توان ڤنصيحت

12 0 0
                                    

"Busy tak? Nak call boleh?"

Boleh. Cari saja aku. Aku ada. Cuma saja sedikit mengeluh. Agak-agak batu bata kata yang seperti apa mampu aku susun untukmu nanti? Petikan nasihat dari cendekiawan mana yang aku boleh petik? Aku tak gemar jeda antara kita bila kau sudah habis bercerita hikayat tapi aku masih buta meraba-raba mencari tongkat ayat yang sesuai untuk aku pecahkan dinding kebisuan aku. Aku dengar, sahabat. Aku hadam semua. Aku selami semua lautan ujianmu. Aku letakkan jasad aku dalam kasutmu. Namun hampa. Tak seperti dulu. Seolah sudah tumpul berkarat pedang bakatku yang dulu. Bakat tuan penasihat.

Aku sendiri pun gagal menasihat aku. Apatah lagi menasihati kamu. Aku sendiripun gagal fahami semua helaian buku ceritaku. Apatah lagi ceritamu. Bahu aku sendiripun kebas. Pikul kapas beban terlalu lama.

Katamu, sedang mencari tempat yang sesuai untuk mengadu tapi tak mahu buka aib sesiapa. Jadi tergantung juga kisahnnya. Aku angguk faham di sini. Seolah kita sedang bertentang mata padahal masing-masing ada di negeri sendiri di alam maya ini. Sebab itu aku jadi begini ya habibti. Bercerita guna puisi dalam susunan aksara menjadi kata yang kadang-kadang tak dimengerti orang. Kerana aku ingin bercerita tapi tak mahu membuka aib. Aku mahu bercerita tapi tak mahu difahami orang. Sepertinya aku tahu tempat yang kau cari-cari. Cuba kau rapatkan dahimu dengan bumi berlapik sejadah. Berbicaralah guna hati. Jika sudah berlebihan, boleh juga guna air mata.

Dear diaryWhere stories live. Discover now