Dengan langkah yang ringan, Auni memasuki ruangan office. Matanya bersinar saat melihat sekeliling. Terpukau oleh keindahan pejabat yang dimiliki oleh jejaka idamannya, Tengku Fahmi Arif.
"Cantiknya office pakcik!"
"Tsk!" Fahmi menghembuskan nafasnya dengan berat. Memandang sahaja Auni yang mengamati sekeliling ruangan. Dia kesal. Sangat kesal kerana terpaksa membawa gadis ini datang ke pejabatnya.
"Wah, banyaknya buku!" Terserlah ekspresi wajah Auni yang kagum ketika dia melihat buku-buku ilmiah di rak yang tinggi.
"Buku cerita Frozen ada tak? Saya suka cerita Frozen!"
"Tak ada."
Wajah Fahmi berkerut saat ia memandang Auni. Mungkin Auni menyimpan minat padanya kerana kecerdasan, keprofesionalitasan, atau mungkin sisi kepribadiannya yang menarik. Seolah-olah ada sesuatu dalam diri Fahmi yang membuat Auni tertarik. Walaupun alasan itu semestinya hanya diketahui oleh Auni saja seorang.
"Aku tak baca cerita budak-budak." tambah Fahmi dingin.
"Ala! Bosanlah saya kalau macam ni. Asyik tengok pakcik buat kerja je. Saya? At least kalau ada buku, bolehlah saya hilangkan rasa bosan!" Auni merungut. Sebelah pipinya dikembungkan geram.
Fahmi mengangkat sebelah alisnya. Betul juga kata Auni. Fahmi tidak mahu gadis itu memekik kerana bosan duduk di dalam pejabat yang tidak menarik bagi gadis itu. Fahmi beralih memandang sebuah televisyen nipis yang terletak di tengah-tengah ruangan.
YOU ARE READING
S4: MY FALLEN MASTER
Romance༒ 𝕽𝖔𝖞𝖆𝖑 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐈𝐕 ༒ | TUAN YANG ANGAU | ❝𝑷𝒆𝒐𝒑𝒍𝒆 𝒅𝒐 𝒄𝒓𝒂𝒛𝒚 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒈𝒔 𝒘𝒉𝒆𝒏 𝒕𝒉𝒆𝒚'𝒓𝒆 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆.❞ Diganggu oleh gadis belasan tahun membuatkan kehidupan lelaki itu agak huru-hara dan serabut! "Are you sure my co...