𝟎 𝟐 | 𝐑 𝐈 𝐙 𝐌 𝐈 𝐄 𝐑 𝐀 ♡

49 1 0
                                    

TELEFON pintarku yang berjenama Samsung Galaxy Z Flip4 5G bergetar menandakan ada seseorang yang menghubungiku. Dengan pantas aku menekan butang ikon hijau lalu aku melekapkan telefon pintar itu di telingaku. Sempat aku melihat nama si pemanggil sebelum menjawab panggilannya tadi.

Ezmiera! We did it!” Tiada salam, tiada mukadimah, terus sahaja sahabat baikku ini menjerit kuat di telingaku menyebabkan aku terpaksa menjauhkan sedikit telefon pintarku dari telinga.

Rasanya telingaku boleh jadi pekak tak lama lagi kalau selalu dengar suara jeritan nyaring perempuan ini. Mahu cair tahi telinga aku dengar suara sumbang dia. Patutlah dia jadi model sebab kalau dia jadi penyanyi memang rosak industri muzik. Rakyat Malaysia patut bersyukur sebab gadis ini memilih untuk tidak menjadi seorang penyanyi. Haha.

Amboi, kau, Nadiya. Tahulah terlebih excited tapi salam jangan lupa diberi. Kita ini kan umat Islam, jadi kita perlulah beradab dengan sesama manusia. Kau ni pun, salam tak bagi, terus sembur tahi telinga aku dengan suara sumbang kau tu,” bicaraku tidak puas hati. Sempatlah juga aku bagi dia tazkirah satu minit. Biar dia sedar sikit yang dia itu beragama Islam.

Okay, Im sorry. That’s my fault. Aku bagi salam, okey. Assalamu’alaikum WBT, wahai sahabatku dunia akhirat, yang cantik jelita persis seorang bidadari yang namanya Ezmiera Nayyara.” Nadiya memberi salam dengan penuh sabdu. Sebutannya juga agak kedengaran sempurna di telingaku. Sempat juga dia memujiku di hujung ayatnya tadi membuatkan aku terus ketawa kecil.

Haa, macam itulah sahabat aku. Beradab dan sopan-santun. By the way, ada apa kau call aku awal-awal pagi macam ni?” Aku terus bertanya kepadanya mengenai tujuan sebenar dia menghubungiku. Jarang sekali gadis itu ingin menelefon diriku pada waktu pagi begini. Pasti ada hal penting yang ingin dia sampaikan kepadaku.

Ezmiera! Kita dah berjaya! Kita berjaya dapat persetujuan daripada pemilik Royal Palace Hotel untuk mengadakan majlis pelancaran tudung kau di sana. Dia dah bagi keizinan dan kau boleh teruskan rancangan kau untuk majlis pelancaran itu nanti. Sebaik sahaja Nadiya habis berkata, aku terus mengucapkan syukur. Sangat gembira sehingga aku tidak mampu untuk berkata-kata lagi.

Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan segala urusanku.

Laju betul kau buat kerja. Tengok-tengok hari ni dah dapat keizinan dia. Memang betul cakap kau, aku rasa dia memang baik,” ujarku sambil tersenyum lebar. Automatik aku terus puji pemilik hotel mewah tersebut padahal kelmarin bukan main lagi aku berhabis kutuk dia.

Of course. Ini Nadiya Arabella, okey. Bukan kaleng-kaleng. Semuanya aku buat sepantas kilat, tahu? balasnya pula. Kedengaran seperti bangga dengan dirinya sendiri.

Aku pula hanya ketawa kecil.

Bila kau jumpa dia?” soalku ingin tahu. Hairan juga aku, macam mana dia boleh dapatkan keizinan pemilik hotel tersebut dengan begitu pantas?

Aku jumpa dia kelmarin. Selepas kau balik, aku terus contact kawan aku yang kenal dengan dia. Kebetulan, waktu itu kawan aku memang dengan dia masa tu. Jadi, kita orang terus jumpa di kafe yang sama kita jumpa kelmarin. Sebelum kami berjumpa secara depan-depan, aku ada beritahu tujuan sebenar aku nak jumpa dengan pemilik hotel tu,” cerita Nadiya dengan jelas.

Aku hanya mengangguk-angguk kepala.

Betul apa yang aku cakap, Ezmiera! Dia memang kacak maut! Masih muda dan belum berkahwin. Weh, untung giler siapa yang dapat kahwin dengan dia tu! OMG!” Suaranya sedikit teruja. Dah keluar dah perangai gatal dia.

𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐢𝐚 Where stories live. Discover now