Bab 1

6 0 0
                                    

"Pose 1,2,3! 123! 123! 123!" Dah macam langkah tarian apabila Nurieyna, modelist untuk Kirana menepuk tangan sambil melaungkan nombor berulang kali. Dengan laju sekali Kirana menggayakan dirinya malah dia cuba bertindak seksi dengan menurunkan Trench Coat yang dipakai sehingga menampakkan bahunya. Mujurlah dia pakai turtleneck didalam namun gayanya buat pembantu peribadi dia tepuk dahi dan geleng kepala.

Mesti kena kecam lagi ni sebab seksi sangat.

Lama photoshoot berlangsung. Lepas satu, satu outerwear digayakan. Kirana seperti tiada perasaan penat dalam hatinya. Laju dia bekerja malah yang lain sampai tidak bergerak sebab kagum melihat cara Kirana bekerja. Dia memudahkan kerja orang lain dengan bertindak pantas.

"Last one." Kirana buka Denim Shacket ditubuh kemudian dimasukkan kedalam Biker Jacket yang dipegang stylist lain. Namun bila dia mahu menggayakan baju, dia berhenti dan angkat tangannya. Ada kesan koyak di bawah bahagian ketiak.

"It's ripped." Kata Kirana lalu dibuka Biker Jacket tersebut. Masing-masing mula gelabah mencari ganti bagi Biker Jacket. Macammana outerwear itu boleh koyak pun tidak tahu.

"We need to find a new Biker Jacket. Henry will go find a new one in the HQ. For now let's get some rest." Pesan Camella. Kirana angguk kepala. Dia duduk diatas bangku depan kamera kemudian dikeluarkan telefonnya.

Claudia menghampiri Kirana. "Be careful on you post. Kita taknak satu lagi artikel fasal aurat keluar."

"I never take off my clothes. Why are they so press?" Tanya Kirana. Claudia angguk kepala. Dia tarik lagi satu bangku dan duduk disebelah Kirana. Sebuah botol air mineral dia hulurkan kearah Kirana.

"You know netizen these days are so bothered with your every post? I get it you don't feel a thing but I'm your manager. I want the best for my artist."

"You ni kisah sangat fasal orang kata apa. I ni pakai menutup dah. Biasalah baju ni ketat sikit tapi I bukannya berdiri depan kamera dan tunjuk dada I pun. I tunjuk bahu je."

"Ya, haih. Ikutlah. Jangan buat bukan-bukan tau?"

"Never. Trust me. I still ada maruah diri." Kirana cium pipi Claudia lalu berdiri. Umurnya sudah 35 Tahun untuk tahun ni tapi perangainya masih begitu juga. Selain perangai, mukanya juga masih begitu juga. Dia ibarat tidak menua langsung. Dia sangat cantik dan dia diundi sebagai orang kedua tercantik dalam 95-line dan dalam carta, dia wanita ke-33 cantik dalam dunia. Reya berada di tempat ke-13.

"Hey, Kee-Run!" Seorang lelaki dalam pertengahan umur menegur Kirana. Suka sangat memanggilnya yang bukan-bukan. Sebelum tangan lelaki itu menyinggang belakang tubuh Kirana, Kirana bangun dan berdiri dibelakang Claudia.

"Hey Sir James. What are you doing here?"

"Watching you. Is it finished already?"

"Yes." Bohong Kirana. Claudia dongak kepalanya keatas dan hanya tersenyum. Kirana memang tidak pernah selesa dengan orang tua ni. Selalu datang tiba-tiba di tempatnya bekerja tak kira dimana. Tidak tahulah dia dapat informasi daripada siapa tentang jadual Kirana.

"I see. Wanna go eat together?"

"I'm full. Just ate a full-meal course." Bohong Kirana lagi. Sir James angguk kepalanya. Tak dapatlah dia nak ajak Kirana makan harini.

"Hey, Kirana. While waiting for Henry, I think you should go eat first. You eat nothing since yesterday." Tegur Nurieyna dari pintu wardrobe. Kirana terus peluk tubuh dan geleng kepala. Ah sudah.

"You don't eat yet. Let's go eat something, Keerun."

"I'm good. I can just eat later." Kirana masih tersenyum manis cuba menolak namun bila tangan lelaki itu sudah memegang lengannya, Kirana tahu sudah tiada tempat untuknya lari. Sir James menariknya menuju ke pintu keluar. Sempat Kirana memberi isyarat kepada Claudia untuk menolongnya.

Tapi nak tolong macammana? Itu Sir James!

******
"Kirana, open your mouth." Sir James menghulurkan sudunya yang penuh dengan aiskrim. Kirana berkerut dahi. Geli pula dia rasa. Lelaki ini bukannya ayah dia tapi tunang dia! Ya, tunang. Dia tidak tahu kenapa ibunya menerima tunangan daripada orang begini. Dia tua kot?

Kirana gigit bibir. Nak taknak dia terima juga huluran sudu tersebut namun mahu termuntah bila lelaki itu muncungkan bibirnya mahu mencium Kirana.

"Re- remember we're Muslim?" Pujuk Kirana. Senyumannta sungguh dibuat-buat. Bila lelaki itu teringat, matanya membulat dan hanya angguk mengeyakan.

"Sorry. Okay, say aaa~"

"A- ah. I- I need to go. We have another photoshoot." Kirana menunjukkan panggilan telefon daripada Claudia.

"You said you've finished your work?"

"I mean- yeah. Oh my god, yes. I don't know they're calling. I love you dear. I'll call you."

"You never call me."

"Then you call me." Kirana berlari keluar dari restoran. Panggilan telefon daripada Claudia segera diangkat. Nak menangis dia rasa. Ini baru bertunang. Dia tidak dapat bayangkan melakukan sesi membuat anak dengan dia bila dah kahwin. Dia tua!

"Claudia, lambatnya! Lambat gila call. Memang I dendam dengan you sampai esok pagi Claudia!" Rungut Kirana. Claudia ketawa di hujung talian. Mungkin sengaja dia telefon lambat hanya kerana mahu mengenakan Kirana. Kirana keluarkan tisu dari dalam beg tangannya lalu dilap mulutnya yang comot dek aiskrim.

"Saja nak tengok tengku kena suap. I'm at your back."

Kirana berpaling ke belakang. Masam muka dia lihat Claudia dengan sukanya menggelakkan dia. Pasti dia nampak aksi suap-menyuap tadi. "I tolak gaji baru tahu."

"Tolaklah. Kalau saya lapar, tengku akan tetap datang suap saya makan kan?"

Kirana hanya muncung bibirnya. Namun muncungnya berserta keluhan. Apa yang jadi memang buat dia trauma. Gila ke orang tua tu nak cium dia tengah-tengah restoran? Tak fasal-fasal dia kena kecam lagi. "I rasa I nak jadi lesbian lah."

"Ya Allah." Claudia menadah tangannya keatas. "Ya Allah, kau sembuhkanlah hati tengku daripada melakukan kerosakan Ya Allah."

"I gurau! I mean- us. Lesbian." Kirana menepuk bahu Claudia.

"Eh, taknak! Saya suka jantan!"

"Bukan! Bukan tu maksud saya. Kita berdua jadi lesbian untuk tipu si tua tu. Lepas putus, kita kembali jadi kita semula."

"Matlamat tak menghalalkan cara, tengku." Claudia geleng kepala. Dia sudahlah bertudung. Kalau tiba-tiba keluar artikel mereka berdua ni lesbian, balik Malaysia memang kena usir ke Thailand.

"Habistu? I dah taknak tunang ngan dia. I nak putuskan tapi I takde alasan nak putus. I taknak gaduh dengan ibu nanti I jadi anak derhaka. I taknak sakitkan hati sesiapa..." Kirana mengesat air matanya. Claudia menggosok belakang badan Kirana. Macam-macamlah si Kirana ni kena hadap sekarang.

"Just tell him you have a new boyfriend lah."

"Who? Siapa boleh pura-pura jadi boyfriend saya? Awak?"

"AllahuAkhbar. Kalau saya boyfriend tengku, esok tengku masuk hospital. Stress."

"Habistu? I taknak Edward. Jangan suggest nama bukan-bukan."

"Saya pun tak tahu tengku. Eh, berlenggang-kangkung pula. Marilah cepat! Nanti diorang call pula!" Tangan Kirana dicapai lalu mereka berdua berlari serentak ke lokasi photoshoot tadi. Kirana cuma perlu putus tunang dan dia akan bahagia. Tapi macammana?

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jan 03, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Tengku Puteri Kirana Syameera: Long Lost Love.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang