My Savior: BAB 10

10.8K 532 81
                                    

Tan Sri Abdul Halim mengeluh melihat Puan Zakiah masih lena di atas katil. Beberapa kali dia sudah kejut untuk menunaikan solat subuh, langsung tak diendahkan. Sudah penat dia menasihati agar jangan meninggalkan solat fardhu lima waktu kerana berat hukuman akan di terima di akhirat kelak. Namun, nasihatnya hanya di pandang ringan oleh Puan Zakiah, entah mana silapnya mendidik wanita ini sehingga sukar mendengar kata-katanya.

Pelahan-lahan Tan Sri Abdul Fattah melangkah keluar dari bilik sambil menarik bag bagasi bersaiz sederhana. Hari ini dia akan ke Hong Kong melawat kilang pembekal yang membekal bahan membuat kain untuk kilangnya.  Beberapa hari ini mungkin dia akan sibuk dengan urusan perniagaan di Hongkong.

Semasa lalu di hadapan bilik Fattah Zabran, Tan Sri Abdul Halim melepaskan keluhan kasar. Dia kecewa apabila teringat hal semalam, anak yang dia banggakan telah menconteng arang ke wajahnya kerana dek mengikutkan kehendak hawa nafsu.

"Ayah, rindu abang kan?" Soal Farisa Zahra sambil berjalan keluar dari surau dan mendekati Tan Sri Abdul Halim yang sedang termenung di hadapan bilik abangnya. Semalam dia sibuk dengan peperiksaan akhir sebelum bermulanya cuti semester, semasa dia pulang ke rumah Kak Nini pembantu rumah ini memberitahunya Tan Sri Abdul Halim telah menghalau Fattah Zabran kerana percaya tuduhan merogol Alya Rihanah. Tak pernah Farisa menyangka ayah lebih mudah percaya kata-kata anak tiri berbanding anak kandung.

"Tak ada masa ayah nak rindu anak yang terlalu ikut nafsu macam abang Risa tu!" Kata Tan Sri Abdul Halim nada serius menidakkan perasaan yang dia sememangnya merindui Fattah Zabran.

Farisa menggeleng kepala pelahan. Ayah terlalu ego.

"Ayah, Along tak salah la. Tak mungkin along buat benda bodoh tu. Dia tentera kan? mesti la dia akan jaga status dia. Entah-entah Alya tu yang gila!" Ujar Farisa tak puas hati. Adik mana tak sakit hati apa abang kesayangannya di tuduh dengan tuduhan yang sangat berat seperti itu.

"Farisa! Jaga mulut tu! Hormat Alya sebagai kakak tiri! Ayah tak nak dengar Risa cakap macam tu dekat Alya! Jangan nak backup along! Setiap yang bersalah perlu di hukum!" Marah Tan Sri Abdul Halim, dia tak pernah mendidik anak-anaknya menjadi manusia yang kurang adab dan kurang ajar. Sudah cukup didikan yang dia beri tetapi mereka masih juga memilih cara yang salah. Entah sampai bila Fattah dan Farisa mahu bermusuhan dengan keluarga tiri mereka, sedangkan Puan Zakiah, Lutfi dan Alya mampu menerima keluarga ini dengan baik.

Farisa mengetap bibir, sakit hati kerana Alya dia dimarahi oleh ayah.

"Kenapa ayah nak backup anak sihir tu! Diaorang jahat la ayah! Diaorang sengaja nak fitnah along supaya ayah dengan along bergaduh. Tak akan la ayah tak nampak lagi kejahatan diaorang. Ayah, tolong la buka mata tu tengok sekeliling." Merayu Farisa, dia memeluk erat lengan Tan Sri Abdul Halim, dia rindu ayah yang dulu sebelum berkahwin dengan makcik pontianak yang menyakitkan hati.

"Cukup! jangan nak fikir bukan-bukan! Please hormat diaorang macam keluarga sendiri!" Tegas Tan Sri Abdul Fattah, tangan Farisa di tolak kasar sebelum dia menyusun langkah menuju ke lif. Tak mahu bertekak lagi dengan Farisa tentang hal ini, keputusannya muktamad bahawa anak-anak perlu menghormati keluarga baru mereka. Suka atau tidak mereka perlu mengikut arahannya. Harap fikirannya akan lebih tenang apabila di Hongkong nanti, dia pergi ke sana bukan untuk menghibur tetapi mencari rezeki untuk menyara keluarga ini.

"Hormat diaorang? Nak tendang terus ke dalam laut bagi makan jerung lagi bagus." Bebel Farisa sendirian, tak puas hati apabila ayah kerap memaksanya menghormati sekumpulan hantu yang masuk ke dalam keluarga ini. Bukan dia tak tahu mereka ada niat jahat cuma tiada bukti untuk membawa mereka ke muka pengadilan. Farisa berharap suatu hari nanti hubungan ayah dan Fattah Zabran pulih, dia rindu melihat keakraban mereka. Apa agaknya yang sedang abang lakukan ketika ini? Mesti dia tengah sedih.

PELINDUNG BIDADARI (BAKAL TERBIT)Where stories live. Discover now