita itu sampai kepada Kayla Qarissa, dia terpampang. Dunia terasa gelapnya. Kian hari, pemergian Kaiser meninggalkan kesan yang mendalam buatnya. Perasaan serba salah yang mulai menyelubungi jiwa Kayla Qarissa. Tahun demi tahun berlalu menjadikan Kayla Qarissa seorang wanita yang taat dan sangat tinggi adabnya. Namun, di saat dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang mempunyai wajah seiras Luth Kaiser, dia terpana. Lelaki yang selama ini tidak pernah lepas dari doanya kini berada sangat hampir dengannya. Namun, adakah itu benar-benar Kaiser ataupun Hanya wajah yang sama? Layanan yang diberikan Kaiser kepada Kayla pula membuatkan Kayla seakan menidakkan. Kaiser yang dia kenal bukanlah sekejam itu. Kaiser yang dia kenal hanya seorang nelayan dan bukan pemilik syarikat apatah lagi bergelar seorang jutawan.
"Saya Kayla. Kayla Qarissa. Awak tak ingat ke? Saya.. isteri awak!" -Kayla Qarissa
"Terlalu ramai perempuan yang mengaku aku ni suami dia. Tiada beza dengan kau. Jangan pernah tunjuk muka buruk kau depan aku lagi. Berambus!" - Luth Kaiser
Pelbagai usaha yang Kayla lakukan untuk menebus kesalahannya. Namun, kian hari sikap Luth Kaiser membuatkan Kayla Qarissa seakan mahu mengalah.
Akankah masih ada ruang buat Kayla Qarissa di hati Luth Kaiser, atau Kaiser benar-benar sudah melupakan Kayla? Mahukah Kaiser terima kembali Kayla Qarissa sepertimana Kaiser terima dia pada malam mereka diakadkan?