Tuk! Tuk! Tuk! Bunyi ketukan pintu bilik yang kuat mengejutkan Fattah daripada lena. Siapa saja la yang menganggu nikmat tidurnya ini. Di dalam keadaan mata tertutup Fattah mencapai kemeja hitam yang di sangkut pada birai katil. Pelahan-lahan dia melangkah menuju ke pintu bilik sambil memasang satu persatu butang baju kemejanya. Sebaik saja pintu bilik di buka luas, tiba-tiba Alya menerpa ke arah Fattah yang sedang berdiri di muka pintu.
"Fattah! Please terima I di dalam hidup you." Merayu Alya, dia memeluk erat pinggang Fattah. Apa pun nak jadi dia tak kisah, janji hasrat hatinya mahu memiliki segenap jiwa Fattah tercapai.
Terkejut Fattah, jika tadi dia di dalam keadaan mamai tetapi kini matanya terbuka luas. Kelam-kabut dia menolak kasar tangan Alya dari terus memeluk tubuhnya. Fattah menjauhkan jarak antara mereka, semakin membuak-buak perasaan marahnya pada Alya.
"Apa masalah kau ni?! Kau jangan sampai aku ruqyah kau dekat sini!" Berang Fattah dengan sikap melampau Alya. Di manakah sikap malu yang sepatutnya ada pada seorang perempuan?
Alya tak memperdulikan amarah Fattah, dia memberanikan diri membuka satu persatu butang baju kemeja yang sedang dia pakai ini hingga memperlihatkan lurah dadanya. Dia tetap mahu menggoda Fattah hingga jatuh ke dalam pelukannya.
"Kenapa you susah sangat nak faham perasaan I pada you?! I dah jatuh cinta dengan you!" Jerit Alya sambil melangkah laju menuju ke arah Fattah, sekali lagi dia mahu memeluk lelaki itu.
Bulat mata Fattah apabila Alya berani masuk ke dalam biliknya dan mahu memeluk dia lagi. Tanpa sengaja Fattah tertolak kuat tubuh Alya hingga jatuh terduduk di atas lantai.
"Fattah! Kenapa ni?!"
Suara lantang Tan Sri Abdul Halim mengejutkan mereka berdua. Alya mengetap bibir apabila rancangnya gagal, malah sakit yang dia dapat kerana jatuh akibat di tolak oleh Fattah. Dia nekad mahu menggunakan kesempatan ini untuk membalas dendam atas perbuatan kejam yang telah Fattah lakukan sebentar tadi.
"Ayahh!! Tolong Alya! Along nak rogol Alya!" Meraung Alya kuat, dia bingkas bangun dan berlari ke arah Puan Zakiah. Tubuh mamanya di peluk erat dan Alya pura-pura menangis teresak-esak agar Tan Sri Abdul Halim berasa simpati terhadap dirinya dan memarahi Fattah Zabran.
Tan Sri Abdul Halim terkejut mendengar kata-kata Alya, dia memandang tajam ke arah Fattah. Mengharapkan perjelasan daripada anak sulungnya ini. Kerana apa yang dia lihat tadi adalah Fattah sedang menolak Alya sehingga jatuh di atas lantai.
Apabila melihat Fattah dan Alya berdua saja di dalam bilik ini membuatkan hati Tan Sri Abdul Halim mula tak tenang. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku apabila lelaki dan perempuan berdua saja di dalam satu bilik.
Fattah terkedu mendengar kata-kata Alya. Dia pantas menggeleng kepala. Menidakkan segala fitnah yang telah Alya lemparkan kepadanya.
"Tak... Tak.. Ayah semua ni fitnah!" Tegas Fattah, dia sangat berharap ayah tak mempercayai kata-kata Alya. Dia tak akan membiarkan rancangan jahat keluarga tirinya berjaya.
YOU ARE READING
PELINDUNG BIDADARI (BAKAL TERBIT)
RomansLeftenan Komander Fattah Zabran penyelamat kepada Najah Umairah.