Kini sampai ke zaman sekolah menengah saya atau kita gelarkan zaman pra remaja. Saya bersekolah di SMK Kamunting dari tahun 2018 sehingga 2023. Senang kata dari form 1 sehingga form 5. Pada zaman ni juga saya mengalami revolusi dari orang yang dibuli sehingga menjadi orang yang paling kuat bahan atau mereka gelarkan saya sebagai orang yang sentiasa betul. Hahaha nak tau kenapa mereka gelarkan saya sebegitu, jom saya ceritakan.
Kita mula dari tahun gelap saya, pada tahun 2018 sewaktu saya form 1. Tidak disangka saya terpaksa sekelas dengan puak yang membuli saya pada darjah 5 dahulu. Seperti biasa saya sewaktu itu memang bukan jenis yang suka banyak cakap dan reda atas semua ketentuan Allah SWT. Saya pernah dipaksa duduk di depan cikgu berseorangan. Kepada yang tidak seberapa faham, biar saya ceritakan dengan lebih lanjut. Dalam kelas meja dibahagikan kepada 6 kumpulan, 1 kumpulan 4 meja. Makanya saya duduk di kumpulan 2 dengan 3 meja kosong serta betul-betul berhadapan dengan guru. Bukan sekali sahabat tapi banyak kali saya dibuat sebegitu. Sehingga kini saya masih tidak tau bagaimana saya boleh menghadapi segala cabaran yang sebegitu kejam. Namun, saya berasa amat bersyukur kerana saya dapat menempuhi segala rintangan tersebut tanpa mengeluh.
Pada tahun 2020, saya pernah dibahan satu batch kerana saya suka kepada seorang perempuan yang cantik tanpa melihat fizikal saya sendiri. Untuk pengetahuan sahabat saya dahulu berbadan gendut dan tak seberapa kacak seperti sekarang. Hahaha sekarang pun saya tak seberapa kacak juga. Jadi itu lah zaman kegelapan saya di sekolah menengah.
Pada tahun 2021 sehingga 2023 adalah zaman kegemilangan saya dimana saya tukar segala karakter saya. Saya cuba menjadi orang yang banyak cakap dan mudah bersosial dengan orang lain. Alhamdulillah dengan usaha tersebut saya dapat mengubah persekitaran saya dari gelap menjadi cerah dan gembira di sekolah. Salah satu perangai saya setelah berubah ialah say suka nak menang sahaja apabila berbahas tentang sesuatu perkara. Itulah sebabnya kawan saya gelarkan saya sebagai orang yang sentiasa betul. Syukur Alhamdulillah, karakter tersebut saya masih bawa sehingga kini dan selama saya membawa karakter ini tiada sudah orang yang nak buli saya. Tapi saya buli orang dalam bentuk lisan adalah. Hahaha bukan lah buli cuma sekadar gurauan semata-mata. Ini juga punca kenapa rakan saya gelarkan saya sebagai orang yang kuat bahan.
Jadi secara kesimpulannya, kita boleh mengubah persekitaran kita dengan cara mengubah karakter kita. Jika kita tidak mengubahnya, maka tahan lah dengan peritnya dibuli. Insyaallah walaupun kita dibuli kalau kita reda dan mampu menempuhinya, nescaya Allah SWT akan datang kepada kita. Mungkin darjat kita dinaikkan atau mungkin akan ada hikmah di sebalik musibah tersebut. Jangan kita menganggap negatif, bahkan Baginda SAW pun masih sanggup memberi bantuan kepada yahudi buta yang sedang menghina beliau. Dari cerita Baginda SAW tersebut menunjukkan bahawa Baginda sentiasa menganggap positif terhadap yahudi buta itu.
YOU ARE READING
Tentang Diri Saya
RandomMengisahkan kisah kehidupan saya dari prasekolah sehingga kini dengan secara ringkas dan padat...