Eilayn berjalan masuk ke dalam kelasnya. Sedang dia menaiki tangga, dia terserempak dengan Saqeef, bekas teman lelakinya.
"Saqeef." panggilnya.
Lelaki itu terhenti. Dia menoleh memandang ke arah Eilayn.
"Aku nak cakap sikit boleh?"
Saqeef mengangkat keningnya. Rambutnya dibetulkan sedikit.
"Apa dia?"
"Hari ni aku ada kuiz matematik. Boleh tak aku nak minta ayat motivation dari kau? Sekali je lagi..."
Saqeef mengeluh berat. Gila dia nak buat macam tu? Kalau teman wanitanya yang baru tu tahu, mati dia.
"Dah tak ada orang lain ke kau nak minta motivation?"
Prak! Hancur hati Eilayn mendengar ayat tersebut. Bagi motivation pun tak boleh ke?
"Oh, tak apa lah. Maaf ganggu kau."
Saqeef hanya mengangguk lalu menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Eilayn menundukkan wajahnya.
Langkahnya dibawa ke dalam kelas. Haura yang melihat rakannya itu mula hairan.
"Kau dah kenapa?"
Eilayn memandang tepat anak mata rakannya itu lalu air matanya mula mengalir di pipi.
"Tadi aku terserempak dengan Saqeef."
Haura mengeluh. Tak habis-habis, bila nak move on ni?
"Kan aku dah kata, jauhkan diri dari dia. Dia ada cakap apa-apa ke?"
Eilayn mengangguk. Segalanya diceritakan. Haura mengurut dahinya.
"Kau pun satu. Yang kau pergi tanya macam tu kenapa? Bangang."
Eilayn memuncungkan bibirnya. Lengan Haura dipukul. Haura mencebik.
"Kau tak rasa apa yang aku rasa."
Haura menjeling. Banyak lah kau! Mengada lebih. Orang tak suka, lari je lah.
"Dah lah kau, baik kau cari orang lain."
Mata Eilayn membulat. Dia mendekati Haura.
"Haura, kau kenal Airil tak?"
Keningnya berkerut. Siapa pulak Airil ni?
"Yang mana? Baru je kau menangis sebab ex kau tadi, sekarang kau sebut lelaki lain pula?"
"Alah, kau ni. Aku tanya je. Nanti aku tunjuk siapa dia."
Haura tidak melayan. Biskut disuap ke dalam mulut. Malas dia mahu melayan rakannya itu.
Lama menunggu, akhirnya tiba waktu pembelajaran. Subjek pertama, matematik.
Semua pelajar di dalam kelas itu mula membaca buku matematik dan melakukan latihan.
Biasa lah, last minute baru nak study. Eilayn mula menjawab beberapa soalan matematik. Buku teks matematik tingkatan 2 itu dibukanya.
Segala formula dibaca supaya tidak lupa semasa ujian nanti.
Mendengar bunyi tapak kasut, pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut mula berdebar.
"Assalamualaikum, semua."
Semua pelajar berdiri menjawab salam dari cikgu matematik mereka itu.
"Macam yang kamu tahu, hari ini kita akan buat kuiz! Semua dah sedia?"
Eilayn menelan liur. Dia memandang ke arah rakan di sebelahnya itu. Mereka hanya tersenyum.
Ya, mereka serasi. Markah matematik mereka sentiasa sama. Kalau tak gagal, lulus atas pagar je.
"Baik, tutup semua buku. Kita akan mulakan sekarang."
Eilayn menyimpan semua buku rujukannya di bawah meja. Kertas soalan mula diagihkan.
Melihat sahaja kertas soalan, Eilayn melepaskan nafas berat.
"Semua boleh mula sekarang!"
Helaian kertas dibuka. Membaca soalan pertama, Eilayn mula menjawab soalan.
Lama Eilayn termenung melihat soalan keempat itu. Tadi senang, sampai soalan keempat, dia sudah tidak mampu.
Mendengar bunyi ketukan meja di sebelahnya, Eilayn menjeling sedikit. Haura sedang meminta tolong tentang soalan nombor tiga.
Eilayn mengangkat sedikit kertas soalannya menunjuk jawapannya. Haura tersenyum riang.
Laju dia menyalin segala tulisan di kertas Eilayn. Eilayn mula membuat isyarat untuk bertanya tentang soalan nombor empat tetapi rakannya itu juga kehilangan idea.
Eilayn mengeluh berat. Hentam saja lah! Asalkan tak nampak kosong.
Masa berlalu, Eilayn mengerutkan dahinya membaca soalan terakhir itu. Soalan itu dibacanya berkali-kali.
"15 minit lagi! Siapa dah siap boleh hantar ya."
Debaran kian terasa. Eilayn melipat awning tudungnya. Apa pasal soalan ni susah sangat?
"Kalau nak dapatkan x, nombor 2 ni kena bawa pergi belakang. Lepas tu? Nak kena buat apa?" ujarnya sendiri.
Eilayn termenung lama. Soalan itu dipandangnya lama cuba mencari penyelesaian.
"5 minit!"
Ting! Idea mula muncul di mindanya. Laju dia menulis apa yang difikirkannya. Eilayn tersenyum membaca jawapan itu.
Dia yakin soalan tu betul! Kertas soalan dihantar ke meja guru. Haura di sebelahnya itu menjeling tajam.
"Tak tunggu aku pun."
"Eh, sorry. Lupa."
Haura mengeluh. Dia turut menghantar kertas soalannya.
"Aku stuck dekat soalan pasal Pak Cik Jamal dengan anak ayam dia tu weh." ujar Haura.
Eilayn ketawa. Tak lawak pun, dia pun sama. Dia hentam saja di soalan itu, asalkan ada jawapan.
"Aku redha je. Lagi pun ni kuiz je, bukannya exam. Rilek lah."
Haura mengangguk lalu air kosongnya diteguk. Eilayn memandang ke luar tingkap. Dia terfikir akan lelaki tingkatan lima itu.
Entah kenapa, lelaki itu kerap muncul di fikirannya. Menyampah pula.
YOU ARE READING
Azure
Teen FictionTuan Airil Faisal × Putri Eilayn Qasreena ... Cinta jarak jauh boleh kekal ke? [ based on true story kot ? tapi masa part sekolah menengah je lah ToT ]