BAB 8

20.7K 1.1K 80
                                    

"Ishh, aduh panas nya"

Aku mengeluh kasar, batang tubuhku aku alih ke kiri dan kanan, Aku kerling sekilas ke arah Dahlia, dia sudah nyenyak dibuai mimpi, padahal Aku? masih tidak mampu lelapkan mata,
sudah jam dua pagi, badan Aku terasa letih namun mata ini terlalu degil,

Haishh, ini tidak boleh jadi!

Aku bingkas bangun dari pembaringan ku, perlahan-lahan Aku buka kelambu di sekeliling katil, Aku toleh lagi ke arah Dahlia, masih lagi nyenyak tidur, Aku buka pintu bilik dan menapak ke arah ruang tamu, dihempas kasar punggung pada kerusi kayu itu,

"Aku ingat kampung sejuk, dah kenapa panas sangat ni?'

Omelku perlahan, gaun tidur separa paha yang aku kenakan juga terasa melekit dek peluh yang tidak henti-henti mengalir,

"Padahal kipas dah pasang sampai stage maximun dah pun"

Aku buka telefon bimbit, pilihan terakhir kerana kantung mata ini sudah tidak terasa mengantuk lagi, bosan, tiada yang menarik langsung, drama yang ada semuanya klishe, The Good Doctors juga aku baru sahaja selesai marathon, selalunya waktu waktu seperti ini, serkiranya aku tidak dapat tidur, Zafran akan temani aku, berborak sampaikan Aku sendiri yang rasa letih,

Nombor nya aku dial, tiga kali Aku menelefon dirinya, kosong, terus masuk ke mesej suara, nampak sangat sibuk dengan tugasan nya, Bukan engkau tak biasa Dahlia, namun kalau selalu seperti ini, jiwa perempuan aku juga terasa jauh,

Agaknya nanti kalau aku sudah berkahwin dengan Zafran, Aku cukup kuat ke? Padahal kami sudah bercinta semenjak dari bangku sekolah, tidak pernah walaupun sekali dia berlaku curang terhadap diri Aku, namun Aku juga cemburu, cemburu dengan kerja nya yang mendapat lebih perhatian daripada Aku,

Perempuan memang macam ini kan?

"Hang buat apa kat luaq ni, pasaipa tak tidoq lagi?"

Terhincut bahuku seketika, Aku pusing ke belakang, Ya Allah hampir gugur jantung Aku, lelaki ini mungkin hobinya suka sergah orang gamaknya, Aku lihat tangan nya membuka suis lampu, balam-balam cahaya kuning mula menerangi ruang tamu rumah kampung ini,

"Tak boleh tidur, panas sangat'

Balasku pendek, mata kembali melihat pada skrin telefon bimbit, Zar meneliti Aku seketika,

"Patutlah panas, baju pun serupa nak pi one night club"

Aku mengeluh perlahan, lelaki ini, pukul dua pagi sekalipun masih ada sahaja kata-kata pedas dari lidah itu,

"Ahaa, memang pun, kalau mati memang straight neraka terus"

Malas Aku bertekak dengan nya, Aku iyakan sahaja kata-kata daripada Zar, Aku kerling sekilas pada wajahnya, matanya merah, muka nya basah, dia...baru lepas menangis?

Terdetik seketika di hati Aku apabila melihat wajahnya, matanya jelas kemerah-merahan,

"Hang tunggu sat sini, kalau panas sangat, tidoq ja tengah ruang tamu ni, tapi pi tukaq baju, pakai seluaq, hang jangan pakai lagutu, Ingat Aku ni laki, hang tu aci, mana ada anak dara duk pakai laguni depan lelaki"

Aku terkedu, terasa darah merah meyerbu ke muka, selama ini, Papa, Along, Zafran langsung tidak pernah menegur pakain aku, tetapi lelaki ini tanpa berlapik-lapik terus menegur diriku, Aku lihat dia membawa keluar kipas angin dari biliknya, tilam nipis, bantal dan selimut, dia hamparkan untuk diri Aku, lalu dia letakkan kipas angin itu betul-betul di hadapan tempat tidur yang dia sediakan,

"Kalau hang komplain panaih lagi, Aku tak tau nak habaq lagumana"

Aku angukkan kepala perlahan, terharu, Aku ingatkan lelaki ini hanya tahu menghembur orang dengan mulut pedasnya, siapa sangka Zar Uzair juga punya hati yang lembut?

ZAR | COMPLETEDWhere stories live. Discover now