𝐓𝐏𝐇 2

3.4K 175 13
                                    

Hanya kedengaran bunyi angin sahaja keadaan di dalam kereta itu, masing masing hanya berdiam diri. Yang si kumbang masih lagi menahan marah manakala si bunga pula hanya menundukkan kepala ke bawah sambil bermain dengan jari tangan

Mata si bunga mengerling sekilas melihat ke arah si kumbang yang memandu kereta dengan raut wajah yang mendatar. Di lihat pula tangan yang memegang stering kereta, hot!! boleh nampak dengan jelas urat tangan lelaki itu ketika memandu.

Leka dia memerhati sehingga tidak sedar yang si kumbang dari tadi memerhatikan gelagat nya. Terlepas tawaan sinis dari mulut si kumbang apabila melihat bakal permaisuri nya ralit memerhatikan diri nya.

" done checking on me? " dengan nada  dingin dia bertanya kepada Nafisa yang tidak berkedip mata melihat nya

" er--erm, dah " kepala di anggukkan laju. Sebelum dia membulatkan mata bila tersedar apa yang dikatakan sebentar tadi. Dalam hati mengutuk diri sendiri.

' kenapa kau ni bebal sangat Nafisa... ' tidak henti dia memaki hamun di dalam hati. Matanya sempat mengerling Edward yang tersenyum sinis mendengar jawapannya tadi.

" macam mana uncle boleh ada dekat clab tu? " perlahan suara Nafisa bertanya kepada Edward.

Kedua kaki di lipat di atas seat sebelum tubuh di pusing ke arah Edward. Tangan di tongkat ke dagu. Sekarang ni dia hanya ingin mengetahui bagaimana lelaki itu boleh berada di tempat yang boleh dikatakan kerap kali dia kunjungi.

" sepatutnya I yang tanya soalan tu, macam mana you boleh pergi dekat tempat haram tu " soalnya

Mata sempat menjeling Nafisa yang duduk bersila di sebelah nya. Tak masalahnya sekarang ni kenapa kena duduk bersila? Dah lah wanita itu hanya memakai skirt paras paha, baju pun bukan main jarang lagi. Dia pun boleh nampak semua tu

" dah terbiasa " tanpa perasaan dia menjawap.

Mendengar sahaja jawapan selamba dari Nafisa dia terus memberi signal ke kiri sebelum memberhentikan kereta di tepi jalan. Wajah di raub dan tubuh dipusingkan ke arah Nafisa yang sudah berkerut dahi.

" kenapa berhenti? " soal Nafisa takut dengan kening yang terangkat

" I tak nak dengar jawapan tu, I cuma nak tahu kenapa you boleh pergi ke tempat haram tu "

tangan di silangkan ke dada dan matanya tajam memerhati Nafisa yang kelihatan seperti tidak senang duduk

Nafas dihembus kasar sebelum dia menjawap soalan Edward, baginya lelaki itu langsung tiada hak untuk bertanyakan soalan itu, kerana Edward bukan lah keluarganya dan bukan juga suami nya.

" Uncle... Nisa rasa, Uncle tak payah kot tanya kenapa Nisa boleh ada dekat situ, Nisa dah besar Uncle, ikut suka hati Nisalah Nisa nak pergi mana pun " dengan berani dia menatap mata lelaki itu yang sudah merah padam mendengar jawapan nya

Turun naik dada Edward menahan marah setelah mendengar jawapan yang agak biadap baginya. Rahang diketab bersama dengan tangan yang digenggam kuat.

Kalau wanita di hadapannya ini bukan lah wanita yang di cintainya, sudah lama dia bunuh kerana berani berkata kasar dengan nya. Dia ni bukan lah jenis seorang lelaki yang penyabar.

Dia mula mendekatkan diri dengan Nafisa sebelum mengurung wanita itu dengan kedua belah tangannya. Boleh terasa hembusan nafas Nafisa di hadapan wajahnya ketika ini.

" apa you cakap? " bisik nya di depan wajah Nafisa

" I tanya ni... apa you cakap " semakin kasar suaranya bertanya kepada Nafisa yang sudah menundukkan kepala.

𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐈𝐕𝐄 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃 [ SU ]Where stories live. Discover now