Ding ! Dong !*riuh rendah di kelas 3 Dedikasi*
Arsya : Hai Semua!! (Buka pintu) Selamat kembali ke Sekolah wahai kawan sekelasku!
Nezati : Ye Arsya? Jangan bising sangat boleh tak? Memekik je pagi pagi ni.
Arsya : ehehehe! Sorry Zati!
Noohari : Eh Arsya!! Bila kau sampai??
Arsya : ehek! Baru je tadi! Tak perasan ke?
Noohari : memang la tak perasan. Habis tu nak cakap aku perasan la kau dah masuk kelas tadi?*krik krik.... Krik krik...*
*kelas 3 Dedikasi menjadi sunyi sekejap*Arsya : aku tak faham la , kenapa bila kau bersuara , mesti kelas ni tiba tiba diam . tak bising macam tadi... Hmm... Aku ni beria eh. Baru tau.
Noohari : eh dah la kau. Baik kita ready je buku siap siap kat atas meja. Tak payah nak kelam kabut cari dalam beg nanti
Arsya : eleh. Lantak la kau! Hmph! *merajuk*
Noohari : Elelele! Merajuk ke tuuu? Comel nya dia HAHAH!
Arsya : *baling buku sains ke arah muka Noohari* Tak merajuk la.
Noohari : pale otak kau. Habistu ni apa..? Ishh!
Nezati : weyy korang! Duduk duduk! Cikgu Tyna dah nak sampai dah
*semua murid murid kelas 3 Dedikasi bergegas duduk ke tempat masing masing sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan Nezati tadi*
Ketua kelas : banguuun! Selamat pagi Cikgu Tyna.
Cikgu Tyna : selamat pagi. Semua murid boleh duduk sekarang.
*semua murid- murid duduk *
Cikgu Tyna : Oh ya! Lupa pula , selamat tahun baru 2024 anak anak murid cikgu! Hahah... dah besar dah anak anak murid cikgu ni. Dah nak masuk form 3 dah... Cepat je masa berlalu *senyum*
Nezati : hmm... Takut la nak masuk tingkatan 3 , cikgu.
Cikgu Tyna : takpee.. Anak anak murid cikgu akan sentiasa menjadi murid yang paling terbaik. Semua kena buat yang terbaik tauu! Kata nak banggakan mak ayah.
Arsya : baik cikgu! Saya janji akan buat ayah saya bangga...
Noohari : Cikgu jangan lupa kan kitorang tau .
Cikgu Tyna : cikgu takkan lupa anak anak murid kesayangan cikgu ni ....
Baiklah. Sekarang , buka buku teks Sains muka surat 145.Semua murid murid : baik cikgu!
Waktu Rehat *
Noohari : hmm.. Wey Sya.
Arsya : hm? Kenapa ni Ari.?
Noohari : aku takut la kalau tingkatan 3 nanti kita tak sama kelas.
Arsya : alaa takpe! Kan result kita sama level. Mesti stay classmate punya la! *bangga* lagipun... Ayah aku bangga sangat bila result aku banyak A dan B. *haih...* jarang aku nak lulus kalau difikirkan balik. Tapi aku rasa usaha aku ni masih tak cukup untuk dia...
Noohari : kau ni.. Okey la tu. Aku ada dapat C kot. Tak bersyukur punya manusia.
Arsya : bukan tak bersyukur laa... Cuma ... Nak jadi anak yang terbaik di mata dia je.
Noohari : hmm.. Ye la. Tapi , ayah kau masih lagi bangga kat kau , Sya.
Arsya : heheh.. Harapnya macam tu la. Tak sabar nak tau siapa yang akan pindah masuk kelas kita... Kan?
Noohari : haah
- Bersambung -
YOU ARE READING
2024 Special Adventure
Aventuratersebutlah kisah tujuh sekawan ingin memulakan tahun baru dengan menambah pengalaman dan inginkan pengembaraan yang mencabar Mereka akan mengharungi banyak cabaran semasa berkelah , bercamping dan pelbagai lagi aktiviti yang mereka akan sertai untu...