Bab 1

214 9 2
                                    

"Naz!! bangun sarapan dah pukul berapa nii" jerit Puan Lina memanggil anak keduanya sambil menyediakan sarapan pagi dengan anak bongsunya.

Nayla melihat belakang dan ternampak abangnya yang ingin mengejutkan mamanya sambil meletakkan jari di mulut memberi amaran kepada adiknya agar jangan memberitahu mamanya.Nayla hanya mengganguk sambil tersenyum jahat.

"Good morning mama!! Jergah Nazriel dari belakang.

"Woi mak kau hijau" terkejut Puan Lina Akan jergahan anak lelakinya.
"Kamu ni Naz kalau mama hempok dengan pinggan ni baru tau langit tu tinggi ke rendah".Marah Puan Lina akan anak lelakinya.Nazriel dan Nayla tertawa kuat akan bebelan mamanya.Menjeling Puan Lina melihat dua orang anaknya tertawa macam orang gila itu.

"Good morning...Naz" Ucap Puan Lina sambil bergerak ke kerusi untuk duduk dan menikmati sarapan pagi.

"Ni papa mana, ma?"

"Macam la kamu tak tahu papa kamu tu buat apa hujung minggu macam ni.Main golf la apa lagi"

"Oooo"Naz hanya men'O'kan saja.

Mereka bersarapan dengan berselera sekali.Sesekali Naz menjeling adiknya  yang berselera menikmati nasi goreng itu.Timbul idea jahatnya untuk mengusik adiknya.Nazriel menendang kaki adiknya dengan kuat lalu tertawa terbahak-bahak

"Isk..Sakit la gi-"terhenti akan percakapan Nayla apabila melihat mamanya menjeling kearahnya.

"ha mencarut"Naz tersenyum riang apabila melihat mamanya menjeling adiknya.

"Ma,abang Naz yang mula dulu"Nayla mengadu kepada mamanya."Heh bukan abang"Naz menafikan kenyataan itu.

"Sudah-sudah la kamu berdua malas mama nak layan"mencebik Nayla apabila mamanya tidak menyokongnya.Dia melihat abangnya tersenyum kemenangan.

"Ni mama nak tanya abang long kamu bila nak balik"

"Entah"

"Kamu ni call la abang kamu tu tanya khabar ke apa ni tidak"suruh Puan Lina kepada Naz.

"Malas,call dia buat apa bukan dia jawab pun"jawab Naz.Menggeleng Puan Lina dengan sikap anaknya.

"Petang ni kamu ada nak pergi mana-mana ke Nayla"tanya Puan Lina kepada anak bongsunya.

"Takda kot ma"jawab Nayla akan soalan itu.Tersenyum Puan Lina akan jawapan anaknya boleh dia minta tolong temannya shopping petang nanti.Menjeling Nayla melihat mamanya yang tersenyum bahagia itu.Dia boleh agak mesti mamanya minta dia teman pergi shopping

"Nanti teman mama pergi shopping petang nanti ok"tepat tekaannya.Dia hanya mengganguk sahaja.



Setelah siap membeli barang-barang .Mamanya mengajak untuk membeli barang basah untuk membuat bbq malam esok untuk menyambut kepulangan anak sulongnya yang pulang malam ini.Puan Lina telah menelefon anak sulongnya lepas sarapan tadi dan anak sulongnya menjawab dia akan pulang malam ini.

"Ma, berapa ekor ayam nak beli"tanya Nayla kepada mamanya.

"5 ekor je la"jawab Puan Lina.

"5 ekor mama nak buat apa kan kita-kita je makan"terkejut Nayla akan jawapan mamanya.

"Mama nak ajak jiran sekali"jawab Puan Lina.Nayla hanya men"O"kan saja.

"Ni mama nak beli apa lagi"tanya Nayla lagi.

"Mama nak beli kerang,udang,sotong,daging kambing,sosej tu je kot"jawab Puan Lina."Ok" jawab Nayla sambil mencari bahan-bahan itu.Sedang ralit mencari bahan² telefon Puan Lina berbunyi lantas Puan lina menggangkat.Puan lina menjauhkan telefon daripada telinga dan menyuruh anaknya mencari bahan² itu sendiri kerana dia ingin berjumpa dengan rakannya.

Tunku Noah Al-FirashWhere stories live. Discover now