Prolog

11.5K 1K 26
                                    

Kita saling mencintai tetapi mengapa kita perlu memaksa sebuah perpisahan? Tidakkah dapat kita mencintai sehingga ke akhir hayat?

Dan sekarang ini adakah kita sedang mempertahankan hubungan atau sekadar sedang menunda sebuah perpisahan? Nyata, kita hanya dua orang insan yang dihentam dengan kekejaman semesta.

Padamu ku utuskan kalimah penuh perasaan
Untuk ku menyatakan apa yang tersirat di hatiku
Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedang ku mencuba melangkah pergi dari hidupmu

Kau yang sering membahagiakan
Di kala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan

Ku hanya ingin kau mengerti
Apa yang ku miliki
Cuma harapan dan sinar

Lupakanlah semua kenangan
Yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan

Anggaplah ini suratan satu perpisahan
Maafkan ku andai dirimu terluka

-Warkah Berlagu Pilu

Mata dipejam buat seketika sebelum Fathi menghembusnya kuat. Lirik lagu yang terbit dari corong video membuatkan dia sedar bahawa hubungannya dan Clarissa sudah sampai ke penghujung. Tiada guna lagi untuk mempertahankan hubungan yang goyah ini. Nyata dari awal, perkahwinan mereka adalah sebuah kesilapan.

Salah dia? Ya salah dia. Dia turut ingin menyalahkan takdir namun manakan dapat kerana dia cumalah seorang manusia biasa.

Dia terluka, Clarissa turut sama terluka.

"Tuhan, ajarkan aku erti reda," bisiknya perlahan sebelum matanya dipejamkan.

Tbc

Fathi Gabrielle: A Broken SoulWhere stories live. Discover now