United Kingdom
Warna warni kilauan lampu yang terhasil daripada disco ball membuatkan suasana menjadi lebih menyeronokkan.
"BABE! Kenapa tercegat dekat sini? Let's enjoy this moment! Enjoy! Common. Only a few day left, Kayla." Suzy tarik lengan Kayla. Mengajak gadis itu untuk menari bersama-sama mereka. Dia sedar sedari tadi kelakuan Kayla tidak seperti Kayla yang dia kenali. Asyik duduk dan termenung dengan muka yang resah gelisah.
Tidak berhenti air haram itu diteguk oleh Suzy. Berapa banyak botol sudah berada di atas meja kaca di ruangan bilik karaoke yang ditempah oleh mereka. Jelas Suzy, Lisa, Alan dan Mika semakin hanyut dan seakan separuh sedar kerana mengambil alkohol secara berlebihan.
"Haishh! Korang enjoy je lah! Aku tak nak!" Lengan Suzy dia tepis. Dia sudah lah tengah serabut sekarang.
Melihat Kayla yang menolak ajakannya, Suzy muncung mulut. Mata dia kadang dipejam kadang dia celik. Terus dia menapak tiga langkah ke hadapan walau terhuyung-hayang, dia meneruskan tarian yang tergendala. Entah tarian apa yang mereka tarikan. Yang penting bagi mereka itulah nikmat dan keseronokan yang abadi.
Manakala, Kayla Qarrisa hanya duduk termenung di hujung penjuru. Jari bersabung jari. Fikiran dia terganggu. Entah apa debaran yang membuatkan dia seakan hilang waras. Bagai tidak mahu pulang ke Malaysia. Selama ini hampir lima tahun mereka belajar di UK, di situlah tempat dia menghilangkan bosan dan resah hati.
Namun, lain pula kali ini, ketenangan yang dia harapkan langsung tidak datang menyinggah. Malah, terasa semakin tertekan. Lagu yang kuat dipasang dan dinyanyikan Alan Dan Mika lansung tidak menyenangkan dia. Kini Suzy dan Lisa yang rancak menari sakan dia pandang. Kayla hempas keluh. Beberapa hari lagi, mereka akan tamatkan zaman belajar di United Kingdom. Dan hanya tinggal sisa baki lebih kurang seminggu untuk mereka kembali ke tanah air Malaysia. Moment yang sepatutnya dia habis kan bersama kawan-kawannya terbuang begitu saja dek kerana rasa yang mengganggu.
Hanya mereka berlima yang ada di dalam ruangan bilik karaoke itu. Bilik malap yang dipasang dengan party Light. Dihiasi dengan lagu dan rentak music yang kuat terpasang serta suara-suara manusia yang bergelak tawa yang sudah hanyut dengan minuman keras.
Ring!
Ring!
Ring!
Deringan telefon mengejutkan Kayla yang sedang memaku pandangan di satu sudut. Lantas telefon miliknya digapai.
"PAPA? VVV.. VIDEO CALL!" Nama yang tertera di skrin telefon membuatkan Kayla hilang kosa.
Bingkas Kayla bangun dari sofa dan berlari keluar daripada Bilik Karaoke. Arah tangga dia tuju. Rambut yang terjurai dibetulkan dan disorok disebalik hoodie.Ehem! Ehem! Suara diperbetulkan sebelum butang answer dia tekan.
"Papa!" Suara Kayla bergema di ruangan tangga yang sepi. Wajah dipamer dengan senyuman ceria.
"Kayla!" Suara garau Datuk Zachary di hujung talian membalas sahutan anak kesayangannya. Kelihatan seorang lelaki dan wanita yang sedang bersandar di Headboard katil.
"Anak mama! Kayla sihat?" Aju Datin Marina.
"Mama ni, mesti lah sihat. Tengok kan makin cantik ni. Maknanya anak mama dengan papa ni, makin sihat." Wajah nya ditelengkan ke kiri dan kanan ke arah kamera gaya posing seperti model terkemuka.
"Anak mama, mesti lah cantik mewarisi mama, kan?" Datin Marina tambah perasa. Hendak menunggu si suami puji, hurm agaknya dah masuk liang lahad pun belum tentu dia ingin puji.
Balasan Kayla hanya senyum menampakkan sebaris Giginya.
"Lewat papa call Kayla. Biasanya papa call waktu petang." Kayla meneruskan bicara. Dahi yang tidak gatal dia garu.
"Papa sibuk sikit petang tadi. Banyak urusan nak kena sattlekan." Balas Datuk Zachary di hujung talian. Sesekali bunyian batuk turut kedengaran.
"Ouh!" Kayla hanya Meng 'o' kan. Disertakan dengan anggukan berkali-kali.
"Kenapa? Papa ganggu Kayla ke?"
"Sebenarnya Kayla busy sikit Sekarang." Kayla cipta alasan untuk mengelak. Kalau mama dengan papa call ni memang sampai ke pagi lah anak beranak luah rindu. Silap haribulan boleh terkantoi dia.
"Kayla dekat mana?" Suara Datin Marina mencelah apabila melihat sekitar kawasan di belakang Kayla.
"Kayla dekat rumah lah, mama! Malam-malam ni takkan lah Kayla nak pergi jalan-jalan pula. Kenapa mama tanya macam tu? Ni kan kawasan tangga rumah Kayla. Kayla suka duduk dekat tangga ni sebab internet dekat sini coverage sikit. So biasanya memang buat assignment dekat sini, sebab Line laju." Temberang Kayla lagi.
"Ouh, Patutlah Kayla duduk dekat tangga. Kayla jangan macam-macam tau. Ingat pesan mama, jangan terikut kan sangat budaya dekat sana. Adat kita tak sama dengan di sana!" Tambah Datin Marina. Risau akan tindak tanduk Kayla bertindak tanpa berfikir asal-usul.
"Kayla tahu lah, mama. Papa pun janganlah risau. Kalau Kayla tak angkat call tu maknanya Kayla Sibuk. Kan Kayla dah nak balik Malaysia, banyak hal nak kena urus. Ini tidak, asyik fikir yang bukan-bukan pasal Kayla." Kayla membuat memek muka cemberut, Ingin mengalihkan perhatian papa dan mama.
"Hurm! Baiklah kalau macam tu. Kayla jaga diri. Jaga nama baik mama dan papa. Kayla tu perempuan. Ingat, tudung tu jangan terbang pula." Sinis ayat kedengaran di telinga Kayla. Seakan tersentap seketika. Pedas dia sampai ke ulu hati.
"Baik kapten. Kayla kan Good Girl papa. Papa dengan mama jangan risau okay. Err, okaylah, Jumpa di Malaysia nanti. Kayla busy ni. Bye!"
Panggilan dimatikan. Kayla hembus nafas lega. Nasib baik tak pecah tembelang.
Tangan naik mengurut dada. Gigih dia berlari dari bilik Karaoke hingga ke tangga. Nafas pun masih tersemput-semput mahu lalu di kerongkong.
_____
Malaysia,
"Awak tengok anak awak, belum habis cakap lagi dah letak!"
"Awak ni, Kayla Kan cakap dia sibuk. Lagipun dah tak lama lagi kan dia nak balik. Nanti dia balik awak peluk lah dia puas-puas. Cakap dengan dia tiga hari tiga malam pun takpe. Tiada orang nak halang. " Datin Marina membalas. Segelas air masak dituangkan ke dalam gelas dan dihulurkan kepada encik suami.
"Ambil ni, makan ubat awak tu. Nanti darah tinggi naik lagi jangan salahkan saya sebab membebel." Sebiji ubat di keluarkan dari bungkusan dan disua ke arah Datuk Zachary.
"Ubat! Ubat! Ubat! Haih! Boleh tak, kalau tak nak makan?"
"Awak jangan macam-macam, si Kayla tu takut nak makan ubat sebab ikut genetik awak lah. Anak beranak sama je. Makan ni cepat, lepastu pergi tidur. Jangan nak melencong main telefon pula. Ingat pesan doktor, jaga waktu makan dan waktu tidur. Elakkan apa yang tak perlu. Main telefon ni tak perlu. Tak berkepentingan pun." Telefon Datuk Zachary di ambil dari pegangan dan disimpan di atas meja di sisi katil yang bersaiz king.
"Tengok, nak makan ubat pun kena bebel. Ye lah! Ye lah! Saya makan." Huluran Datin Marina disambut.
"Hurm! Dah!" Gelas dikembalikan kepada Datin Marina.
"Mana? Nganga mulut, saya nak tengok betul ke dah telan. Bukan nya tak tahu helah awak tu." Mulut si suami diperiksa sehingga puas hati.
"Patutlah Si Kayla tu jarang sakit. Kalau tidak, mesti ada mak kingkong marah suruh makan itu lah, makan ini lah." Sambung Datuk Zachary.
Namun terdiam saat Datin Marina mencerlung tajam ke arahnya. Saliva ditelan pahit."Saya tidur dulu lah! Selamat malam Darling!" Intonasi Datuk Zachary bertukar cemas.
"Selamat Malam! Dah,tidur." Datin Marina membetulkan kedudukan comforter sebelum mencapai satu dulang untuk di bawa ke dapur.
