Perkenalan diri

5 1 2
                                    

Assalamualaikum sahabat,

Nama saya Mohamad Akmal Muglis Bin Mohd Azamin, akan tetapi sahabat boleh memanggil saya Mal atau Akmal sahaja. Saya merupakan anak bongsu dalam 3 adik beradik. Mungkin sesetengah orang beranggapan bahawa anak bongsu ini manja dan mudah mendapat kasihani daripada ibu dan bapa. Namun begitu, ibu bapa tidak pernah berat sebelah dalam memberi kasih mereka kepada semua anaknya, tidak kira sulung mahupun bongsu. Jadi sahabat marilah kita tukar mindset kita bahawasanya ibu bapa kita adil dalam memberi kasih mereka kepada semua peringkat anak. Jika ibu bapa hanya kasih kepada anak bongsu, kenapa ibu bapa masih sedih jika anak sulung meninggal ? Fikir-fikirkan lah...

Umur saya baru sahaja meningkat dari 17 tahun kepada 18 tahun. Ini menunjukkan tempoh masa saya untuk bertemu ajal kian semakin singkat. Sahabat sedarilah bahawasanya setiap kali tibanya tarikh lahir kita, maka menunjukkan bahawa masa kita di atas dunia semakin sedikit. Ingatlah wahai sahabat dunia ini hanyalah RnR sebelum kita tiba di destinasi kita antara neraka ataupun syurga. Insyaallah saya mendoakan kita semua tiba di destinasi terakhir kita ialah syurga, aminn...

Saya rasa cukuplah sampai disini sahaja dulu untuk bahagian perkenalan ini...sahabat akan mengetahui tentang dengan lebih mendalam lagi di dalam bahagian-bahagian yang seterusnya. Kisah sedih saya, gembira saya bahkan kisah memalukan saya pun saya akan ceritakan kepada sahabat.

Tentang Diri SayaWhere stories live. Discover now