My Savior: BAB 11

10.9K 529 71
                                    

Imam Salleh duduk bersila di anjung rumah sambil menikmati secawan kopi suam. Sesekali tangannya ligat mengasah hujung mata parang untuk digunakan menyembelih binatang yang akan dikorbankan pada hari raya Aidiladha yang akan tiba tak lama lagi. Parang bersaiz sederhana ini di letak ke tepi. Dia menghirup kembali kopi o suam bagi menghilangkan rasa dahaga.

"Abang! Oh abang!" Tersedak kopi Imam Salleh gara-gara terkejut mendengar Hajah Raudhah menjerit memanggil namanya.

"Ha! Sini rupanya abang. Saya nak tunjuk langsir dekat kedai tiktok. Saya nak beli la abang untuk kahwin along." Kata Hajah Raudhah sambil duduk bersila di sebelah Imam Salleh menunjuk video di dalam telefon bimbitnya.

Berkerut dahi Imam Salleh melihat video yang di tunjuk oleh Hajah Raudhah. Tak pernah dia sangka langsir bukan saja ada pelbagai design tetapi juga ada dari pelbagai jenis kain dan corak.

"Awak ni tak habis dengan kedai tiktok. Asal ada majlis nak membeli baru. Ermm.. kedai tiktok ada jual kopiah hipster tak? Ala yang macam gaya Hang Tuah tu." Kata Imam Salleh sambil membuat gaya tangan di atas kepalanya, cuba menerangkan kopiah hipster yang dia mahukan itu.

Terkejut Hajah Raudhah mendengar kata-kata Imam Salleh, mengata orang dia pun sama. Cucu nak kahwin siap nak beli kopiah hipter lagi.

"Abang pun sama kaki membeli kedai tiktok. Mana ada kopiah tiktok tu tengkolok la abang oi. Kalau abang pakai jadi Hang apa pula?" Soal Hajah Raudhah memandang Imam Salleh atas bawah. Lain macam pula bila imam masjid ni nak bertukar menjadi Hang Tuah.

"Kalau abang jadi Hang Boroi la." Kata. Imam Salleh sambil ketawak terbahak-bahak, dia mengusap perutnya yang buncit ini.

Hajah Raudhah turut ketawa mendengar kata-kata suaminya. Hang Boroi pun dia sayang juga, bahagia berdua walaupun tiada anak di sisi. Ada anak tetapi sudah melupakan jasa orang tua kerana mengikut kehendak hati.

"Nanti masa Fattah kahwin abang nak ajak semua jemaah masjid pakai macam Hang Tuah, sekurang-kurangnya abang ada geng Hang Boroi. Awak ajak la geng Marhaban awak pakai macam Puteri Gunung Ledang." Semakin galak Imam Salleh ketawa mengenangkan Hajah Raudhah memakai pakai pakaian seperti Puteri Gunung Ledang. Seksa mata yang memandang.

"Abang kalau saya pakai, bukan Puteri Gunung Ledang tapi Puteri Gunung Everest tau. Abang bagi cadangan elok sikit. Abang dah jumpa ke kambing yang nak sembelih untuk majlis along nanti?" Hajah Raudhah memang bersemangat kalau bercakap tentang majlis kahwin Fattah Zabran.

"Mesti lah dah. Siap mengopi dengan kambing-kambing tu buat mesyuarat tepi kandang, siapa volunteer nak kena sembelih dulu angkat tangan." Kata Imam Salleh selamba sambil menghirup kopi o suamnya.

Hajah Raudhah yang sedang menghirup kopi o tersedak mendengar kata-kata suaminya. Kemudian, dia ketawa mendengar suaminya ini bergurau, tak dapat dia bayangkan kalau kambing angkat tangan setuju nak disembelih dulu. Imam Salleh pengsan dulu kerana terkejut.

Fattah Zabran yang baru muncul di anjung rumah ini turut ketawa mendengar gurauan atok.

"Along nak kena balik Labuan ni. Sebulan dekat sana." Kata Fattah melutut di hadapan Imam Salleh dan dia tunduk bersalaman dengan lelaki tua ini.

"Hati-hati memandu tu. Berjuang kerana Allah SWT, apa pun kita buat hidup ni jangan ingkar dengan suruhan Allah SWT. Bulan depan balik kita tumbang kerbau, atok dah deal dengan seekor kerbau ni, dia on je." Kata Imam Salleh sambil menepuk bahu Fattah, kemudian dia ketawa terbahak-bahak melihat riak wajah terkejut cucunya ini.

"Hebat la atok boleh deal dengan kerbau. Nanti along  nak belajar dengan atok." Balas Fattah melayan atok yang suka bergurau.

"Nek, along balik dulu. Hmm.. Nek tolong tengok-tengok kan Najah untuk along." Fattah memeluk erat tubuh tua Hajah Raudhah dan kedua-dua pipinya di kucup lama. Dia akan merindui nenek yang penyayang ini.

PELINDUNG BIDADARI (BAKAL TERBIT)Where stories live. Discover now