"Aku terima nikahnya Arissa Dahlia binti Muhammad Nuraiman dengan mas kahwinnya RM 250 tunai." Selesai dia melafazkan akad nikah, masing masing megatakan sah. Tangan ditadah untuk membaca doa.
Matanya melirik wajah gadis yang baru bergelar isteri. Pipinya dibasahi airmata, namun wajahnya hanya beriak kosong. Entah kenapa hatinya rasa sesuatu yang tidak dapat diungkap, namun dia tolak jauh-jauh perasaan itu.
Pernikahannya di Masjid Al-Hadi berjalan lancar. Isterinya langsung tidak membuka mulut sejak tadi. Sekali lagi dia lirik dari ekor mata. Tak reti bercakap ke budak ni?
"Kenapa tengok saya macam tu?" Perlahan Arissa bersuara. Terkejut juga Luthfan dibuatnya. Arissa angkat muka dan melihat tepat pada mata garang si suami, dengan tatapan kosong, dia alih pandangan ke kiri apabila soalannya tidak terjawab.
"Reti bercakap rupanya kau ni? Ingatkan tak reti. Apa nama kau tadi? Arissa eh? Cubalah get to know sikit dengan suami kau ni. Muka aku bukan macam jamban tak siap pun." Luthfan membalas dengan kasar. Walaupun tidak mampu didengari oleh orang lain, namun cukup untuk didengari oleh gadis itu.
"Saya reti aje bercakap, cuma bercakap bila perlu. Umi kata jangan berborak dengan orang tak kenal. Lagi-lagi pakcik macam awak ni. Saya pun tak hamak mana, bila awak rasa nak bercakap dengan saya cakap ajelah. Tak jadi masalah pun. Saya bukan jenis tergedik-gedik punya orang." Balas Arissa, pedas. Cukup membuatkan Luthfan tergamam dengan kata-katanya. Luthfan tarik muka.
Luthfan picit pinggang milik isterinya sedikit keras, "Eh, Aku muda lagi tahu tak? Pakcik-pakcik konon... Muka aku ni pun dulu kau cium!". Luthfan lepas pegangannya bila Arissa bertindak mencubit lengan sasa miliknya.
"Sakitlah! Sejak bila pula saya cium awak? Berangan tu bertempat ya, cik abang." Arissa menjeling tajam kearah Luthfan. Perasan bukan main.
"Berangan? Tak ada masa aku! Kalau nak bukti aku sendiri boleh tunjuk gambar. Kau mana ingat? Otak pun baru besar otak udang waktu tu." Balas Luthfan semula, kasar. Adakah patut gadis yang baru bergelar isteri digelar "otak udang" ?
Tanpa mereka sedar mereka sudah menjadi santapan mata tetamu. Ada yang tertawa kerana lucu, ada yang menggelengkan kepala kerana lucu. Ada juga yang berbisik bisik sesama sendiri.
"Malas lah saya nak bercakap dengan awak." Arissa alih pandangan ketepi. Dalam hati sebenarnya berdebar debar. Lelaki yang baru bergelar suaminya itu seolah... Terpaksa, sama seperti dirinya. Namun, lelaki itu tidak menunjukkan ekspresi yang lelaki itu benci terhadapnya. Namun, dia tolak jauh-jauh perasaan was-was itu. Kenapa perlu fikir pula? Tak penting.
Perjalanan pulang kerumah Puan Laura tiada sebarang bunyi. Hanya sepi yang menemani. Luthfan hanya memasang lagu di radio. Memandangkan suasana terlalu sepi, jadi apa salahnya?
Apabila berkumandang saja lagu "Brooklyn Baby by Lana Del Rey " tanpa sedar Arissa ikut rentak lagu dan menyanyikan lagu itu dengan nada perlahan.
"They say im to young to love you, i don't what i need. And i think I don't understand the freedom land of sensitivities."
"I think I'm too cool to know ya you say I'm like the ice, i freeze I'm churnin' out novels like beat poetry on Amphetamines. I say..."
"I say... Well my boyfriend's in a band." Arissa lanjutkan nyanyian dengan nada lembut dan perlahan. Luthfan mengintai dari ekor mata, Arissa bernyanyi sambil matanya fokus melihat pemandangan diluar.
Beberapa minit sudah menyanyi, Arissa seolah diawan awangan. Dia lanjutkan nyanyian sambil matanya dipejamkan.
"Yeah, my boyfriend's pretty cool but he's not as cool as me, cause I'm a Brooklyn baby,
I'm a Brooklyn baby" Nyanyian merdu Arissa diikuti dengan Luthfan. Nada suaranya tidak terlalu kuat namun cukup membuat gadis itu tergamam.
YOU ARE READING
THE EGOISTS HUSBAND [ OG ]
Romance"Kisah kita adalah kisah yang sempurna" short story.