امنيسيا

16 0 0
                                    

Butir mutiara jatuh dari tiram matanya. "Habibti, mengapa menangis? Dunia ni, jangan dipayahkan. Usah.." monolog kalbu terjeda. Amnesia lari lintang pukang tika memori mengetuk pintu Hippocampus. Tapak tangan singgah di dahi. Lupa sudah aku, baru semalam aku terisak-isak. Kerana dunia juga. 

Mudah benarkan manusia lupa? Semalam di bawah, hari ini di atas. Eh, malah direndahkan yang rendah. Bukan fitrah kita, tapi seolah sebati dalam daging. Patutnya semogakan dia kerana sudah cukup alim dengan sakitnya dia. Kerana cukup mengerti mutiara itu tak jatuh senang-senang melainkan sesakit tiram yang tersentuh pasir, parasit.









Biology's dhobit:  Hippocampus is brain structure that responsible for learning and memory.

Dear diaryWhere stories live. Discover now