Ket dan Faty saling mengangkat kening. Mereka dipisahkan gara-gara sesi ice breaking. Diasingkan mengikut entah proses apa-apa maka tercampaklah merata mereka berdua.
Ket yang reserved bertambah-tambah reserved. Duduk pula dengan empat orang aci-aci ustazah kelas sastera, tiga dari kelas akaun memang tak boleh makan jawabnya. Tapi tu bukan bermakna tak boleh mingle langsung cuma kena orang yang breaking the ice first. Kalau harap dia, sampai ayam didik bertukar jadi ayam serama la kot.
Faty pula duduk dengan empat orang classmate mereka, dua orang dari akaun dan seorang kelas sastera. Rancak menyembang tak ingat dah member kat sini.
"Baiklah. Selesai sudah urusan pembahagian kumpulan kita. Seterusnya, setiap kumpulan akan diberikan satu task. Pada malam esok, kita akan adakan pertandingan secara berkumpulan di antara 7 kumpulan ini. Sekarang saya beri 30 minit untuk berbincang dan mencari idea." Ustazah Maria memberikan arahan kepada semua.
"Sebelum itu, saya akan assignkan mentor bagi setiap kumpulan. Satu je saya nak pesan. Behave ya" Ustazah Maria dah merenung tajam kepada setiap muridnya.
Faty dah tersengih. Nasiblah Ustazah Maria tak mengajar dia, kalau tak mesti dia takut lebih. Siapa tak kenal Ustazah Maria, nak duduk kena jawab soalan on the spot baru boleh dipersilakan duduk. Nak taknak, sebelum kelas, seminggu sebelum tu dah kena buka tafsir. Ni si Rose kelas akaun tu yang cakap. Dia pandang Ket di hujung sana. Senyap je member tu. Mungkin dia cuma kenal Rose dengan Tipah je sebab sama-sama join Persatuan Bulan Sabit Merah.
"Kumpulan pertama, mentor awak semua Brother Hafiz. Beliau merupakan pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia di Lincoln" Faty dah ternganga.
"Ju, Lincoln yang kat PJ tu ke?" Faty tanya Ju classmate mereka.
"Itu bukan ke Lim Kok Wing?" Ju menjawab dengan tanda tanya.
"Lebih kurang bunyi with capital L kan" Tergelak dah mereka berlapan dalam kumpulan satu. Kalau ada Faty tak sah tak gelak.
"Kumpulan kedua, mentor awak ialah Brother Zaid dari Universiti of Kent. Student Law final year." Besar lagi la nganga si Faty. Dia ni tengah menghafal semua nama mentor ke? Ket yang memerhati menggelengkan kepala je.
"Kumpulan ketiga mentor awak ialah Brother Zachary dari NJIT, Student second year ambil Mechanical Engineering" Reaksi Faty dah tak dapat diluah dengan kata-kata. Orang kata all girls macam tu dan Faty adalah bukti hidup di depan mata.
Caught you in red handed, Faty. Sampai tersedak kau. Cepat-cepat Ju menghulurkan air mineral sebotol.
Pengumuman nama-nama mentor terus berlangsung.
"Kumpulan ketujuh, mentor awak ialah Brother Ahmad Muhaimin, student second year Electronic Engineering Di RGU."
Faty terasa nak soal si Ju lagi.
"RGU tu stands for Rimba Gunung Univerisity ke apa?Kau tengok lah dia . Macam baru balik bertapa dari gua"Ju pandang dia macam nak sekeh. Macam manalah si Ket yang pendiam tu boleh tahan dengan anak ustaz ni.
Ket memandang sahaja Brother Muhaimin. Itu gerangan jejaka yang mengaku malu direnungnya tadi.
Class kau bro. Robert Gordon tu. Layak la kot nak tegur tabiat aku merenung kerang dan anak teruna orang. Well, clothes don't make the man. Dengan rambut panjang sampai bahu, ingatkan belajar arts nak jadi M.Nasir. Tapi ada kopiah pula atas kepala.
Jadi inilah mentor kumpulan aku. Adakah Pak ustaz ni nak suruh kumpulan mereka nyanyi nasyid malam esok? Empat geng ustazah group dia ni memang la layak tapi aku?Kalau nyanyi lagu sepohon kayu, nak jadi sepohon kayu daunnya rimbun ke. Aku ni macam pokok renek je. Daun pun tak de la merimbun.Rambut rebonding kot.
"Assalamualaikum. Saya perkenalkan diri saya, Ahmad Muhaimin bin Ahmad Sobri.Boleh panggil Brother Mine. Berusia 21 tahun, berasal dari Ipoh." Mendengarkan itu, Ket mendongak. Sekampung rupanya kita.
"Saya nak semua perkenalkan diri serba ringkas mulai dari adik yang bertudung biru."Mine menunjuk kepada Adleen.
"Saya Nur Adleen Ahmad Syukor berasal dari Klang, berusia 17 tahun" Adel tersipu-sipu malu membuatkan Ket tersenyum senget, memang la umur 17, kan kem SPM ni. Ket tunduk tersenyum.
"Adik yang bertudung pink pula?"diajukan pada Rose.
Ah sudah dia panggil main ikut appearance pulak dah. Nanti dia panggil aku adik tak bertudung ke?Atau adik yang free hair ke?
Dia dah mai dah nak panggil aku ni. Tangan mula la berpeluh-peluh.
"Baiklah akhir sekali, wanita istimewa ciptaan Allah yang berbaju biru, boleh perkenalkan diri anda?"
Ket gugup. Awat panjang sangat mukadimah nak panggil aku. nak balas blushingkan aku balik ke. Tapi dia lega di situ Mine tidak merendahkan darjatnya malah memanggil dengan cara yang baik.
"Siti Khadijah binti Liam Muhammad. Berasal dari Birmingham...kot?But mostly grew up in Malaysia." Mine mengangguk memahami penjelasan ringkas Ket. Tengok rupa sekali imbas macam Melayu pure tapi dia tau gadis ini mempunyai darah campuran, Tengok je la color rambut coklat gelap tu. Kalau bukan warna asli, mesti Ustazah Faizah dah bising.
"Okay, Nice introduction from all. So sekarang kita teruskan perbincangan nak present apa esok malam. Tapi saya tak galakkan nyanyi sebab trust me, orang dah bosan asyik dengar nyanyi-nyanyi." Lega Ket mendengarnya. Dia ni memang stok jejaka Strepsils kot. Asyik melegakan gundah gulana dia.
Ket hanya mendengarkan perbincangan kumpulan. Sikitpun dia tak menyampuk. Sebab dia tak ada langsung idea yang terlintas di kepala. Dia lagi rela kalau disuruh hafal periodic table dari elemen Hidrogen sampai Organesson siap dengan Lantanid dan Aktinid dia boleh. Entah-entah dia ada darah Mendeleev.
Nak suarakan apa pun dia tak tau. Jam di tangan dah menunjukkan pukul 10.30 malam. Mata dah tak dapat nak control ni. Kalau orang tengok mau kata dia baru ambil Chlorpheniramine atau Bena Expectorant.
"So Khadijah, awak lead nanti ya" Putus Mine.
Eh apa yang lead ni. Nak buat apa. Cheerleader ke. Dia tak tau. Dia tak reti. Apa ingat dia free hair dia pandai joget ke. Terkebil-kebil dia memandang rakan-rakannya

ANDA SEDANG MEMBACA
[💚COMPLETED] JODOH MR.MINE
Romance"I'm not a good person" "We will be better together" "I'm a sinner" "We are not holier" "I'm still learning" "We learn baby step together" "I'm not that strong" "So I'll be your transformer. The electromagnetic induction will supply everything for U...