Jam 01:30 am,Perairan Laut China selatan.
Kapal Auxiliary Bunga Mas 5 (BM5) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bergerak pelahan menyusur Laut China selatan menuju ke Labuan. Tugas mengawasi dan melindungi kapal dagang Malaysia yang melalui perairan Teluk Aden telah selesai. Kini, tiba masanya tentera Pasukan Khas Laut Malaysia pulang ke pangkalan TLDM setelah hampir sebulan berkampung di atas kapal ini.
"Wei! Awat ikan aku hilang? Hang curi kan?" Soal Lobak atau nama sebenar Shahril berpangkat Leftenan muda, dia tak puas hati apabila ikan kerapu yang dia pancing tadi sudah tak ada di dalam baldi. Lobak memandang lama ke arah Dobi yang sedang berdiri tepi dek kapal sambil menunggu umpannya di makan ikan.
"Mana ada aku ambil. Hang pi tanya Yop, tadi dia ada berdiri dekat sini." Balas Dobi atau nama sebenar Khalis berpangkat Leftenan muda. Dia menunjuk ke arah Yop yang sedang memasang umpan pada mata kail.
"Siapa ambil ikan aku, aku cincang 20." Bebel Lobak sambil berjalan mendekati Yop. Mana pula la ikan kerapu tadi menghilang. Tak akan la terjun balik ke dalam laut.
"Wei mana ikan aku?" Sergah Lobak sambil cekak pinggang berdiri di hadapan Yop atau nama sebenar Tahir berpangkat Leftenan muda.
"Ikan hang? Jap aku fikir." Yop memandang ke arah langit seperti berfikir sesuatu.
"Saya dah bagi dekat Paklang. Tadi saya dapat ikan kerapu juga. So, saya bagi sekali la dengan ikan awak . Boleh kan?" Kata Fattah Zabran, callsign Atlas berpangkat Leftenan Komander. Dia berdiri di sebelah Lobak sambil meletak tangan di atas bahuny
Lobak sengih mendengar kata-kata Fatt
"Mestilah boleh, Tuan. Tuan nak ambil 10 ekor pun boleh, saya tak kisah." Balas Lobak sambil menepuk pelahan dada berotot Fattah.
Murai, Yop, Toman dan Dobi membuat mimik muka mendengar kata-kata Lobak, tadi bukan main kata siapa ambil ikan dia nak cincang 20. Sekali yang ambil ikan tu Tuan Atlas. Berani ke nak cincang 20, silap hari bulan dia yang kena cincang dulu
"Bagus Lobak ni Tuan. Pemurah sangat-sangat." Sindir Dobi sinis semasa lalu di sebelah Fattah, sempat dia membuat mimik muka mengejek Lobak.
Lobak memandang tajam ke arah Dobi.
"Tuan, Dobi dapat ikan siakap besar tadi. Jom kita suruh paklang masak kukus limau." Sengaja Lobak mahu mengenakan Dobi, tak aci la ikan dia je yang menjadi korban dia nak semua ikan yang di pancing pun di masak malam ini juga.
Tring! Tring! Tring!
Bunyi siren bergema di atas kapal bunga mas ini menandakan ada tugasan yang sangat penting sedang menanti mereka.
"Balik dari operasi kita kenduri semua ikan yang ada." Kata Fattah sambil menepuk bahu Lobak, kemudian dia berlari meninggalkan dek kapal ini.
"Yess!! Ni aku suka ni." Kata Lobak girang apabila mendengar kata Fattah. Tak sabar dia nak makan ikan siakap stim limau. Huish! Sedapnya.
"Oi! Jom pi operasi. Tak payah nak pikir pasal makan." Tegur Toman sambil menepuk bahu Lobak. Dia menarik tangan Lobak mengekori Dobi, Murai dan Yop yang sedang berlari menuju ke arah hujung kapal ini di mana terletaknya bilik senjata dan uniform.
"Sebuah kapal tangki MT Laurel dalam perjalanan menghantar muatan minyak pelincir dan bahan kimia jenis 'ethylene dichloride' dari Asia Barat ke Singapura, tetapi diserang tujuh lelaki bersenjatakan mesingan AK-47 dan pistol menaiki sebuah bot laju di perairan semporna." Suara Komander Nasir bergema di speaker di dalam kapal bantuan Bunga Mas 5 ini memberitahu misi kecemasan kepada semua Pasukan Khas Laut.
YOU ARE READING
PELINDUNG BIDADARI (BAKAL TERBIT)
RomanceLeftenan Komander Fattah Zabran penyelamat kepada Najah Umairah.