MYSAVIOR:BAB 2

12.1K 666 22
                                    

"Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah Ya Tuhanku, berikan lah aku pertunjuk-MU, adakah Faiz Idlan terbaik untukku? Adakah dia memang seseorang yang telah kau tetapkan untukku sejak di luh mahfuz? Aku mohon pertunjuk-MU. Jika dia bukan yang terbaik untukku, pisahkan la kami dengan cara terbaik bagi-MU. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak ku ketahui. Aamiin Ya Rabba Allamin." Najah Umairah berdoa memohon keampunan kepada Allah SWT serta pertunjuk sama ada tunangnya, Faiz Idlan adalah jodoh yang terbaik dari Allah SWT atau sebaliknya.

Lama Najah bertafakur di atas sejadah sebelum bangun sambil membuka telekung yang sedang di pakai ini. Dia mencapai hanger di atas katil dan menyangkut kemas telekung pada hanger sebelum menggantungnya di dalam almari. Najah menyusun langkah menuju ke meja solek. Dia mengukir senyuman melihat dirinya di dalam cermin. Baju kurung cotton corak bunga halus adalah pakaian kegemarannya memang dia akan memakainya setiap hari. Memang seronok menjadi tukang jahit ni, boleh menjahit baju sendiri mengikut kesesuaian tubuh badan dan juga rekaan yang disukai.

Bau sambal ikan bilis yang semerbak, menarik perhatian Najah. Laju kakinya melangkah keluar dari bilik ini, risau jika ibu memasak di dapur kerana kaki ibu tak normal seperti orang lain. Kaki kanan ibu tempang selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu bersama arwah abah. Akibat dari kemalangan itu, kaki kanan ibu cacat manakala arwah abah meninggal dunia di tempat kejadian.

Sampai sekarang Najah tak tahu siapa pelakunya kerana selepas melanggar ibu dan abah, pemandu kereta itu melarikan diri. Saksi hanya seorang budak sekolah yang tak sempat melihat nombor plate kereta kerana terlalu cemas. Najah dah redha, cuma dia berharap pelakunya bertaubat dan menyesal dengan perbuatan keji yang telah dia lakukan.

Pelahan-lahan Najah menuruni anak tangga kayu menuju ke ruang dapur usang, dia mengukir senyuman melihat ibu sedang duduk di atas sebuah kerusi sambil mengesat peluh di dahi menggunakan hujung lengan baju kurung kedah yang sedang di pakainya. Pasti dia lelah kerana perlu duduk dan bangun untuk melihat sambal yang sedang masak di dalam kuali. Jika leka sedikit pasti sambal ikan bilis itu hangus kerana tak di jaga api dan juga tak di gaul.

"Ibu, mesti penat kan? Berehat la, biar Na buat semua ni." Ujar Najah, dia membahasakan dirinya dengan panggilan 'Na' apabila bercakap dengan ibu. Lebih ringkas dan manja.

  "Mana ada penat, ibu panas sikit je. Walaupun keadaan ibu macam ni, ibu tetap akan buat kerja rumah. Bukannya cacat teruk pun, masih boleh berjalan dan berdiri. Selagi termampu ibu akan buat kerja di dalam rumah ini. Lagipun, ibu kesian tengok Na penat menjahit hingga ke pagi buta. Biar la ibu pula masak untuk Na yang dah penat cari rezeki untuk kita." Kata Makcik Nadiah, meyakinkan Najah yang dia masih mampu melakukan  pekerjaan di dalam rumah ini meskipun keadaan diri tidak sama seperti dulu.

Sebak Najah mendengar kata-kata ibu, dia melutut di kaki ibu sambil memegang tangan tuanya. Najah mengucup tangan ibu dengan penuh kasih sayang.

"Ibu... terima kasih sebab sentiasa fikirkan pasal Na. Tiba-tiba takut pula nak kahwin, takut terpaksa tinggalkan ibu. Na tak nak kahwin boleh tak?" Ujar Najah resah apabila memikirkan soal perkahwinan, lagi sebulan dia akan menamatkan zaman bujangnya bersama Faiz Idlan tetapi entah kenapa hatinya tak tenang. Dia masih tak bersedia meninggalkan ibunya
hidup sendirian di rumah ini.

  Makcik Nadiah mengusap lembut pipi Najah.

"Dah 2 tahun kan Na bertunang dengan Faiz, tak baik tau tiba-tiba nak batalkan. Nanti apa pula kata keluarga Faiz, diaorang dah suka sangat dengan Na. Masa ayah baru meninggal dunia mereka banyak bantu kita. Na jangan la risau pasal ibu, Tok ngah dan Nekngah kan ada, diaorang la akan jadi kawan ibu nanti. Dah tiba masanya Na bina hidup baru bersama Faiz. Dia pun sayang sangat dengan Na." Makcik Nadiah tahu Najah risau tentang keadaan dirinya jika tinggal sendirian. Tak ada apa yang perlu dirisaukan kerana kita ada Allah SWT yang akan sentiasa melindungi hamba-hamba-Nya. Hanya pada Allah tempat bergantung dan mohon perlindungan.

PELINDUNG BIDADARI (BAKAL TERBIT)Where stories live. Discover now