Ket dan Faty merebahkan diri ke katil sebaik sahaja urusan check in selesai. Aturcara pertama nanti adalah solat Maghrib berjemaah di surau hotel ini. Kemudian terus dengan kuliah Maghrib dan solat Isyak berjemaah.
"Kau bawa telekung?"
"Bawa la"
Mereka sama-sama merenung siling.
"Aku nak buka air tub. Nak try mandi buih-buih." Faty bangun nak menuju ke bilik air.
Ket bukan nak sangat join Kem SPM ni tapi dia perlu keluar dari rumah tu merehatkan minda yang sesak.
"Wahhhhhh!Gila heaven ni Ket!"kedengaran air tub dibuka.
Ket tersenyum. Faty memang excited dari bulan lepas nak datang kem ni. Seperti dirinya, Faty juga bukan minat nak join Kem tapi lebih kepada nak duduk hotel.
"Ket!Aku nak mandi terus la tau!" Faty menjerit dari dalam bilik air.
Ket tersenyum lagi. Happy nya la budak sorang ni. Kat sekolah happy,kat rumah happy,mana-mana pun letak dia,dia happy. Senang bela.
Dia mengambil handphone nak menelaah aturcara program serba sedikit.
5.30-6.30 petang-makan malam di Bilik Melati
7.00 malam - solat maghrib berjemaah di Bilik Kenanga
7.45 malam -Kuliah Maghrib
8.30malam -solat Isyak berjemaah
9..00 malam - Talk 1(Introduction ) Bilik Melur
11.00 malam - Bersurai
Sabtu:
3.30 pagi - Solat Qiyammulail di Bilik Kenanga
5.30 pagi - Solat Subuh di Bilik Kenanga
6.30 pagi - Kuliah Subuh
7.30 pagi - Sarapan di Bilik Melati
10.00 pagi - Talk 2 Bilik Kenanga
12.00 - Makan tengah hari
Dah Ket tak larat nak baca. Suruh Faty je la sambung baca nanti. Banyak betul talk talk talk.
Dia buka pula nota poket Kimia. Periodic table atau jadual berkala. Done hafal. Tengok lagi apa-apa yang patut. Seronok tengok nota warna warni. Senang nak hafal.
"Aku dah Ket. Turn kau pulak mandi. Kejap lagi nak get ready dinner kan" terpacul Faty dengan tuala berbungkus di kepala. Ket menurut.
"Wahhhhh heaven makanannya Ket!Buffet pulak tu" Faty dah rambang mata. Budak kuat makan semangat memang lain. Nama je Faty tapi tak gemuk pun .
"Sebab nama Faty bukan makna gemuk."itu jawapan seorang Fathiah binti Ahmad Sobri. Anak ustaz Sobri ni. Ustaz sekolah sebelah.
"Weh Ket. Ada lelaki la." Sempat lagi Faty.
"Nak serve makan,mesti la ada lelaki"
"Bukan la Ket. Macam tetamu je ni" maklumlah sekolah all girls. Kalau duduk setempat dengan lelaki jadi lain macam la auranya. Ket menoleh ke arah satu meja.
Ada empat lelaki. Lingkungan 20-an. Makan sambil berbual. Ustazah Faizah turut berada di meja yang sama. Boleh pula perempuan duduk makan sekali dengan lelaki?fikir Ket. Lantaklah bukan urusannya nak kisah hal orang.
"Ket,banyak lauk ayam daging ni. Kau mesti macam Zirafah terlepas zoo" mulut Faty ni kan. Tangan Faty dan mengaup daging masak hitam,ayam goreng berempah, sambal udang dan makin jauh meninggalkan Ket.
"Tak habis-habis zirafah kau tu" Ket menggumam. Nak makan apa ni. Failed bab makan-makan ni. Tangan mencedok ikan dori sweet sour seketul kecil,mata memandang daging. Geleng kepala. Ambil sayur la. Dalca udang diambil sedikit. Pandang rendang kerang. Lama.
"Kenapa pandang je?Nak tunggu kerang terbang dalam pinggan ke.Kerang bagus untuk darah. Ambil je" suara lelaki menjengah telinga. Dengan siapa dia ni bercakap?
Dia menoleh ke kanan. Memandang lelaki di sebelah. Bukan ke ni lelaki semeja dengan ustazah tadi? Lelaki itu masih sibuk mencedok kerang,mengambil sedikit sambal udang tanpa menoleh ke arahnya.
"Dah habis telek saya?I am blushing furiously " mata lelaki itu tak menoleh padanya. Kaki itu melangkah jauh berlalu ke meja makan semula.
Siapa dia ni nak sindir-sindir dia. Dia renung kerang itu lagi. Mengeluh. Langkah diatur ke buah dan ulam. Zirafah dah datang ni. Siaplah korang.

ANDA SEDANG MEMBACA
[💚COMPLETED] JODOH MR.MINE
Romance"I'm not a good person" "We will be better together" "I'm a sinner" "We are not holier" "I'm still learning" "We learn baby step together" "I'm not that strong" "So I'll be your transformer. The electromagnetic induction will supply everything for U...