My Savior: BAB 12

12.1K 450 27
                                    

Jam menunjukkan tepat pukul 10 malam, Fattah Zabran berlari masuk ke dalam bangunan pangkalan TLDM Kota Kinabalu untuk berjumpa Komander Nasir. Dia telah mendapat panggilan kecemasan daripada ketuanya. Pasukan Khas Tentera perlu bersiap siaga apabila di seru menjalankan tugas, tak kira waktu dan tempat. Demi negara dan agama mereka perlu kuat berjuang menentang musuh.

"Tuan!" Dobi dan Lobak memberi tabik hormat kepada Fattah semasa mereka bertembung di tangga.

Fattah mengangguk, dia terus melangkah laju di ekori Dobi dan Lobak yang turut mahu menuju ke arah yang sama.

Pintu bilik mesyuarat utama pangkalan TLDM Kota Kinabalu di tolak kuat. Fattah, Dobi dan Lobak memberi tabik hormat kepada Komander Nasir sebaik saja berdiri di hadapan ketua yang mereka segani ini.

"Okay, nampaknya semua dah ada. Kita ada misi. Pulau Burian telah di tawan oleh pengganas dari Malaysia-Filipina. Mereka dah tawan lebih 150 orang penduduk pulau, apa yang mereka nak dari mereka ialah bebaskan ketua mereka Rangga." Kata Komander Nasir sambil menunjuk ke arah skrin putih yang memaparkan video yang di hantar oleh pengganas, menunjukkan keadaan huru hara di Pulau Burian.

"Rangga? Rangga tu bukan ke pengganas yang di tangkap oleh Komander Hud? Ni kumpulan mana pula? Selain tu apa yang mereka nak dari kita, Tuan?" Soal Fattah, dia ingat tentang Rangga. Pengganas yang telah di tangkap dan sedang menerima hukuman.

"Mereka mahu kita bebaskan Rangga dan juga mahu wang tebusan sebanyak RM500 juta, mereka juga mahu kita menyediakan sebuah kapal mewah serta tanah di Pulau Burian kerana mereka mahu menjadikan pulau tu sebagai sarang mereka. Saya masih tak dapat mengenal pasti kumpulan baru ni. Bilangan mereka juga tak dapat di kenal pasti. Mungkin ahli mereka ada seramai 30 orang menggunakan senjata jenis senapang AK 47 dan bom tangan HG 85." Komander Nasir mundar mandir sambil menyilang tangan di dada, matanya tertumpu pada peta Pulau Burian.

"Atlas? Kamu tahu kan apa nak buat? Saya serahkan semua ni kepada kamu." Kata Komander Nasir serius, berpaling memandang ke arah Fattah. Dia yakin Fattah mampu menyelesaikan misi ini dengan baik..

"Tuan jangan risau, serahkan semuanya kepada saya. Kami akan pastikan mereka tak akan berjaya tawan pulau tu. Apa yang penting sekarang ni kita kena selamat kan semua hostage. Saya ada strategi. Boleh saya teruskan?"

Komander Nasir mengangguk tanda memberi ruang kepada Fattah membentang strategi yang telah di atur untuk menentang musuh.

Fattah melangkah ke hadapan dan berdiri di sebelah Komander Nasir. Matanya tertumpu pada peta Pulau Burian yang terbentang di atas meja.

"Tengok dari rakaman video tu frizo dah kepung hampir keseluruhan kawasan pulau. Kita tak boleh datang dari udara atau naik bot menuju ke pulau tu. Hanya satu cara yang kita ada sekarang. Menggunakan underwater scooter, kita kena menyusur ke dalam dasar laut dan melakukan serangan hendap." Kata Fattah serius menerangkan strategi menyerang musuh kepada pasukannya.

"Okay guys." Fattah mengerling jam tangan G-SHOCK
MRG-BF1000R miliknya. Jam menunjukkan Pukul 10.30 malam.

"We move at 2330. ETA 0100. Delta one Toman dan Dobi ikut saya bagi saya 5 minit." Arah Fattah sambil menunjuk ke arah Toman dan Dobi.

"Delta two Lobak, Yop dan Murai standby action at 0115." Sambung Fattah lagi, kali ini menunjuk ke arah Lobak, Yop dan Murai.

"Bravo and charlie standby action at 0130. Clear?
Watch your time!" Masing-masing melihat masa pada jam tangan mereka dan mengangguk serentak tanda faham.

Selepas memberi arahan kepada pasukannya, Fattah memusing tubuhnya mengadap Komander Nasir.

"Tuan! Kami bersedia berjuang untuk agama dan negara! My team is ready, permission to proceed." Fattah berdiri tegak di hadapan Komander Nasir sambil mengangkat tangan memberi tabik hormat.

PELINDUNG BIDADARI (BAKAL TERBIT)Where stories live. Discover now