.
.
.
.
Lepas je flush toilet yang digunakan oleh Jasmine itu terus buka pintu tandas dan Jasmine nak buka pintu lagi satu tapi tak boleh terkunci dari luar"Terkunci ke kak?" Tanya salah satu junior lelaki gatal. Jasmine pusing je belakang terus junior tu kepung Jasmine di dinding. "Eh... kau nak apa ni??! Kenapa kau masuk tandas perempuan??!! " Tanya Jasmine sambil menolak Junior itu menjauh
"Alah chill la kak... saya nak suka-suka je, btw saya Amir tingkatan 4 sebelah kelas Nasya jee, saya tengok Nasya cantik tapi akak lagi cantik" kata Amir tu sambil usap kepala yang dibaluti tudung putih sekolahnya. Terus Jasmine tepis tangan Amir tu
"Alah akak ni garang-garang nak pergi mana?" Tanya Amir. "Kau diam! Jangan dekat!" Kata Jasmine kini kegusaran di dadanya meningkat takut terjadi apa-apa. "Fuhh akak kalau mengenakan orang nom satu tapi bila hadap benda macam ni akak bukan main mengigil" kata Amir
"Diam la!! Sebelum aku jerit" kata Jasmine. "Akak jerit laa takde siapa yang akan dengarkan akak kat sini" kata Amir
"TOLONG!!!" Jerit Jasmine sekuat hati. "Jerit la lagi tak kan ada sesiapa yang datang dan tolong akak dekat sini" kata Amir. "TOLONG!!!!" jerit Jasmine lagi
Amir hanya pandang Jasmine dengan muka gatal nya saja
Diluar tandas itu Akashah berjalan kearah tandas perempuan kerana terdengar jeritan Jasmine. Akashah mencuba untuk mengetuk pintu tapi hasil nya senyap saja.. dengan tak puas hati Akashah cuba menendang pintu itu sekuat mungkin
Jasmine dalam tandas itu sudah ketakutan kerana ada Amir bersamanya di dalam tandas perempuan. "Mien? Mien? Dengar aku tak?" Tanya Akashah
"Akashah? Akashah ke tu?? Shah tolong aku... " kata Jasmine. "Sekejap aku cari pertolongan" kata Akashah. "Chill la kak, akak tunggu je nanti kita kawin free punya" kata Amir. "Diam la!" Tempik Jasmine
Akashah baru nak cari pertolongan ternampak laa Kai bersama Nahar jalan bersama-sama. "Kai! Nahar! Sini!" Panggil Akashah
Kai dan Nahar berjalan kearah Akashah. "Apasal?" Tanya Kai. "Jas... Jasmine dekat dalam" kata Akashah. Terkejut beruk Nahar disitu terus tolak Akashah ketepi
"Mien buat apa dekat dalam??!! Mien! Dengar aku tak?" Tanya Nahar. "Nahar tolong aku~~~" kata Jasmine sambil mengetuk-ngetuk pintu tandas itu Amir dibelakang nya mengusap kepala Jasmine berlapik tudung itu
"Jangan pegang!!" Marah Jasmine. "Ada orang lain selain dia dalam ni" kata Kai. "Kai kita dua kena tendang pintu ni" kata Akashah. "Mien kebelakang aku dengan Kai nak tendang pintu" kata Akashah
Amir tak senang duduk ketika terdengar nama Kai disitu. "Kenapa Cina Bukit tu ada dekat sini?!" Marah Amir depan Jasmine. Jasmine hanya diam saja
"Satu dua tiga" sekali tendang terus terbuka pintu tandas itu. Terkejut Amir lalu berlari keluar dari tandas perempuan itu namun sempat di tahan oleh Kai. Manakala Jasmine terpeluk Akashah erat pula tu yang di sangka Nahar rupanya Akashah tapi masih tak perasan
Akashah pun tak perasan yang dia balas pelukan Jasmine. Nahar perasan hanya diam saja sebab nampak sweet fon nya dibaws bersama ambil gambar moment itu. Pusing saja, Kai terkejut Akashah dan Jasmine berpelukan
"Eh! Mana boleh peluk!" Kata Kai sambil membubarkan mereka berdua. Jasmine terkedu melihat Akashah lalu dia pandang Nahar yang ada beberapa meter darinya
"Aku sini bukan sana" kata Nahar. Terus Jasmine berlari kearah Nahar lalu bersembunyi di belakang Nahar kerana malu tersalah peluk orang
"Kau dah kenapa pakai jacket kat pinggang ni?" Tanya Jasmine. "Kain dengan baju aku koyak" jawab Nahar. "Macam mana boleh koyak?" Tanya Jasmine pelik. "Ada gam dekat kerusi" jawab Nahar
"Macam ni cerita nya"
Selepas je ambil buku di meja cikgu Fazilah, Nahar terus duduk dikerusi nya yang gam itu untuk menyiap kan kerja sekolah nya
Tiba-tiba ada yang mencampak ular palsu pada Nahar dan terkejut sampai berdiri Nahar terkejut sehingga baju dan kain nya terkoyak akibat gam itu
"Ada gam la Nahar" kata Saadah. "Koyak ke?" Tanya Nahar. Saadah angguk saja. "Oh shit..."
"Nah pakai jacket aku" hulur Kai jacket nya pada Nahar. "Eh takpe-". "Ambil je lepas tu ikut aku" kata Kai. Nahar hanya angguk saja
"Haa centu la cerita dia" kata Nahar. "Ouhhh begituu~~" Jawab Jasmine yang masih menyorok belakang Nahar
"Nah buku kau" kata Sera sambil pulang kan kembali buku math dan English milik Nasya. "Eh mana kau jumpa? Huhu penat aku cari takde" kata Nasya sambil cek dalam bukunya Alhamdulilla masih ada formula tu semua
"Siapa ambil?" Tanya Nasya. "Aku terjumpa" kata Sera. "Ouh okay takpe Terima kasih" kata Nasya. Sera hanya buat tanda okay saja. Baru saja Nasya nak duduk tempatnya semula tiba-tiba Sera teringat sesuatu
"Eh Nasya! Aku lupa sesuatu kejap" kata Sera sambil berlari kearah kelas sebelahnya. Nasya hanya berdiam diri tempat nya berdiri saja. Sera masuk semula ke kelas Nasya sambil membawa beg kertas
"Nah Aryan bagi" automatik Nasya terblushings. Sera hanya sembunyikan senyuman nya saja
"Dia bagi?" Tanya Nasya. Sera angguk. "Terima kasih..." kata Nasya . Beg kertas itu bertukar tangan. Nasya tengok isi dalam nya terkejut sekotak besar Ferrero rocher dan gelang Swarovski
"Anjay dia ingat ni proposal ke" kata Nasys sendiri sambil ambil card yang Aryan tulis
Kalau betul aku nak buat proposal yang kau cakap macam mana?
-A.M-
Tergaru kepala Nasya dibuatnya
Pihak bomba sedaya upaya untuk mengambil beg Emma yang tersangkut di bumbung bangunan sebelah sekolah itu. Selesai saja ambil terus Emma peluk sekuat hati beg tu
"Jaga elok-elok beg tu ada ilmu" kata abang bomba itu sambil usap kepala Emma. Emma hanya angguk saja
Disisi lain Ghazi melihat adegan itu hanya buat muka biasa je padahal dalam hati dah menangis jealous
Ghazi berjalan kearah Emma. "Balik ni kau balik dengan aku" kata Ghazi lalu pergi begitu saja
"Eh aku rasa jam tangan tu ada dekat atas meja tadi..." kata Hanani sambil cari jam tangan nya di dalam pensil box, beg , bawah meja dan segala tempat dicari
"Jam kau?" Tanya Aisy. "Haa jam aku uhuk mana kau dapat?" Tanya Hanani. "Tah jumpa kat tandas perempuan" kata Aisy
"Ouh~~ kkk thanks weyy huhu" kata Hanani. Aisy duduk di kerusi Emma sambil menatap Hanani disebelahnya
"Ehem! Nak bercinta jangan kat sini, gi dating kat taman harmoni sana" kata Emma. "Eh kau ni sampai ke dating pula fikir nya" kata Hanani. "Yela dah macam orang dating aku tengok korang ni" kata Emma bersahaja
"Dah la aku gerak dulu" kata Aisy. "Okay bye"
Minta perhatian kepada Amanda dan Emelina dari kelas 5 Orked, Nurin dari kelas 4 Kemboja, Farah dan Batrisyia dari kelas 3 Anggerik sila ke bilik pengetua sekarang terima kasih...
To be continued