.
.
.
.
"Aku rasa aku suka seseorang la..." kata Nahar secara tiba-tiba. Mereka berempat tengah melayan tiktok tiba-tiba terdiam."Siapa?" Tanya Nasya. "Kai la tu" kata Jasmine. Tepat Jasmine cakap nama Kai terus Nahar pandang Jasmine.
"Betul ke?" Tanya Hanani pandang Jasmine. "Entah aku teka je" kata Jasmine. Automatik pipi Nahar merah
"Aish korang ni main teka-teka" kata Nahar sambung main telefonnya. "Aku pun suka seseorang" kata Hanani. Terus mereka berlima pandang Hanani serentak.
"Siot terkejut aku, korang pandang aku gitu macam aku buat salah paling besar" kata Hanani sambung main telefon nya.
"Kau suka siapa?" Tanya Emma. Terdiam Hanani.
"Bagi je tahu kitorang tak bagitahu sesiapa pun" kata Nahar. "Siyes arr kau tak bagitahu siapa-siapa" Jasmine pandang Nahar tak berkelip.
"Siyes arr mana ada aku tipu" kata Nahar. Jasmine hanya bagi side eyes pada Nahar
"Aku suka-" . "Hai ges..." Aisy tiba-tiba muncul di belakang Hanani.
"Eh.."
"Kau dah kenapa tiba-tiba peramah" kata Nasya. "Saja nak join korang membawang" kata Aisy.
"Hello ini hal perempuan saja lelaki sila berambus" kata Emma
"Bukan aku nak join korang pun. Aku nak join Nani je" kata Aisy sambil duduk merapat ke Hanani. Anjayy dia duduk sebelah aku pulaaaa, ini yang mak suka ish bisik hati Hanani
"Aku dengar tadi kau suka seseorang" kata Aisy. Hanani diam
"Siapa?" Tanya Aisy. Tapi Hanani masih diam
"Siapa sayang??~" Tanya Aisy sekali lagi tapi nada nya lembut. Tersedak air oren Nasya
"Eeee pengotor nah tisu" kata Emma sambil memberikan tisunya kepada Nasya
"Erk ges aku gerak lu ges" kata Hanani sambil bangun dan pergi kearah kaunter bayaran. Aisy pandang pemergiaan Hanani lalu dia bangun dan ikut perjalanan Hanani
"Dah official ke diorang tu?" Tanya Nahar dengan muka blur dia tu
"Dah" Tipu Jasmine. Nahar hanya angguk saja tak percaya pun
"Eyeliner aku okay tak?" Tanya Emma. Mereka bertiga angguk
"Kau nak gi mana?" Tanya Nasya
"Dating" jawab Emma. "Dengan siapa?" Tanya Jasmine
"Hehe Ghazi" jawab Emma sambil sengih kepada mereka. "Eh siott kau dating dengan mamat tu" kata Nahar
Emma hanya angguk saja la
"My Rose?" Panggil Ghazi yang berada di belakang Emma. Serentak mereka bertiga Nahar,Nasya dan Jasmine pandang antara satu sama lain. Ghazi segak dengan pakaian yang sesuai dengan nya tetapi bukan suit sekian
"Ehh dah sampai" Terblushing Emma disitu.
"Jom My Rose" ajak Ghazi. Mereka bertiga dah buat muka dah. Emma hanya angguk dan pamit meninggalkan kan mereka bertiga
"Kau ada, aku takde" kata Nahar
"Aku pun takde" jawab Jasmine
"Aku-"
"Kau dengan Aryan naik kereta sama-sama, duduk rumah sesama diam eh" kata Nahar
"Aku maid dia sengal bukan apa pun" kata Nasya. Terkejut mereka berdua dengan pengakuan Nasya
"Kau serious la?" Tanya Jasmine. Nasya hanya angguk saja
"Tapi okay la ada laa boleh la jadi kaitan hahaha" Nahar gelak dengan Jasmine
"Diam laa, ni aku keluar mana ada aku bagitahu dia" kata Nasya. "Habis tu?" Tanya Jasmine
"Aku bagitahu mama aku je" kata Nasya. Mereka berdua angguk saja
"Takpe mama kau dah bagitahu" Aryan tiba-tiba berada disebelahnya. Serentak terkejut mereka disitu
"Kau nya pun tak boleh bagi salam ke?" Kata Jasmine. Aryan hanya sengih senget saja
"Jom Nasya balik... daddy aku nak jumpa" kata Aryan. "Di..di..dia nak apa?" Tanya Nasya tergagap takut ler tu
"Dia nak jumpa aku tak tahu dia nak apa" kata Aryan. Nasya hanya angguk saja
"Jom" Aryan menarik baju Nasya untuk mengikutinya. "Nanti bayar kan nah bye"
Jasmine dan Nahar pandang mereka berdua pergi saja.
"Kau bagitahu kau suka siapa dari tadi aku tunggu" kata Jasmine. "Kau bagitahu dulu baru aku bagitahu" kata Nahar
"Okay kita sama-sama bagitahu" kata Jasmine dan Nahar hanya angguk saja
"Satu.. dua.. tiga.." . "Akashah/Kai" membulat mata mereka berdua dengar nama crush
"Siot kau suka Shah? Keeee waktu peluk itu hari kau start suka dia?" Tanya Nahar. "Mana ada arr kau suka Kai sebab apa lak? Jangan cakap dia bagi kau pinjam baju tu" kata Jasmine
"Takde arr" padahal mereka berdua dah blushing. Jasmine ketawa sambil tu dia scroll ig story dan ternampak ig story Akashah buka je pom!
"Har..." Jasmine tunjuk gambar ini kepada Nahar.
"Siapa tu?" Tanya Nahar. "Kai wey Kai!" Jasmine rapat kan lagi telefon nya ke muka Nahar
"SERIOUS LAA" laju-laju Nahar buka ig nya dan tengok ig story Kai
"Wey... Mien..." Nahar tunjuk ig story Kai pada Jasmine
Retak seribu hati mereka berdua
Bak kata Shila Amzah "Patah seribu hatiku~~"
Bila makanan sampai terus tak jadi mereka berdua nak makan sakit hati punya pasal crush dah ada orang lain
To be continued