"ASTAGHFIRULLAHALAZIM Alviera Amanda, akhirnya kau lambat lagi hari ini!" Mengeluhnya perlahan. Kepala di ketuk berkali-kali. Elok sahaja keretanya terpakir kemas di tempat letak kereta, Alviera bergegas berjalan laju menuju ke kelas. Dia sudah lewat hampir satu jam!
Ada kawan pun tidak berguna. Bukan nak dikejut. Lebih baik berkawan dengan haiwan dari manusia. Menyakitkan hati saja!
Kira-kira 15 minit jugalah untuk tiba di hadapan kelas, itu pun naik tangga kalau menunggu lift tadi mahu dekat 20 minit. Silap-silap hari bulan surat notis pun keluar. Nasiblah tahun ini, tahun terakhir Alviera melanjutkan pengajiannya di UNISZA (UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN).
Alviera menggigit bibir bawah, perlahan tangannya mengetuk pintu dari luar. Pipi sudah membahang. Rasa takut dan berdebar kian bermain di dada. Raut wajahnya automatik berubah pucat.
"Kenapa awak tercegat lagi dekat luar tu Alviera Amanda, awak nak suruh saya undang awak masuk ke?" Laung Madam Izara dari dalam. Mendengar laungan dari Madam Izara, laju kaki Alviera melangkah masuk.
"Manda, Manda. You jangan ingat, you anak orang senang you boleh datang ikut sesuka hati you je! Sebab kan kehadiran lewat you ni lah, orang lain tertangguh belajar. You harus bertanggungjawab atas semua ini." Kata Madam Izara panjang lebar. Nada yang dinaikkan amat tegas, tanda peringatan kepada Alviera, dan juga pelajar lain.
Alviera kematian kata. Wajah Madam Izara ditatap kosong. Tidak tahu mengapa fikirannya saat ini tiba-tiba melayang ke arah lain. Peristiwa dua
bulan lepas. Namun, tidak sempat dia membayangi peristiwa tersebut, Madam Izara terlebih dahulu mencelah."Manda. You nak I dudukkan you ke? Tercegat dekat sini lagi buat apa." Madam Izara menggeleng dengan mata yang terpejam rapat.
Alviera menyengih. Kakinya terus berjalan ke arah kerusi yang diduduki sahabat karib nya, Anara Sophia.
"Bangun." Arah Alviera
"Sedap je eh kau lepak atas kerusi aku." Kata Alviera dengan wajah yang tegang.
Beg yang diletakkan sebelah meja terus dicapai oleh Anara, punggungnya dialihkan ke tempat asal.
"Alamak, dugong Nara marah ke?" Tangan kiri Alviera yang berada di atas meja dipegang dan digoyang lembut bersama kelopak mata yang sengaja dikerdip-kerdipkan.
"Eh gorgon! Puas hati tak tengok aku kena marah tadi?" Kata Alviera dengan riak wajah yang sedikit kesal terhadap sahabatnya.
"Puas juga lah." Selamba Anara menjawab.
"Seronok lah kenakan kawan sendiri? Asal kau tak telefon aku je tadi. Dah tahu aku lewat, buat-buat bodoh pula!" Alviera menjeling mata malas. Tubuhnya kembali ditegakkan apabila mendengar suara Madam Izara naik seoktaf.
"I want you alls focus on my class. Now! Tahun ni you semua last semester, I tak nak anak-anak yang ada depan I sekarang ni, failed! Lagi-lagi you Amanda. I want you focus, jangan asyik bergosip je dengan Anara." Tegas Madam Izara. Fail yang berada di atas meja kini diambil.
Alviera mengangguk faham. Jujur dia memang gagal bab-bab Math, science tetapi dia tidak pernah gagal dalam course designer. Setiap tahun dia akan memenangi award dari UNISZA.
Pengajian yang akan dia lanjutkan adalah di luar negara bukan di dalam Malaysia. Namun, disebabkan satu peristiwa, dirinya diheret agar tetap bertahan di negara sendiri bukan negara orang.
"Manda, I want look your assignment." Pantas Madam Izara merampas fail hitam yang dipegang oleh Alviera. Sehelai demi sehelai kertas itu diselak. Namun, tiada satu pun patah perkataan, mahupun contengan dalam kertas. Kosong. Laju Kepala Madam Izara menggeleng, agak kecewa dengan sikap Alviera akhir-akhir ini.