MySavior: Prolog🔥

29.3K 848 112
                                    

"Anak tak guna!" Satu penumbuk kuat hinggap di tepi bibir Fattah Zabran sehingga menyebabkan dia jatuh terduduk di atas lantai.

Along ni memalukan PASKAL! Mereka tak ajar Along jadi manusia berperangai binatang! Sanggup along nak rogol adik!" Jerkah Tan Sri Abdul Halim, kesal dengan sikap Fattah yang di sangka baik rupanya manusia berperangai binatang.

Fattah mengesat darah yang mengalir di tepi bibir. Dia bingkas bangun sambil memandang tajam ke arah Alya yang sedang menangis di dalam pelukan ibu tirinya. Perempuan itu memang benar-benar sudah melampaui batas.

"Along tak gila lagi la nak buat kerja bodoh tu! Dia masuk bilik ni, nak goda along!"Tegas Fattah, dia tekad mahu membela diri. Dia masih mempunyai akal yang waras dan iman yang kuat, tak mungkin dia sanggup melakukan hal sedemikian terhadap seseorang yang dia sudah anggap seperti adik sendiri.

"Alya nak goda along? Dia dah ada tunang! tak mungkin la dia nak goda along yang dia dah anggap macam abang sendiri. Along jangan cuba nak memperbodohkan ayah lagi! Cukup la selama ni along dah buta kan mata ayah dengan sikap along yang konon baik di depan mata ayah tetapi hakikatnya di belakang ayah manusia berperangai syaitan!" Ujar Tan Sri Abdul Halim nada suara kasar dan meninggi, berkali-kali jari terlunjuknya menunjal dada tegap Fattah. Terbit rasa kecewa apabila sikap Fattah yang dulu baik kini telah bertukar kejam.

Fattah Zabran mengukir senyuman sinis. Mudah sungguh ayah meletak hukum. Hanya tangisan dan jeritan Alya, dia terus di tuduh melakukan perbuatan keji itu. Kerana Alya perempuan dan dia lelaki terus saja ayah meletak hukum tanpa menyiasat. Sungguh tak adil untuk dia yang tak bersalah.

"Along tak sangka la ayah lebih percayakan anak tiri daripada anak sendiri!" Sindir Fattah sinis sambil berjalan mendekati Tan Sri Abdul Halim. Tak pernah dia menduga ayah akan lebih percaya kata-kata anak tiri yang baru hidup bersama mereka selama beberapa tahun ni berbanding dirinya yang sudah bersama lelaki ini selama 29 tahun.

"Yes! Ayah memang percayakan Alya selepas apa yang berlaku tadi. Along jangan ingat ayah tak tahu selama ni, along memang nak goda Alya dan selalu ugut Lutfi, kan?! Banyak kali ayah pesan jaga hubungan dengan adik beradik tiri tetapi di dalam diam along jadi abang yang kejam!"

Fattah meraup wajahnya, apa lagi fitnah yang telah keluarga tirinya lemparkan sepanjang dia tak ada? Tak salah sangkaannya selama ini yang mereka mempunyai niat yang tak baik.

"Ayah.. jangan marah along. Alya salah sebab masuk bilik along. Alya just nak pinjam barang tapi tak sangka along nak buat benda tak baik." Ujar Alya sayu, teresak-esak dia menangis sambil memeluk lengan Tan Sri Abdul Halim.

"Kalau abang marah along pun bukan selesaikan masalah pun, bawa je dia ke balai. biar polis yang settle kan." Kata Puan Zakiah sinis sambil memandang tajam ke arah Fattah Zabran, dia memang sudah lama tak puas hati dengan anak muda ini.

Fattah mendengus kasar. Tanpa usul periksa tiba-tiba saja mahu mengheretnya ke balai polis, ini memang melampau. Fattah mencapai topi keledar dan mengangkatnya tinggi seolah-olah mahu membaling ke arah Puan Zakiah. Ibu tiri yang kejam memang tak patut hidup di dunia ini.

Bulat mata Puan Zakiah melihat perbuatan Fattah, kelam-kabut dia menyorok di belakang suaminya. Risau jika Fatah benar-benar bertindak membaling topi keledar itu, tak pasal nanti dia akan menjadi penghuni ward ICU.

"Along!" Jerit Tan Sri Abdul Halim risau jika Fattah bertindak di luar kawalan.

Fattah mengukir senyuman sinis. Dia menyarung topi keledar dikepalanya, sengaja mahu melihat sejauh mana keberanian Puan Zakiah.

"Ayah tak payah nak bawa along ke balai sebab along akan pergi ke sana sendiri. Berani kerana benar. Alang-alang dah ada dekat sana, along nak buat report ada pontianak terlepas." Sindir Fattah sambil berdiri di sebelah Tan Sri Abdul Halim dan memandang tajam ke arah Puan Zakiah dan Alya, dua manusia inilah yang telah merosakkan hubungannya dengan ayah.

PELINDUNG BIDADARI (BAKAL TERBIT)Where stories live. Discover now