BAB 2

36.3K 1.5K 59
                                    

Sebaik sahaja Vellfire yang dipandu oleh Pakcik Rahim berhenti di garaj yang disediakan khas untuk kereta itu, pantas Yara mencapai beg sekolahnya lalu turun dari kereta.

Dia berlari kegirangan masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat milik Tengku Yazid bersama tauhu begedil special yang tidak lepas daripada genggaman.

Makin teruja apabila dia melihat kereta milik papanya terparkir elok di garaj. Maksudnya, papa sudah pulang dari YA' Holding.

"Papa!!!" dia menjerit dari luar rumah memanggil Tengku Yazid.

Kasut sekolah dibuka lalu diletakkan di dalam kabinet yang tersedia di tepi pintu utama. Masuk sahaja ke dalam rumah banglo tersebut, Yara nampak Tengku Yazid sudah mengangkat kepala memandangnya sambil melipat surat khabar ditangan. Pasti kerana mendengar jeritan daripada Yara tadi.

Sempat Tengku Yazid menghirup secawan kopi panas sebelum mendepakan kedua belah tangan bersama senyuman manis menyambut kepulangan satu-satunya puteri bongsu yang ditinggalkan oleh arwah isterinya, Amelda.

"Papa!" panggilnya lagi tapi dengan nada lebih perlahan.

Gadis itu berlari anak untuk duduk di atas sofa empuk bersebelahan papanya.

"Tengku Yara Alyssa. Apa jerit-jerit ni sayang? Papa belum pekak lagi tau. Dari luar papa dengar Yara jerit-jerit panggil papa. Why?" lembut Tengku Yazid menegur anak gadisnya.

Punggung dilabuhkan di atas sofa empuk bewarna Beige itu. Tubuh tua sasa papanya dipeluk seerat mungkin.

Walaupun umur Tengku Yazid sudah mencecah 45 tahun, tetapi tenaga dan tubuh tegapnya masih kuat seperti berumur 30 tahun.

Sesaat, pelukan dilepaskan.

"I'm sorry, pa. Yara excited nak jumpa papa. Promise tak buat lagi." Dia mengangkat dua jari sebagai tanda janji bersama senyuman yang mendedahkan barisan gigi cantik tersusun.

"Yelah tu. Janji untuk hari ini je. Then, esok buat lagi, kan?" Kata Tengku Yazid.

Hidung mancung milik puterinya ditarik manja.

Yara tergelak kecil. Dia bersyukur Allah masih pinjamkan satu satunya harta yang paling berharga dalam hidupnya setelah mama.

Walaupun dia tidak pernah berjumpa atau merasa kasih sayang seorang ibu, namun Yara ditatang dan diberi kasih sayang secukupnya oleh Tengku Yazid. Tidak ada yang kurang dalam hidupnya.

Bagi Yara, Tengku Yazid sudah berusaha sebaik mungkin untuk menjadi papa sekali gus mama untuknya. Malah, papa juga telah sematkan dalam minda Yara bahawa kehilangan mama bukanlah salah dirinya kerana Tengku Amelda meninggal ketika melahirkan dia ke dunia ini . Dan kata papa, itu adalah takdir yang tidak akan mampu diubah.

"Betul. Kan dah janji mana boleh ingkar kan." Yara cuba meyakinkan Tengku Yazid.

"Okay, I'm trust you. So, what's going on? How your last paper? Good?" Tengku Yazid menyoal.

Dia tahu anaknya itu teruja kerana sudah menamatkan zaman persekolahannya.

"That's great! You know how much I love math's right?" Yara menjawab penuh yakin.

Dia sangat minat dengan Sains dan Matematik. Sebab itu Yara berkeinginan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Jadi, dia berharap sangat keputusan SPM nya cemerlang dan mampu melayakkan dia untuk menyambung dalam bidang tersebut.

"Alhamdulillah. It's good to hear. Papa doakan princess papa dapat results yang cemerlang dan membanggakan." Dahi licin milik Yara dicium.

MARIPOSA MILIK MIKHAEL | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now