..
Hani beranggapan dia datang lambat 20 minit. Namun, belum ada seorang dari rakannya pun yang datang ke sana.
Hani terus menuju ke meja yang berada di sudut Cafe kerana dia tahu mereka akan lama disana kerana mereka akan membuat kerja khusus yang masih banyak.
"Hi, welcome to Angkasa Cafe. Nak order apa ya kak?" Sambut pelayan itu.
"Emm, saya nak coffee on the rock americano, 2 shots liquid whipcream, 2 pums dolce sauce ye." Jawab Hani memesan coffee yang amat disukainya.
"Okey, akak tunggu dulu ya, nanti kami panggil." Ucap pelayan Cafe itu dengan ramah.
Setelah menunggu setengah jam, akhirnya rakan-rakannya itu datang juga. Hani sempat merisaukan keadaan mereka. Bukan apa, kerana dia takut mereka akan menghilangkan diri. Kerena mereka selalu mengguna-gunakan Hani untuk menyiapkan kerja khusus.
Hani dapat mencium aroma minuman keras yang melekat pada tubuh kedua rakannya itu. Namun, Hani hanya diam dan berpura-pura seperti tidak mencium bau apa-apa.
"Sorry tau weh, aku datang lambat sikit. Sebab ada hal tadi." Ucap rakannya.
"Ohh takpa pun.. sempat la aku tangkap gambar tadi." Ucap Hani.
"Weh Hani.. kau tak pergi karaoke ka dengan Fikry?" Tanya salah seorang rakannya yang bernama Uzma.
"Karaoke? Macam mana kau boleh tahu Fikry pergi dekat karaoke?" Tanya Hani seolah dia tidak tahu bahawa Fikry sedang berada di karaoke.
Uzma pun menggoyangkan kaki rakannya yang bernama Amelia untuk membantunya menjawab soalan Hani.
"Eee.. dari.. story instagram.. ha.. instagram.." Jawab Amelia.
"Ohh.. hm.." Hani menyipitkan matanya sambil menatap mata kedua orang rakannya itu.
"Emm.. weh, tiba-tiba aku rasa macam nak pergi tandas la." Ucap Hani sambil berdiri.
"WEH!" Jerit Uzma.
"Shht. Biarja, buat macam tak tahu apa-apa." Bisik Amelia kepada Uzma.
"Kenapa weh? Ada apa-apa ka dekat baju aku?" Tanya Hani ingin tahu kenapa rakannya itu menjerit sehingga orang-orang yang berada di Cafe itu dapat mendengar jeritannya itu.
"Tak ada apa-apa lah.. saja nak test suara- hehe.." Jawab Uzma.
Apabila Hani tiba di tandas, tiba-tiba ada seorang lelaki yang menghampirinya.
"Mungkin kau rasa pelik, tapi kau perlukan ni." Ucap lelaki itu.
Lelaki itu memberi Hani hoodie yang berwarna hitam. Dan rupa-rupanya Hani sedang come moon (datang bulan) waktu itu.
Hani mulai faham apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu dan berbalik badan ke arah cermin untuk melihat apa yang terdapat di seluarnya itu. Lelaki itu terus menunduk untuk menjaga pandangannya. Malangnya, Hani menggunakan seluar jeans berwarna putih yang akan menjadi sorotan orang-orang di Cafe itu. Syukurnya, tidak ada seorang pun yang melihat dirinya kerana masing-masing melakukan kerja sendiri.
"01?" Tanya Hani.
"Ha?" Ucap lelaki itu kerana tidak faham dengan apa yang diinginkan Hani.
"Hahahah.. nak nombor telefon. Sebab nanti saya nak bagi hoodie ni balik." Jawab Hani sambil tertawa melihat wajah kehairanan lelaki itu.
"Ohh.. faham-faham." Ucap lelaki itu sambil tersengih.
"Btw thank you tau sebab dah bagi hoodie ni." Ucap Hani.
"Ya, No prob.." Jawab lelaki itu.
Hani pun mengikat hoodie itu di pingganggnya lalu ia terus menuju ke meja tempat rakan- rakannya itu berada.
"Hmm korang nak sambung buat kajian ni lagi ka? Aku nak balik ni.. rupa-rupanya aku period hari ni.." Ucap Hani.
"Aku rasa kita balik ja kut." Jawab Amelia.
"Okelah kalau nacamtu, kita kemas-kemas barang, lepastu balik." Ucap Hani menyetujui ucapan rakannya itu.
"YES!" Bisik Uzma namun masih dapat didengar oleh Hani kerana mereka duduk bersebelahan waktu itu.
"Tapi nanti korang kena send jugak tau apa yang tak siap lagi tu. Aku tunggu sampai pukul 9 malam, oke?" Ucap Hani.
"Oke!" Jawab kedua rakannya itu.
...

YOU ARE READING
Love Cafe
Teen FictionHani Marinka. Dia merupakan seorang mahasiswi yang belajar di UM (Universiti Malaya). Dia juga merupakan seorang yang senang untuk berbaur dengan orang. Namun, ada seorang lelaki yan sangat toxic menghantui dirinya iaitu Fikry Delvio. Tetapi, d...