LT 2

21 0 0
                                    

"Rumah ni ke?" Soal aku melihat rumah coklat yang kelihatan bersih dan dijaga itu. Oh sini bersih pula rumahnya berbanding dengan di sana.

"Iya lah agaknya." Hera memulas tombol pintu rumah itu lalu kami berdua terus masuk ke dalam rumah tersebut.

Melihat keadaan rumah kosong dan bersih, ada beberapa sahaja perabot di dalamnya, tidak terlalu mewah, tapi nampak minimalist dan sangat kemas.

Kemudian kami berdua masuk ke pintu di mana selepas itu ada lorong ruangan bilik-bilik lain ditempatkan.

Namun kami tidak memandang pintu yang lain, pintu bilik pertama yang menjadi perhatian. Hera membuka kunci pintu bilik itu.

Apabila dibuka, bilik yang disewa kami sangat kemas dan cantik. Dengan penghawa dingin yang sudah siap dipasang. Ini menandakan memang mereka sudah siap menghidupkan suis penghawa dingin itu sebelum kami masuk lagi.

"Cantiknya." Aku dan Hera terpukau melihat bilik yang disewa oleh Cikgu Lilith kepada kami. Macam mana agaknya Cikgu Lilith jumpa hidden gems ini? Rumah dari luar kelihatan biasa-biasa sahaja. Dalam seperti istana!

Hera terus baring di tilam yang empuk bersaiz queen itu.

"Nak tidur sekejap. Penat." Kata Hera. Fahamlah aku kenapa dia penat. Kami punya perjalanan pun berjalan kaki ke sini agak lama. Lenguh satu badan.

"Selamat tidur." Kataku lalu memerhati Hera yang sudah terlelap dengan sangat mudah. Betul-betul penat dia tu. Tapi aku masih segar, aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin kerana diri sendiri yang masih tidak tenang berada di sini. Rasanya seperti tidak boleh tidur di tempat begini.

Aku termenung di atas sofa dalam bilik itu. Memikirkan mengenai perlawanan hari esok. Lawanku bukan biasa-biasa. Malah juara bertahan disebut-sebut. Tak faham aku kenapa kami dulu yang melawan mereka.

Sedangkan Hera dan aku bukanlah pemain yang dikenali atau disebut. Pertandingan juga kami masuk kadang-kadang. Itupun Cikgu Lilith memang suka hati dia buat kejutan dengan menunjukkan jadual perlawanan.

Aku termenung lama sehingga mataku memerhati beg congkak yang dibawa. Aku mengambil beg congkak itu lalu mengeluarkan papan congkak tersebut.

Sekejap...

Mana buah congkak yang aku beli dengan Hera hari itu?

Puas aku selongkar di dalam beg itu namun tiada. Aku gelabah mencari di beg lain yang dibawa. Juga tiada!

Eh dah la benda tu paling penting perlu bawa! Kalau tak ada, kene guna buah congkak yang mereka sediakan. Tak seronok lah! Selalunya memang setiap peserta akan menggunakan buah congkak masing-masing dalam setiap perlawanan. Benda itu yang menunjukkan identiti si pemain. Masing-masing ada kekuatan buah yang mereka bawa sendiri.

"Weh Hera!"

Hera yang sudah nyenyak tadi terjaga selepas mendengar suara Etta memanggilnya. Dalam mamai dia membalas,

"Apa?"

Aku cemas dan masih gelabah mencari di mana aku letakkan. Mungkin masih ada harapan di beg Hera. Tetapi bila dicari, tiada!

Hera hanya memandang malas ke arah aku yang sibuk menyelongkar begnya.

"Cari apa?" Hera tanya dengan nada malasnya. Dia cuma mahu sambung tidur.

LEVENDERE TOWN (DITERBITKAN)Where stories live. Discover now