Bab 30

879 51 4
                                    

Asap rokok di lepas bebas ke udara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Asap rokok di lepas bebas ke udara. Lama dia menghembus asap keluar dari mulut hingga terasa ada tepukan di belakang bahunya. Lantas dia memusingkan kepala.

"Lambat dua minit," getusnya sedikit keras.

"Maaf tuan. Saya terlelap sekejap tadi. Tuanlah nak jumpa saya waktu pagi buta macam ni." Selamba saja lelaki itu membalas. Seakan tidak takut langsung.

"Nak rokok sebatang, tuan."

Ean mengeluarkan kotak rokok dari poket seluar dan di hulurkan ke arah lelaki di sebelahnya. Pemetik mancis di hulur sekali. "Rayyan ada arahkan kau apa-apa ke selama aku tak muncul ni?" tanya dia berterus terang.

Hujung rokok di bakar dengan mancis sebelum rokok di sedut dengan dalam. "Ada, dia arahkan saya untuk aturkan pertemuan dengan Dato' Yusuf." Datar nadanya berkata. Langit malam di renung kosong.

"Tapi tuan Rayyan tak dapat jumpa sebab Dato' Yusuf dah hilang dengan bini dia sekali."

Dahi Ean berkerut sedikit. Agak pelik dengan kata-kata itu. Justeru, dia memandang dalam wajah lelaki di sebelahnya. Meminta penjelasan lebih.

"Maksud kau?"

"Saya ada cari Dato' dekat rumah dia tapi apa yang saya dapat dari CCTV perumahan tu, Dato' pergi macam tu saja tanpa maklumkan kepada PA dia sendiri. Maknanya, satu pejabat tak tahu ke mana Dato' pergi."

Haih penat pula aku nak jelaskan lagi dekat orang sama tapi berlainan watak ni. Bisik hatinya. Nak cakap depan-depan? Memang mampus dia nanti.

Ean mencerna kata-kata itu agak lama. Lantas dia memalingkan kepala ke arah hadapan. Rokok di buang atas tanah setelah di rasakan tidak ingin lagi menghisap benda itu. Dipijak rokok itu dengan kasutnya supaya api mati.

"Untuk apa dia nak jumpa orang tua tu?" serius suaranya menyoal.

"Saya tahu tuan ni bukan tuan Rayyan, tapi tuan ni pernah juga merasa hidup masa tuan Rayyan belum amnesia lagi. Jadi, Dato' tu abang ipar puan Qisya. Mungkin tuan Rayyan nak tahu perkara yang dia rasakan pelik atau mengganggu dia?" sempat perlian diselitkan dalam menuturkan kata-kata.

Tak sah kalau tak sindiri! Tak lengkap hidup!

Kecil besar saja Ean memandang lelaki itu. "Aku tahulah dia abang ipar bini aku, tapi bukan dia tak ingat apa-apa ke? Kenapa tiba-tiba dia nak berjumpa dengan Dato'."

"Tu saya tak pasti tuan, saya cuba bertanya Anggun tapi Anggun seperti tak nak bekerjasama saja."

Ean mendecit kasar.

"Oh satu lagi tuan, saya dapat tahu Nayyis dan puan Qisya ada datang rumah tuan. Diorang ada cari tuan tapi saya dah arahkan pak cik yang jaga rumah tuan supaya beritahu saja yang rumah tu bukan tuan pemiliknya." Tuturnya dengan maklumat yang baru dia dapat.

Her ForgivenessWhere stories live. Discover now