My Savior:BAB 9

10.3K 593 127
                                    

"Kau gila la nak dekat perempuan kotor tu!" Sindir Faiz sinis and tatkala mendengar kata-kata Fattah Zabran mahu memiliki Najah Umairah yang telah di nodai entah berapa ramai lelaki. Sungguh dia geli wanita seperti itu.

"Kau yang gila! Dia perempuan baik tak layak untuk lelaki sial macam kau! Blah la!" Fattah menolak kasar tubuh Faiz hingga jatuh tersembam di atas lantai.
Berdarah hidung Faiz gara-gara terhentak kuat pada lantai ini.

Pelahan-lahan Faiz bangun sambil mengesat darah yang mengalir keluar dari lubang hidungnya.

"Untung kau perempuan! Ada juga lelaki nak perempuan sampah macam kau!. Aku doa kan kau bahagia dengan mamat sampah ni." Sindir Faiz nada kejahatan sambil menyepak kuat kaki katil Najah hingga bergegar katil ini.

"Kau ni memang melampau kan! Blah la!" Berang Fattah mendengar kata-kata yang Faiz lemparkan kepada Najah. Fattah menolak kuat tubuh Faiz sehingga kepalanya terhantuk pada pintu. Dia mahu lelaki itu segera meninggalkan ward ini dia tak sanggup melihat Najah tersakiti lagi.

"Sakit la setan!" Jerit Faiz, sempat dia meludah ke arah Fattah sebelum menyusun langkah keluar dari ward Najah. Bodoh sungguh lelaki tu kerana sanggup berkahwin dengan perempuan kotor seperti Najah.

Fattah menggeleng kepala, ikut kan hati dia nak flying kick kepala bekas tunang Najah supaya bila berfikir guna akal bukan guna kebodohan.

"Betul kata dia, saya perempuan sampah." Najah menangis teresak-esak sambil menutup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangannya.

Fattah menggeluh mendengar kata-kata Najah. Dia menapak menuju ke sisi katil Najah.

"Dah la tu, kau tak payah la dengar cakap mamat gila tu. Kau bukan perempuan sampah." Kata Fattah sambil duduk di sisi katil Najah dan menghulur sehelai tisu.

Najah mengambil tisu yang di hulur Fattah, dia mengesat air mata sambil tundukkan wajahnya.

"Saya tahu, niat awak cakap macam tu nak tolong saya. Terima kasih." Ujar Najah pelahan sambil bermain dengan jari jemarinya.

"Maksud kau yang aku cakap 'nak kau' tu ke?" Soal Fattah nada serius, dia tetap memandang wajah Najah walaupun wanita itu tunduk memandang bawah.

Najah mengangguk pelahan.

"Najah Umairah, kahwin dengan aku." Entah mana datang keberanian di dalam diri Fattah melamar seorang gadis yang baru dia kenali tak sampai sehari.

Najah terkejut mendengar kata-kata Fattah, pantas dia mengangkat wajah dan memandang wajah lelaki yang telah melamarnya. Tanpa di duga mata mereka saling bertemu.

Tiba-tiba jantung Najah berdegup kencang.

"Untuk apa kita kahwin? Siapa awak sebenarnya?" Soal Najah yang masih terkejut dengan apa yang dia dengar, dia di lamar oleh seseorang yang baru saja hadir di dalam hidupnya.

"Aku your savior, Fattah Zabran." Balas Fattah serius, dia masih lagi memandang ke dalam anak mata Najah.

Najah terkebil-kebil saat mendengar kata-kata Fattah. Your Savior? Dia berdebar saat mendengar perkataan yang sangat romantik itu.

"Saya tak nak kahwin dengan awak." Kata Najah pelahan, sambil tunduk memandang ke bawah. Dia tak layak untuk lelaki seperti Fattah, dia sedar kekurangan dirinya yang kotor seperti sampah tak layak untuk lelaki seperti bidadara.

"Tapi aku nak, aku akan buat apa yang aku cakap. Bulan depan kita kahwin." Kata Fattah serius sambil bangun dan berdiri di sisi katil Najah.

Najah terkedu mendengar kata-kata Fattah, lelaki ini memang tekad mahu mengahwininya.

PELINDUNG BIDADARI (BAKAL TERBIT)Where stories live. Discover now