Airil keluar dari dewan peperiksaan. Dia tersenyum sendiri. Soalan subjek Fizik tadi mengembirakan hatinya.
"Airil, okay ke? Kau boleh jawab semua?" tanya Harith, rakan yang agak rapat dengannya.
"Boleh lah, aku expect lagi susah," balasnya ringkas.
Airil berjalan sendiri lalu duduk di sebuah pondok. Memang menjadi tempatnya untuk segala perkara yang dia ingin lakukan.
Tanpa disedari, setiap hari ada sahaja gadis tingkatan 2 yang melihatnya dari tingkat atas blok akademik.
"Kau ni, setiap masa tengok dia. Sudah lah tu angau," tegur Areesya.
Eilayn memandang wajah rakan sekelasnya itu.
"Ni je aku boleh pandang dia weh, lagi berapa bulan je dia nak keluar dah."
Areesya diam. Lantak kau lah, Eilayn Qasreena.
Airil membuka bukunya. Lagi 3 jam, dia akan mengambil peperiksaan Fizik kertas kedua. Debarannya masih belum tamat.
"Airil, nak duduk sekali boleh?" soal seorang wanita tingkatan 5 yang juga rakan sekelasnya.
"Duduk lah, pondok ni bukan aku punya pun," jawabnya.
Wanita itu ketawa perlahan. Dia duduk berhadapan dengan lelaki berbaju kemeja itu.
"Okay ke kertas satu?" tanya wanita itu lagi.
"Okay je. Tapi itu lah, aku risau juga kertas dua ni. Kalau kertas satu senang, aku risau kertas dua susah pula," jelasnya.
Wanita itu hanya mengangguk. Ada betulnya. Itu perkara biasa di dalam peperiksaan. Jika kertas satu senang, mesti kertas dua mencabar.
Mereka hanya diam tanpa suara. Hanya kedengaran suara pelajar-pelajar lain di sekitar kawasan itu.
"Anis, cuba tengok soalan ni. Macam mana nak buat eh?" Lelaki bernama Airil itu mula bersuara.
Sebenarnya dia tahu je, cuma sengaja bertanya. Janggal lah dia bila berdua di pondok ini.
Wanita bernama Anis itu mula menjelaskan semuanya. Airil hanya mengangguk.
"Oh, so jawapan dia lepas dah darab dengan 2 tu lah?"
"Ya, betul."
Airil mengangguk. Suasana kembali sepi. Mereka hanya membuat kerja masing-masing.
"Aku nak pergi beli air dekat vending machine sekejap," ujar Airil.
"Okay."
Lelaki itu berdiri lalu mengambil dua helaian duit kertas berwarna biru dari poket seluarnya.
"Piwit, dari tadi aku perhati kau dekat pondok. Study date ke?" tegur Harith.
"Apa jadah kau ni? Aku study je lah, dia yang minta nak duduk situ. Takkan aku nak halang?"
Airil menekan butang untuk memilih air yang hendak dibelinya. Dia memilih air tin cincau pada hari ini.
"Tak ada lah, saja je. Kot lah kau orang memang dah plan nak duduk situ kan?" usiknya.
Airil mencebik. Banyak lah kau. Dia kembali duduk di bawah pondok berhadapan dengan blok akademik tingkatan 2 itu.
Eilayn kembali keluar dari kelasnya. Dia memerhati lama figura lelaki yang sedang mengulangkaji itu.
"Amboi, study date," ujarnya.
Lelaki itu meneguk sedikit air cincau yang baru dibelinya. Kadang kala dia bertanyakan soalan kepada wanita di hadapannya itu.
Eilayn mencebik. Ish, kalau dah macam ni dia tak mampu buat apa-apa.
Sebab Airil tak kenal dia!
Eilayn masuk ke dalam kelasnya. Lengan Haura dipukul.
"Tengok tu Airil study date dengan classmate dia dekat pondok bawah."
"Okay.. kau nak suruh aku buat apa? Biarlah dia."
Eilayn memuncungkan bibirnya. Ish, tak sporting langsung!
"Kau ni, aku tengah sedih ni."
"Alah kau, jangan kacau dia lah. Dia nak trial tu."
Eilayn duduk di atas kerusinya. Pen dicapai lalu dia mula membuat kerjanya. Ya lah, tak kacau dah!
YOU ARE READING
Azure
Teen FictionTuan Airil Faisal × Putri Eilayn Qasreena ... Cinta jarak jauh boleh kekal ke? [ based on true story kot ? tapi masa part sekolah menengah je lah ToT ]