Makcik Nadiah menolak pelahan daun pintu bilik Najah. Kaku dia berdiri di muka pintu sambil memandang ke arah Najah yang sedang menangis di atas katil sambil memeluk kepala lutut, dengan keadaan rambut panjang yang tak di ikat, manakala baju kurung cotton yang di pakai juga terbalik. Perasaan Najah benar-benar tak stabil ketika ini.
Hati ibu mana tak sedih apabila mengetahui anak yang dia jaga dengan penuh kasih sayang dan di tantang seperti minyak yang penuh telah di perlaku kejam oleh manusia durjana yang tak berperikemanusiaan.
Semasa Najah balik ke rumah tengahari tadi, dia meraung dan menangis sekuat hati memberitahu dia telah di rogol oleh dua orang lelaki dan mereka telah membuangnya ke dalam semak di tepi tebing sungai. Menangis Makcik Nadiah saat mendengar Najah bercerita, apa salah dosa anaknya hingga mereka sanggup bertindak sekejam itu.
"Na.. Jom makan." Ajak Makcik Nadiah sambil duduk di sisi katil Najah. Tangan Najah di pegang erat, dia sudah mati akal memikirkan cara memujuk anaknya ini untuk menjamah sedikit makanan kerana sejak tengahari tadi Najah hanya duduk di dalam bilik menangis dan termenung.
Najah berpaling memandang wajah ibu. Teresak-esak dia menangis. Tubuh tua milik ibunya di peluk erat.
"Ibu... Ibu... kenapa Allah uji Na macam ni? Kenapa Allah bagi Na ujian yang berat macam ni? Na tak mampu nak hadap semua ni.. Na tak kuat ibu. Na minta maaf ibu, Na bukan lagi anak ibu yang baik, Na dah kotor.." Merintih Najah di dalam pelukan ibu. Setiap kali dia melihat dirinya di dalam cermin pasti dia teringat tentang kisah hitam tu, dia jijik dengan diri sendiri yang telah menjadi santapan dua lelaki durjana.
Menangis Makcik Nadiah saat mendengar kata-kata Najah, dia mengusap lembut rambut kusut Najah sambil mengucup berkali-kali pipi anak perempuannya ini.
"Sayang.. selamanya anak ibu. Tak kisah la apa pun keadaan Na, ibu tak kisah janji Na sentiasa ada bersama ibu. Allah tahu Na mampu hadapi ujian ni sebab tu Allah turunkan ujian ni untuk Na. Anak ibu kuat, kan?" Ujar Makcik Nadiah sambil menatap ke dalam anak mata Najah dan tapak tangannya memegang kedua-dua pipi Najah.
"Na.. tak mampu hadap semua ni."
Najah menggeleng kepala berkali-kali, air mata terus mengalir membasahi pipi.
"Na mampu sayang. Jangan putus asa. kita sama-sama pulih kan semangat Na. Ibu, ambilkan Na makanan ya? Kita makan sama-sama." Pujuk Makcik Nadiah risau melihat keadaan wajah anaknya yang sembab dan pucat. Badannya pula menggigil, mungkin kerana tak menjamah makanan seharian.
"Na tak nak makan." Kata Najah sambil menggeleng kepala pelahan.
"Makan la sikit. Kejap ya ibu nak pergi ambil makanan dekat dapur." Kata Makcik Nadiah sambil bangun, dia berjalan pelahan dengan keadaan kaki kanan yang tempang keluar dari bilik Najah. Jika tak di paksa pasti Najah tak akan makan hingga ke esok pagi.
Makcik Nadiah mencapai mangkuk di rak pinggan. Dia mencedok bubur nasi di dalam periuk dan di masukkan ke dalam mangkuk kaca ini. Kemudian, dia berjalan terdengkot-dengkot menuju ke bilik Najah. Harap anak perempuannya menyukai bubur ayam ini.
Krakk!
Mangkuk kaca yang di pegang Makcik Nadiah terlepas dari tangannya dan jatuh pecah di atas lantai. Gara-gara dia terlalu terkejut melihat Najah terbaring kaku di atas lantai bilik, paling mengejutkan makcik Nadiah ada kesan kelar pada pergelangan tangan kirinya, manakala di sebelahnya terdapat sebilah pisau kecil yang ada sisa darah pada mata pisau.
"Ya Allah! Na!" Jerit Makcik Nadiah, dia menerpa laju ke arah Najah. Tak pernah langsung dia terfikir Najah akan bertindak mencederakan dirinya sendiri.
"Bangun Na! Bangun! Jangan tinggalkan ibu sayang! bangun!" Meraung Makcik Nadiah sambil meletak kepala Najah di atas ribanya. Pipi Najah di tepuk berkali-kali mengharapkan anaknya ini sedar. Menangis teresak-esak Makcik Nadiah melihat keadaan pergelangan tangan Najah yang berdarah.
YOU ARE READING
PELINDUNG BIDADARI (BAKAL TERBIT)
RomanceLeftenan Komander Fattah Zabran penyelamat kepada Najah Umairah.