Bismillahirramanirahim
HIDDEN LOVE by tyadariesya
Membuka tirai 🌹.・。.・゜✭・
Theme Song
[ Tak akan pernah jauh by kata hati ][Maafkan aku by Asfan ]
.・。.・゜✭・
Bahagia cuma seketika selepas hadirnya dia.
__________________________________
"Cintailah orang yang kau cinta dengan sewajarnya, boleh jadi suatu hari dia menjadi orang yang kau benci. Dan bencilah kepada orang yang kau benci sewajarnya, boleh jadi suatu hari dia yang kau benci menjadi orang yang kau cinta"
(HR Tirmidzi)
Apabila hati sudah dilamun cinta, diri sanggup melakukan apa saja asal dapat menggapai keinginan bahagia. Bagi orang dirinya terlalu kejam, tetapi baginya semesta yang terlalu kejam dan tidak berlaku adil pada dirinya.
Syed Zidane Al-Hattas jejaka berdarah kacukan Arab, Pakistan. Sebut sahaja nama itu bersusun perempuan di depan. Tetapi tidak dengan dirinya, bagi Zidane cintanya hanya untuk Qaiser Thalia, wanita yang satu-satunya dia cintai dari dulu sehinggalah sekarang.
Alviera Amanda antara wanita cantik dan menagih cinta terhadap jejaka yang bergelar kekasih orang. Namun cinta yang dipaparkan sekian tidak dipandang oleh jejaka itu.
Apa yang harus dia lakukan jika hati sudah menginginkan, dapatkah dia mencegah sebelum terlambat?Hari demi hari perasaan cemburu kian hadir di sudut hatinya saat melihat jejaka dan wanita itu selalu bersama, tidak kira di mana pasti berdua. Sehinggalah suatu hari takdir telah mempertemukan mereka di sebuah restoran mewah, tetapi jejaka itu tidak keseorangan malah ada wanita yang selalu ada di sisinya. Ya wanita itu, Qaiser Thalia tunang kepada Syed Zidane Al-Hattas jejaka yang selama ini dia idamkan....
Mata bertentang mata membuatkan jantung Alviera Amanda berdegup kencang seperti hilang kedudukan asalnya.🚩...
Satu persatu rancangan yang diatur oleh Alviera Amanda telah mengheret dirinya sendiri ke dalam neraka yang dicipta oleh Syed Zidane Al-Hattas.
"Kau berambus dari sini! Sebab kau aku hilang Qais. Aku benci kau Viera! Jangan sesekali tunjuk muka buruk kau ni depan aku! Sekali aku benci selamanya aku tak pandang. Berambus!!" - Syed Zidane Al-Hattas
"Macam itu sekali awak bencikan saya Zidane." - Alviera Amanda
"Waktu kau hancurkan hidup aku, kau rosakkan semua kebahagiaan aku, kau ada fikir? Tak ada kan. Enough Viera! Mulai sekarang, antara hidup dan mati kau semua di tangan aku. Kalau kau rasa kahwin dengan aku akan datang kebahagiaan dalam hidup kau, kau silap Viera."
Ikatan perkahwinan yang dibina itu dipenuhi rasa derita dan sengsara buat Alviera Amanda. Ia akui dia salah, tetapi haruskah Zidane menghukumnya sebegini rupa? Benarlah kata orang jika kita siap menyintai kita juga harus siap dilukai, dan itulah rasa Alviera Amanda sekarang.
Adakah perkahwinan mereka akan kekal selamanya atau hanya seketika?
⚠️PENGGUNAAN KATA KESAT⚠️
⚠️MENTAL AND FIZIKAL⚠️