Ok sekarang kita beralih ke zaman sekolah rendah saya pula.
Saya bersekolah di Sk Kamunting dari tahun 2012 sehinggalah 2017. Banyak cikgu-cikgu kegemaran saya yang sudah bersara sekarang. Bagi saya zaman sekolah rendah merupakan zaman paling gemilang dan dalam masa yang sama zaman permulaan gelap saya. Kenapa saya berkata sebegitu ? Jom saya ceritakan.
Seperti yang semua orang tahu zaman sekolah rendah ni lah kita boleh bersuka ria di sekolah tanpa fikirkan tentang masalah sendiri. Kita boleh berlari sakan tanpa adanya rasa letih dan lelah. Itu momen best saya lah. Sekarang jom beralih ke momen memalukan saya sewaktu sekolah rendah.
Momen memalukan yang saya ingat adalah sewaktu saya darjah 1, tahun 2012. Waktu tu cikgu tahan untuk balik, siapa yang siap salin dia boleh balik. Saya masih tak siap salin jadi saya menangis dengan teresak-esak kerana tak dapat balik rumah. Tapi pada akhirnya saya dapat balik rumah dengan pertolongan seorang rakan saya sewaktu itu yang bernama Jannah. Dia menyuruh saya untuk balik sahaja tanpa mengendahkan apa yang cikgu cakap, maka itu juga merupakan penipuan pertama saya terhadap guru.
Momen memalukan kedua saya ialah sewaktu darjah 1 juga dimana waktu tu juga cikgu menahan balik. Siapa yang dapat menjawab pertanyaan cikgu, boleh balik. Seperti biasa saya dengan rasa gelabah kerana makin lama makin sikit yang tinggal, yang lain semua sudah balik setelah selesai menjawab soalan daripada cikgu. Rasa gelabah yang tak terhingga sehingga menyebabkan saya membuang air kecil di dalam seluar. Yang paling lawak ialah saya buat bukan sahaja di depan guru, malah di depan beberapa pelajar wanita kelas saya.Apa yang saya nak simpulkan di sini, guys kita tak perlu berasa menyesal dekat setiap momen memalukan itu kerana setiap momen itu juga akan menjadi kenangan terindah kita. Selain itu, tanpa momen tersebut kita tak akan jadi sempurna seperti sekarang kerana momen tersebut mengajar kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Terakhir sekali, momen pragelap saya semasa sekolah rendah. Momen ni berlaku sewaktu saya darjah 5, tahun 2016. Tahun itu memang merupakan permulaan tahun saya dibuli secara sosial dengan rakan sekelas. Saya dapat naik kelas dan saya duduk dengan rakan-rakan yang lebih pandai dari saya, yang lebih menyedihkan lagi saya seorang sahaja pelajar lelaki yang tidak mempunyai jawatan pengawas ataupun ketua kelas. Sewaktu hari raptai watikah sekolah rendah, saya kerap disindir dan dihina oleh pelajar perempuan kelas saya kerana saya sahaja lelaki di dalam kelas sewaktu itu. Saya juga pernah dipulaukan oleh semua pelajar lelaki, yang lebih menyedihkan ada yang buli saya paksa cakap yang saya suka kepada perempuan yang saya sendiri pun tak suka. Namun, saya tipu dan mengatakan bahawa dia yang suka kepada perempuan tersebut, apabila perkara tersebut terbongkar, maka dia pun menolak saya dari kerusi sehingga saya terjatuh ke lantai. Pada penghujung tahun 2016, kelas kami bermain kejar-kejar bersama pelajar perempuan. Saya terkena najis kucing apabila ingin bersembunyi dan apabila diketahui oleh semua rakan sekelas, saya dihina dengan sangat kejam sehingga semua orang melarikan diri daripada saya.
Namun begitu, Alhamdulillah kerana saya dapat melarikan diri daripada kelas itu pada tahun 2017 kerana saya diturunkan kelas dengan keputusan yang merosot. Secara jujurnya, saya memang tidak dapat memberi perhatian kepada pelajaran dengan kondisi saya di sekolah yang sangat teruk.
Tapi sahabat kita kena percaya bahawa segala ujian yang kita tempuhi pasti ada hikmah disebaliknya. Allah SWT tidak pernah memberi sesuatu ujian tanpa sebab.
YOU ARE READING
Tentang Diri Saya
AcakMengisahkan kisah kehidupan saya dari prasekolah sehingga kini dengan secara ringkas dan padat...