"Jalan laju sikit. Dah rogol anak dara orang tak nak mengaku!" Tempik Bilal Samad sambil menolak kasar tubuh Fattah agar berjalan lebih laju menuju ke rumah Imam Salleh. Di ekori Samad dan Najah di belakang, wanita itu dari tadi tak berhenti menangis. Payung yang di jumpai di tengah jalan di gunakan menutup rambutnya. Apabila di tanya soal tudung, semakin kuat pula dia menangis.
Fattah mendengus kasar. Sesuka hati saja pakcik ini menuduhnya melakukan perbuatan keji itu.
"Jaga mulut pakcik tu. Jangan nak tuduh saya macam tak ada iman. Mana bukti mengatakan saya rogol perempuan tu. Saya ni nak tolong dia je." Balas Fattah tegas, membela diri agar tidak terus di tuduh tanpa usul periksa.
"Kalau bukan kamu yang buat kenapa Najah diam bila tunjuk ke arah kamu? Maknanya betul la kamu yang merogol dia tapi tak nak mengaku! Cucu ketua imam tapi perangai macam syaitan!" Ujar Bilal Samad nada suara meninggi sambil menolak kasar belakang badan Fattah. Sudah melakukan dosa besar tetapi tak nak mengaku sanggup melemparkan fitnah kepada orang lain.
Najah mengesat air mata yang mengalir sambil memerhati lelaki yang sedang bertengkar dengan Bilal Samad. Gara-gara ingin membantunya lelaki itu di tuduh merogolnya. Najah bukan tak mahu memberitahu kebenaran tetapi dia takut. Takut jika Ibu pula menjadi mangsa kekejaman manusia durjana itu. Biarlah dia simpan semuanya sendiri asalkan ibu selamat.
Fattah berhenti berjalan dan memusingkan tubuhnya mengadap Bilal Samad. Dia memandang tajam wajah tua lelaki ini. Pakcik ni semakin lama semakin melampau.
"Allah berfirman di dalam surah An-Nur Ayat 13: Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak datang membawa empat saksi? Oleh karena mereka tidak membawa saksi-saksi, maka mereka itu dalam pandangan Allah adalah orang-orang yang berdusta." Fattah membacakan terjemahan sepotong ayat Al Quran yang menerangkan tentang kemarahan Allah SWT kepada orang yang menuduh tanpa mendatangkan empat saksi dan juga bukti kukuh.
"Pakcik di dalam surah An Nur ada mention kalau nak menuduh tu sekurang-kurangnya kena ada empat orang saksi. Pakcik tahu ke tak tahu? Habis belajar ke tak? Saya tak tahu la macam mana pakcik boleh ada qualified jadi Bilal. Entah-entah setakat tahu azan terus di angkat jadi bilal sedangkan ilmu agama lain ke laut." Sindir Fattah sinis, dia bukan sengaja mahu menjadi seorang yang kurang ajar tetapi sakit hati dengan sikap manusia yang menuduh tanpa usul periksa.
Najah, Bilal Samad dan Leman terkejut tatkala Fattah membaca terjemahan sepotong ayat Al Quran yang menerangkan tentang tuduh menuduh tanpa bukti dan saksi yang cukup. Tak pernah mereka menduga pandai juga anak muda ini tentang ilmu agama tetapi kata-katanya yang tajam seperti sebilah pedang menusuk telah menusuk ke dalam hati Bilal Samad.
Turun naik nafas Bilal Samad menahan marah mendengar kata-kata Fattah yang kurang ajar. Ada ke patut anak muda ini kata dia tak habis belajar? Di manakah adab ketika bercakap dengan orang tua?
Pang! Laju saja Bilal Samad menghayun tangannya menampar pipi Fattah. Dan menolak kuat tubuh tegap anak muda ini hingga jatuh terbaring di atas tanah.
"Kurang ajar kamu kan?! suka hati je kata aku tak habis belajar. Kamu dah merogol tetapi masih lagi nak menutup kesalahan dengan mempergunakan ayat Al Quran. Dasar perogol dan penunggang agama!" Jerkah Bilal Samad, dia merenung tajam wajah Fattah yang terbaring di atas tanah ini.
Gara-gara hilang keseimbangan badan, Fattah jatuh terbaring di atas tanah tatkala di tolak oleh Bilal Samad. Tak semena badanya dikotori tanah dan debu. Dia melepaskan keluhan kasar dengan sikap ego Bilal Samad. Lelaki itu masih lagi mahu menuduhnya perogol walaupun dia sendiri tak cukup saksi dan bukti.
"Pakcik tak ada hak nak tuduh saya macam tu! Mana bukti pakcik nak kata saya perogol. Mana?!" Tegas Fattah sambil bangun dan berdiri tepat di hadapan Bilal Samad. Mereka saling berpandangan dengan pandangan mata yang penuh dengan rasa kebencian.
YOU ARE READING
PELINDUNG BIDADARI (BAKAL TERBIT)
RomanceLeftenan Komander Fattah Zabran penyelamat kepada Najah Umairah.