Keesokan harinya,Neil pergi ke sekolah seperti biasa. Belajar seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku semalam.
Masa berlalu begitu pantas dan masa rehat tiba jua. Semasa tiba di bangku yang telah lama menjadi tempat rehatnya, Neil melihat ada seseorang yang duduk di atas bangku itu. Apabila dilihat di jarak yang dekat, Neil akhirnya dapat mengenali gerangan yang duduk di atas bangku itu.Arghhh ... Aku nak makan kat mana
ni? jeritnya dalam hati.Gadis itu kemudian berpaling ke arah Neil. Apabila gadis itu memandangnya , Neil segera berputar ke arah lain untuk pergi dari situ. Lantas, gadis itu berdiri di hadapan Neil.
" Ishhh ... apa perempuan ni nak ? ", Bisik hatinya. Gadis itu masih senyap dan kaku.
Apabila Neil cuba melarikan diri, tiba - tiba tangannya dipegang oleh gadis itu.
" Saya nak minta maaf pasal semalam, saya bukan nak lari daripada awak, saya cuma tak nak susahkan awak je. " Kata gadis itu.
Neil sedikit tenang apabila mendengar penjelasan yang menyebabkan gadis itu lari daripada nya. Kemudian Neil berkata "awak tak susahkan hidup saya pun."
Gadis itu berterima kasih dan mengajak Neil makan tengah hari bersama sambil tersenyum manis.Neil mengangguk tanda bersetuju dan menuruti gadis itu.
Setelah tiba di bangku kegemaran Neil, gadis itu meminta Neil untuk duduk disebelahnya.
" duduk lah kat sini ", pinta gadis itu. Neil berasa segan duduk di sebelah perempuan.
" Duduk je la, tak ada apa - apa pun ", pinta gadis itu lagi. Neil terpaksa duduk kerana tidak mahu gadis itu sedih.Gadis itu ingin berkenalan dengan Neil.
"By the way, nama saya Mia, 17 tahun, awak? " Kata Mia dengan lancar tanpa malu. Neil pula saling berkenalan dengan Mia. " Ouhh, saya Neil kyoju, panggil je Neil ,umur saya pun 17 tahun ", Kata Neil. Mia tersenyum.
Mia menghalakan sudu makanannya ke arah mulut Neil. " Buka mulut awak ... Aaa " Tawar Mia. Neil terkejut dan malu, " ehhhhh " Neil menjerit.
Mia tergelak melihat reaksi Neil yang gelabah macam nampak hantu. Neil berasa makin segan kerana gelabah tak tentu arah. Neil terpegun apabila melihat senyuman manis milik Mia. Setelah selesai makan bersama mia, Neil balik ke kelas bersama Mia. Neil meneman Mia sampai dia sampai kelas.
" Bye, jumpa lagi " , kata Neil. Mia mengangguk sambil tersenyum. Kelas telah habis, Neil pulang ke rumah.Neil pergi sekolah awal pada hari ni. Neil terserempak dengan Mia di simpang jalan, " Mia .. Mia... ", jerit Neil.
Mia berpaling ke arah Neil. Mia senyum, " mmm ... hai Neil ", balas Mia. Neil segera berjalan di sebelah Neil, " nak pergi sama - sama ke sekolah? ", tanya Neil. " Boleh je ",jawab Mia sambil menunduk kerana segan.Di sekolah
Setelah sampai ke sekolah, Neil berbual dengan kawannya. Kelas terpaksa dibatalkan kerana cikgu yang mengajar tidak dapat hadir kerana ada hal yang nak di selesaikan. Kawan Neil bernama Yutsa Ichinaro menceritakan apa yang berlaku hari ni.
"Wehh ! Aku dengar ada orang pengsan dari kelas sebelah.Dia pengsan masa tengah berjalan ke taman, kata yutsa dengan teliti.
Neil mengangguk. "ouhh ".
Bingkas, Neil teringat akan seseorang daripada kelas sebelah.
" ehh jap, bukan ke Mia dari kelas sebelah " , bisik hati Neil.
Neil bertanya yutsa tentang hal itu.
" apa nama orang yang pengsan tu, Yutsa ?! " Yutsa pelik dengan reaksi Neil yang tampak gelisah.
" rasanye Mia kot ! " balas Yutsa.
Neil bangun secara mengejut lalu menjerit " apa? ".
Yutsa terkejut dengan tindak balas Neil apabila dia menyatakan nama pelajar yang pengsan itu. Neil gelabah.
" dia kat mana sekarang ? " tanya Neil.
Yutsa pula menjawab, "aku dengar orang cakap , dia kat hospital Girane sekarang."
Setelah mendapat jawapan daripada Yutsa , Neil terus bergegas ke hospital.
Hospital Girane,
Tiba di hospital, Neil terus bertanya tentang Mia pada doktor yang bertugas
" Cik, boleh saya tau Mia kat mana " tanya neil.
" Patient bernama Mia Otsuri berada di bilik rawatan no. 18 di tingkat tiga,
encik jalan straight pastu belok kanan, ada lif kat situ." Kata pekerja tersebut." Thanks " balas Neil tersenyum.
Tibanya di bilik yang diberitahu oleh pekerja hospital, dia terus membuka pintu. Mia sedikit terkejut dengan aksi yang dilakukan oleh Neil." Neil... kenapa ni? " tanya Mia. Neil duduk di sebelah Mia.
" sorry , saya tak sengaja untuk takutkan awak, saya risau dengan kesihatan awak je " balas Neil dengan jujur.
Hal itu menyebabkan Mia tenang dan gembira kerana Neil ambil berat tentang kesihatannya.
" Hmm ... Saya pun nak minta maaf sebab buat awak risau, jangan saya tak ada penyakit pun cuma saya sebab lapar je " kata Mia pula.
Neil pelik , " lapar, awak tak makan ke tadi ? " Tanya Neil. Mia senyap seketika ,
" saya tak ada duit untuk beli makanan , so saya tahan lapar je la " jawab Mia. Neil tersentak!
" Apa ? Awak tahu tak bahaya kalau tahan lapar.kalau lagi teruk daripada macam mana ? " Kata Neil sedikit tegas.
Mia menunduk.
" saya takde duit nak beli makanan , nak buat macam mana "balas Mia dengan suara yang perlahan.Melihat situasi itu, Neil bersalah kerana meninggikan suaranya.
" Hmm, saya minta maaf, saya cuma risaukan keadaan awak je,kenapa awak tak cari saya je? " Tanya Neil.
Mia menoleh lalu berkata. " saya tak nak susahkan awak je , lagipun awak dah banyak tolong saya " balas Mia . Neil bangun dan berkata sambil tersenyum.
" mulai hari ni, awak jangan risau lagi pasal makanan saya akan sediakan makanan untuk setiap hari. Saya janji."
Mia seakan mahu menangis kerana terlalu gembira kerana Neil selalu berada disisinya.
YOU ARE READING
Ever Night Wish
RomansaKisah seorang pelajar lelaki bertemu seorang perempuan di taman.