𝐓𝐏𝐇 4

2.5K 133 3
                                    


Pintu dibuka dengan perlahan lahan, kaki terjengket jengket melangkah keluar dari bilik. Sempat dia meliat jam yang tersarung di pergelangan tangannya. Lambat! mesti Airil dah tunggu dia dekat luar rumah tu.

Tangga diinjak satu persatu, sampai sahaja di tangga bawah dia berhenti sebentar lalu melihat kiri dan kanan untuk memastikan tiada seseorang pun  akan nampak dia yang macam pencuri ni. Line clear! Dia terus berjalan keluar dari rumah itu

Pagar rumah dibuka dengan perlahan, tidak tunggu lama dia terus memboloskan diri ke dalam kereta Airil. Nafas turun naik menahan debaran. Dia menjeling sekilas ke arah sebelah apabila terdengar tawaan kecil seseorang

" kenapa you gelak? "

" tak adalah, kelakar betul ye bila you jadi pencuri dekat rumah sendiri " sinis dia berkata

" eh, kalau bukan sebeb I nak keluar dengan you, jangan harap lah I nak jadi pencuri tak bertauliah ni erk " dia menjeling tajam wajah Airil. Seronok betul gelakkan dia.

" lain macam erk, dress you hari ni " tangannya yang bergerak ingin menyentuh paha wanita itu terus terhenti apabila wanita itu memukul tangannya

" jangan sentuh I lah! " berkerut wajahnya

" kenapa you ni? " soalnya dengan kening yang terjungkit.

" I tak suka you sentuh I Airil, dah banyak kali I cakap kan, tak akan lah you tak faham " matanya melihat lelaki itu yang tenang memandu.

" sayang... I ni boyfriend you tau, tak akan lah sentuh sikit pun tak boleh "

" ya, memang tak boleh, walaupun I ni liar, tapi I tak suka bila ada lelaki yang sesuka hati je sentuh I. Termasuk you, I tak kesah kalau you tu boyfriend I sekali pun " marahnya kepada Airil yang mula mendengus kasar.

" ish! you ni, mengada betul lah, ini tak boleh, itu tak boleh " kutuknya dengan selamba

" memang lah tak boleh! " balasnya dengan kasar. Nasib lah Airil ni boyfriend dia, kalau tidak dah lama rasa pelempang dia.

" apa apa jelah sayang, ni, kita nak pergi mana ni? tempas biasa ke? " 'tempat biasa' semestinya tempat yang mereka selalu pergi iaitu kelab malam.

" I tak nak lah " tangan disilangkan ke dada

" habistu you nak pergi mana? "

" pergi Cafe "

" ada ke Cafe buka tengah tengah malam ni? " soalnya pelik

" entah, you cari jelah " balasnya dengan wajah yang selamba

" okay "

Setelah itu mereka berdua mula berdiam diri sehingga Airil bertanyakan soalan apabila tiba tiba dia teringat mengenai kemarin malam seorang yang lelaki tiba tiba mengaku sebagai tunang kepada teman wanitanya

" sayang... lelaki yang mengaku you tunang dia tu, siapa? " dia mengerling melihat Nafisa yang berdiam diri

" Uncle Edward " jawapnya acuh tak acuh

" siapa tu? " sebelah kening terjungkit

" boleh dikatakan adik angkat papa
I " dia berpaling melihat Airil. Terjungkit sebelah keningnya apabila melihat anggukan lelaki itu

" why? "

" I'm just curious, kenapa dia cakap yang you tunang dia " dari semalam lagi dia tidak henti berfikir mengenai lelaki itu.

𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐈𝐕𝐄 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃 [ SU ]Where stories live. Discover now