Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MATA razman bertemu dengan sepasang mata hazel milik gadis itu, edelia. tidak disangkanya mereka akan bertemu kembali sebegini.
namun edelia mengalih tatapannya kepada kaiz. lalu mengukirkan senyuman kecil kepadanya. kaiz hanya mengangguk perlahan, melihat cara razman menatap edelia, dia tahu gadis ini bukan gadis sebarangan.
apabila guru kelas mereka memberi isyarat kepada edelia, dia terus memperkenalkan diri.
"oh yes, hi urm — nama saya edelia natasya, dulu sekolah dekat ampang lepastu pindah sini, so saya akan jadi classmate korang from today onwards" terangnya dengan senyuman lebar terlekat di bibir.
"kamu pilih jela tempat duduk mane mane, kelas ni sikit je" ujar guru kelas tersebut.
edelia mengangguk, lalu berjalan menuju ke tempat duduk di sebelah seorang gadis.
"lagipun, saya nak tukar tempat duduk kamu semua waktu bm nanti, jadi sediakan diri la ye" ujar guru itu sebelum beredar keluar dari kelas.
"adu nanti mesti yang bangang kene duduk ngan yang pandai" rungut aleeya kepada kaiz dan razman.
"kalau camtu aku ngan kau duk sebelah sebelah ah" razman tersenyum bangga dengan lawak hambarnya.
"tak boleh, tu dua dua bangang" kata kaiz dalam bahasa isyarat dengan senyuman melawak di bibir.
"ek eleh tau la kau pandai maths kaiz, terpaling mathlete" balas aleeya.
"ha pastu kau tu terpaling power kimia" ujar razman.
"ha kau pulak ape? terpaling power tulis novel?" balas aleeya
"haah, sentiasa markah penuh ni boh" razman menunjukkan wajah bangga.
"ha lepastu korang semua pandai sejarah sangat la ni nak sembang dalam kelas saya?" cikgu rozana mencelah ke dalam perbualan mereka secara tiba tiba. apabila mereka memandangnya, ternyata semua mata di dalam kelas itu memandang mereka.
"maafkan kami cikgu, kami akan fokus mulai sekarang" razman memberikan guru sejarah mereka senyuman ikhlas. kaiz dan aleeya turut melakukan perkara yang sama.
"baiklah, siapa boleh datang depan dan jawab soalan kbat ini? senang je, saya amik dari buku teks" cikgu rozana tersenyum manis pada satu kelas seperti seseorang akan tertawan dan pergi kehadapan.
"ah ye, edelia, kan?" kaiz sedikit terkejut. dan semua classmatenya juga rasa benda yang sama kerana mereka memandang tepat kepadanya.
kami yang dah belajar dekat setengah tahun ni pun taknak kehadapan, inikah lagi budak yang betul betul je baru masuk dalam 20 minit lepas. fikir kaiz.
mata setiap murid di dalam kelas itu mengikut susuk tubuh edelia berjalan ke papan putih. dia mengambil marker pen biru dari cikgu dan mula menjawab soalan kbat tersebut. tangannya lincah bergerak. takde perhentian untuk berfikir langsung.