Kringggggg
Aku mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja belajar. Semua pelajar kelas ini sudah turun makan di kafe sekolah. Sedia maklum, mereka semua kebulur setelah hampir lima jam duduk menuntut ilmu di dalam kelas.
Aku meneliti jam di tangan.
Tepat pukul 10 pagi."Jom Etta, kita dah lewat." Nefeli Hera bersandar di pintu hadapan kelas sambil merenungku.
"Malasnya." Balasku lalu mencapai beg kasut yang berada di kaki meja.
"Kau kena sedar, kita ni tak nampak masa depan. At least dengan pertandingan ni, kita boleh asah bakat untuk pergi lagi jauh."
Mula lah tu. Aku mencebik. Hera sentiasa mengingatkan aku dengan perkara yang aku tak mahu untuk ingati. Tapi ada betulnya, tanpa 'sukan itu', mungkin aku ini tiada guna untuk masa depan.
Kami pun keluar dari kelas itu.
Dalam perjalanan, kami berjalan beriringan. Hera memerhati ke arah beg kasut yang dibawa oleh aku.
Dia menutup mulutnya menahan gelak.
Aku menjelingnya.
"Apa kau?"
"Tak puas hati cakap." Kataku.
Hera masih sehabis baik menutup mulutnya menahan gelak. Dia cuba bertahan untuk tidak menggelakkan diriku.
"Tak, tak ada apa." Hera memejam matanya sambil menahan bibirnya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.
Tenang Hera. Tak baik gelakkan kawan sendiri.
"Kau tak apa lah. Body kau gempak. Aku ni body tak ada otot macam kau. Memang ini je lah modal yang aku ada untuk bawa." Jelasku, wajahku masih serius membawa beg kasut itu berjalan sepanjang hallway.
Nefeli Hera, lawa nak mampus. Bukan setakat ada wajah yang lawa, namun termasuk dalam kategori hensem juga! Orang gelar dia 'Perempuan Hensem'. Badan dia seperti badan atlet, sangat sempurna, ada sixpack, otot di lengan. Tinggi? kalah jantan-jantan kat sekolah ini. Memang tinggi. Cuma yang kurangnya dia punya otak.
Aku pula? Hmm. Kadang-kadang aku pelik kenapa aku boleh jadi kawan kepada Hera. Aku sendiri lupa macam mana kali pertama kami berjumpa. Tahu-tahu sampai sekarang kami rapat.
Kami berdua dipandang oleh semua pelajar yang melintasi.
Hera masih cuba bertahan untuk tidak tersembur gelaknya di hadapan ramai manusia itu.
"Tapi kau kena tahu, sukan kita tu, tak perlukan-" Belum habis Hera menghabiskan ayatnya, aku terus menutup mulutnya.
Memandang orang di sekeliling yang tersengih-sengih memandang ke arah kami berdua.
"Tengok tu, Hera dengan Etta dah gerak pergi training lah!"
"Cantiknya Etta!"
"Hensem dan cantiknya Hera!"
Kami dipuji-puji seperti selalu. Aku masih menahan mulut Hera. Tak boleh jadi ini, kalau rahsia kami selama ini terbongkar, habis nama kami!
"Sukan yang mereka masuk mesti gempak kan! Kelab apa agaknya! kyaa nak ikut!" Mereka semua masih teruja melihat Aku dan Hera yang lalu.
Kebiasaannya di sekolah kami ini, kelab dan persatuan mahupun sukan merupakan simbol kepada setiap pelajar. Jadi, amatlah penting perkara itu sehingga ramai pelajar yang menyembunyikan status mahupun sukan yang mereka sertai. Kerana jika pelajar lain tahu, identiti dan peribadi setiap orang itu boleh di judge.
Benda ini amat penting terutama orang seperti kami berdua. Mempunyai potensi, wajah dan juga kemahiran rahsia dalam sukan yang kami sembunyikan selama ini. Wajah cantik di dunia ini, akan dinilai sebagai sempurna, diikuti mahupun akan disegani. Itulah perkara paling aku tak suka untuk katakan namun fakta yang sudah memang tetap untuk dunia ini.
YOU ARE READING
LEVENDERE TOWN (DITERBITKAN)
Mystery / ThrillerStart with Congkak, end with ? Short Stories