Suatu pagi,cuaca yang sedikit
panas,seorang pelajar lelaki yang bernama Neil sedang duduk di atas bangku sambil makan bekal yang dibawanya.Dia makan sambil memuji masakan emaknya
"fuhh sedapnya makanan mak aku masak"... Katanya dengan perlahan.
Setelah selesai makan,Neil menyimpan kembali bekas bekal makanannya.
Seorang gadis lalu bersebelahan dengannya.Neil memandang gadis itu tanpa berkelip." Cantiknya perempuan ni,artis ke ? "...Berbisik dengan hatinya.
Tiba - tiba gadis itu tergelincir kerana kakinya tersadung di jalan yang berlopak.Neil yang memerhati daripada tadi bingkas menjerit dan menyambut gadis itu.
" hati - hati " ,Neil menjerit.
Neil berjaya menyambut belakang gadis itu sebelum sempat dia jatuh ke tanah.
"Awak ok ke? " Tanya Neil .Tanpa jawapan, gadis itu terus bangun dan lari dari Neil.Neil terkelu
" Dia takut apa -apakan dia ke? " Bisik hatinya.Tanpa memikir apa - apa Neil terus mengambil beg dia dan masuk ke kelas.
Semasa perjalanan ke kelas, Neil bertembung dengan gadis yang dia selamatkan tadi. "Dia pelajar sekolah sini ke?" Bisiknya.Kerana perasaannya yang ingin tahu tentang gadis itu dia cuba menegur gadis itu " Errr... Hai ,boleh berkenalan " Tanya neil pada gadis itu.Tanpa menjawab , gadis itu berjalan meninggalkannya sambil menunduk.Hal itu menyebabkan Neil semakin keliru dan gelisah kerana tidak tahu apa silap dan salahnya sampaikan gadis itu tidak memberi sebarang respon.Disebabkan dia tidak mahu pelajaran dan mental gadis itu terganggu dia mencuba untuk kawal dirinya daripada menegur gadis pada terdekat ini.
Setelah kelasnya habis , Neil terus pulang ke rumahnya.Neil mandi dan baring di atas katilnya sambil memikirkan gadis yang dia jumpa pagi tadi.
Hmmm ,kenapa perempuan tu lari ehh?Agaknya dia tak selesa dengan aku sebab aku pegang dia tadi." Fikir Neil sambil baring di atas katil.
Neil memutar badan kesana kesini di atas katil.
" Agak - agaknya bila aku boleh boleh berkenalan dengan dia.
Setelah malam, Neil terus tidur kerana tidak mahu bangun lewat pada esok hari.Neil bermimpi dia bersama gadis itu setiap masa.Neil tidur dengan lena.
YOU ARE READING
Ever Night Wish
RomanceKisah seorang pelajar lelaki bertemu seorang perempuan di taman.