MYSAVIOR: BAB 3

10.3K 578 33
                                    

"Allah SWT berfirman di dalam Surah Yasin ayat 36: Mahasuci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang tidak mereka ketahui." Fattah membaca sebaris ayat terjemahan Al-Quran yang dia temui semasa sedang scroll telefon bimbitnya mencari doa menentang musuh di website Al-Iman. Ayat terjemahan ini menerangkan setiap apa yang wujud di muka bumi ini telah di cipta berpasang-pasangan. Entah kenapa perasaan Fattah menjadi lain tatkala membaca ayat terjemahan Al-Quran ini hatinya berdebar. Dia pantas menggeleng kepala, belum tiba masanya untuk dia berfikir soal jodoh. Berkhidmat pada negara adalah keutamaanya ketika ini.

Fattah bingkas bangun dan menyambung semula lariannya yang tergendala. Gara-gara dia berhenti berehat di bawah sebatang pokok besar. Pemandangan tasik pada waktu sememangnya indah, dan menenangkan fikiran sesiapa saja yang melihatnya. Fattah terus berlari mengikut trek larian yang telah disediakan di taman reakreasi ini. Dia terus berlari hingga menuju ke perkarangan banglo mewah Tan Sri Abdul Halim.

BMW M8 berwarna hitam yang parking di tengah-tengah halaman rumah menarik perhatian Fattah. Dia terus berjalan mendekati kereta mewah yang cukup asing pada pandangan matanya. Fattah mengelilingi kereta itu sambil mengelap peluh di belakang leher menggunakan tuala kecil yang di sangkut pada lehernya. Masa dia balik dari pangkalan TLDM tadi tak ada pula dia nampak kereta ini, tetapi balik dari jogging tiba-tiba muncul pula kereta mewah ini yang parking seperti tak ada iman.

"Tengok apa tu? Jangan nak rosakkan kereta I." Suara wanita 50 an mengejutkan Fattah yang sedang berdiri di hadapan kereta sambil menyilang tangan di dada.

"Owh ni kereta makcik pontianak ke? Wah.. wah makcik pontianak ada kereta baru. Best kan kahwin dengan tauke kilang kain. Dapat tukar kereta setiap tahun." Sindir Fattah sinis. Memang dia menggelar ibu tirinya dengan gelaran makcik pontianak kerana mulut wanita ini yang lantang dan sikap acah-acah baik tetapi sebenarnya jahat mengalahkan jin dan syaitan.

Fattah sedang mengumpul bukti perbuatan jahat keluarga tirinya. Apabila semua bukti telah cukup, dia akan serahkan kepada ayah dan bila masa tu tiba pasti ayah akan menceraikan makcik pontianak ini. Dia pula akan bersorak kebahagian.

Puan Zakiah merenung tajam memandang Fattah, sesuka hati saja menggelarnya makcik pontianak. Anak muda ini memang langsung tak pandai menghormatinya.

"Kesian my step son, jealous ya? Sebab ayah you lagi sayang I dari you. I nak you tahu yang I dah jadi kesayangan ayah you. Bukan sehari dua tapi forever." Kata Puan Zakiah nada suara kejahatan sambil mendekatkan jarak dengan Fattah. Dia akui kali pertama Tan Sri Abdul Halim memperkenalkan dia dengan Fattah, dia telah jatuh hati dengan anak muda ini. Raut wajah Fattah ala lelaki arab dan bertubuh tegap membuatkan jiwa wanitanya bergetar.

Fattah ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Puan Zakiah.

"Aku nak jealous dengan kau? Nonsense! Aku akan buktikan yang kau dengan anak-anak hantu kau tu sebenarnya manusia paling durjana dekat dalam dunia ni. Ini Fattah Zabran tak akan membiarkan kejahatan bermaharajalela." Tegas Fattah sambil mendabik dada. Terukir senyuman sinis di bibirnya saat melihat riak wajah Puan Zakiah yang berubah bengis.

"Really? You tak akan berjaya Fattah. Sebab I dan anak-anak I tersangat bijak. Lagipun, kejahatan apa yang I dah buat? Cerita la dengan I, I nak tahu juga." Balas Puan Zakiah sinis sengaja mahu menyimbah api kemarahan pada Fattah Zabran. Lama dia memandang wajah kacak anak tirinya ini.

Huh! Berlagak, sombong! Itulah tanggapan Fattah Zabran tentang ibu tirinya ini. Jangan menyesal jika dia berjaya membongkar segalanya nanti.

"Kau jangan nak sombong sangat la, makcik. Aku akan buat kau jatuh terduduk hingga masuk ke dalam perut bumi." Tegas Fattah, dia akan memastikan keluarga tirinya tak akan selamat dengan kejahatan yang mereka lakukan.

PELINDUNG BIDADARI (BAKAL TERBIT)Where stories live. Discover now