Fattah Zabran melangkah masuk ke dalam rumah sambil membuka tshirt slim fit yang sedang dia pakai ini hingga terserlah eight-pack miliknya. Peluh yang mengalir di dadanya yang berotot dilap menggunakan tapak tangan.
Usai membasuh tangan di sink, Fattah membuka peti ais dan mencapai sebotol air mineral sejuk. Dia meneguk air sejuk ini dengan penuh nikmat hingga tiada lagi sisa air yang tinggal. Tekaknya yang kering tadi kini berasa lega dan badannya kembali bertenaga
Fattah memusingkan badannya ingin menuju ke sink, tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran Alya Raihana yang sedang berdiri sambil menyandarkan tubuh pada sink dan memandang ke arahnya dengan pandangan mata nakal.
"Why are you so sexy, Fattah?" Soal Alya nada suara manja sambil memandang ke arah badan Fattah yang terdedah. Jiwanya tak keruan melihat eight-pack milik abang tirinya. Kali pertama bertemu dengan Fattah Zabran dia telah jatuh hati, kerana raut wajah yang kacak dan juga karisma pada lelaki ini membuatkan jantungnya berdegup kencang.
Fattah jeling tajam mendengar kata-kata Alya. Jika tadi bertengkar dengan mak pontianak, kini dengan anak pontianak pula menganggunya. Dia ingat tiada orang di rumah ini, rupanya ada pula makhluk seorang ni yang tersesat di dalam rumah ni.
"Kau buat apa dekat sini? Kau keluar sekarang! Aku tak nak kena tangkap basah dengan kau." Marah Fattah, kurang senang dengan kehadiran Alya di dalam dapur ini. Fattah campak botol air mineral yang kosong ke dalam tong sampah sebelum menyusun langkah menuju ke pintu.
"Fattah, please la jangan sombong sangat. I just nak berkenalan dengan you. Tak salah kan kalau adik tiri nak berkenalan dengan abang tiri?" Soal Alya nada suara manja sambil mengekori Fattah melangkah keluar dari ruang dapur ini.
Fattah mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Alya. Dia berhenti berjalan dan memusingkan tubuhnya mengadap wanita yang tak berhenti menganggu hidupnya.
"Berkenalan? Aku tak berminat nak berkenalan dengan anak hantu. Kau, mak kau dan abang kau semuanya berperangai syaitan! Kau ingat aku tak tahu ke niat jahat kau orang tu!" Ujar Fattah nada serius sambil merenung tajam ke dalam anak mata Alya.
"I tahu you benci I tapi jangan la tuduh I yang bukan-bukan. I ikhlas la nak berkenalan dengan you, sejujurnya I dah jatuh cinta dengan you, Fattah." Balas Alya sambil mendekatkan jarak antara mereka, pelahan-lahan tapak tangannya cuba menyentuh dada Fattah yang berotot ini.
"Kau ni gila ke?! Kena rasuk?!" Fattah menunjal dahi Alya menggunakan kunci motorsikal hingga menyebabkan Alya hampir jatuh ke belakang. Fattah bukan tak tahu yang Alya ingin menyentuh dadanya. Nasib la dia ada kunci motorsikal yang boleh dijadikan sebagai senjata menghalang perbuatan gatal Alya.
Alya terkedu akan perbuatan Fattah yang agak kasar ini. Kempunan dia ingin menyentuh badan Fattah yang berotot itu.
"Sakit la! Sampai hati you tolak dahi I macam tu." Merungut Alya sambil menggosok dahinya yang berasa sakit.
"Kau dah bertunang buat cara dah bertunang. Lagi satu, jangan berani nak dekat dengan aku!" Marah Fattah, dia tak suka apabila Alya sengaja berdiri di hadapannya dengan jarak yang sangat dekat. Fattah menyusun langkah meninggalkan Alya, semakin bercakap dengan wanita ini semakin serabut otaknya.
"I nak you, Fattah."
Merengek Alya sambil mengejar Fattah yang sedang berjalan menuju ke tangga. Alya akui dia memang mahukan Fattah di dalam hidupnya. Tiada lelaki lain yang mampu bertakha di dalam hatinya.
"Kau ni gila la!"
"I memang gila. I gila kan you. Please la bagi I peluang bertakhta di hati you." Merayu Alya mengharapkan cinta Fattah Zabran . Berkali-kali lelaki ini menolak, berkali-kali juga dia akan mencuba.
YOU ARE READING
PELINDUNG BIDADARI (BAKAL TERBIT)
RomanceLeftenan Komander Fattah Zabran penyelamat kepada Najah Umairah.